Selangor Darul Ehsan merupakan negeri paling
kaya di Malaysia dengan kemasukan pelaburan yang tinggi setiap tahun. Namun,
itu semua sudah menjadi kisah lama. Hari
ini pelaburan di negeri ini terus menjunam semenjak diambil alih pentadbirannya
oleh Pakatan Rakyat.
Selangor kini berada di tangga ke 4 dengan
penurunan kemasukan pelaburan sebanyak 86% dengan hanya mencatatkan RM1.8
billion pada tahun 2012 berbanding RM11.7 billion pada tahun 2011. Senario yang
sama juga dilihat di Pulau Pinang di mana negeri itu mencatatkan penurunan
jumlah pelaburan sehingga 73%.
Dengan jumlah penurunan yang begitu drastik
lagi dramatik, Pakatan Rakyat tidak mampu untuk menuding jari kepada sesiapa. Setelah
sepenggal memerintah, PR akhirnya telah gagal sama sekali untuk membuktikan
bahawa parti itu lebih bijak dan lebih cekap dari BN.
Jelas sekali bahawa pelabur tidak yakin
dengan kredibiliti PR. Malah, tidak
mustahil pelabur sebenarnya takut dengan gelagat pemimpin PR yang gemar membuat
huru-hara. Mana tidaknya, sepatutnya kerajaan negeri mempromosi kestabilan dan
keamanan tetapi kerajaan PR sentiasa berusaha mencetuskan kekecohan dan
huru-hara. Siapa yang berani melabur di dalam negeri yang pemimpinnya asyik
berpolitik secara keterlaluan dan ganas pula?
Peningkatan aktiviti dan perniagaan ‘gelap’
di seluruh Selangor semenjak pemerintahan PR juga pastinya menyumbang kepada
menurunnya jumlah pelaburan di negeri itu. Peningkatan aktiviti gelap menjadi
punca kepada peningkatan kadar jenayah sekali gus membuktikan terdapat
peningkatan masalah korupsi di negeri ini.
Pelabur tentunya telah mengkaji keadaan ini
yang mana menyebabkan Selangor tidak lagi menjadi destinasi pelaburan
pilihan.
Keadaan bertambah teruk apabila
pemimpin-pemimpin PR juga tidak punya karisma dan kredibiliti mahupun
pengalaman untuk berurusan dengan para pelabur luar negara bagi menarik
pelaburan langsung asing. Malah, Menteri Besar Selangor sendiri tidak mempunyai
personaliti yang mampu memberi keyakinan kepada pelabur, sedangkan untuk
menarik pelaburan langsung asing, peranan Menteri Besar amatlah penting.
Meletakkan Anwar Ibrahim sebagai Penasihat
Kewangan negeri secara tidak langsung telah memusnahkan semua harapan Selangor
untuk meningkatkan pelaburan. Walaupun Anwar mempunyai hubungan yang baik
dengan negara-negara luar, namun nampaknya Anwar tidak mampu meyakinkan seorang
pun pelabur luar untuk melabur di negeri jajahannya. Ini kerana beliau mempunyai rekod ‘hampir
membangkrapkan negara’ serta mempunyai kelayakan ekonomi ‘sifar’.
Selain itu, beberapa pemimpin negeri ini,
terutama dari parti DAP didapati tidak mampu berkomunikasi dengan baik serta
tidak memahami adat, etika atau adab yang sesuai bagi menghadiri majlis rasmi
apatah lagi yang bertaraf antarabangsa.
Justeru, tidak hairanlah jika pelabur meragui kepimpinan mereka. Walaupun
DAP sering merasakan diri mereka hebat, terbuka dan lebih bijak dari pemimpin
Melayu, namun hakikatnya amatlah jauh berbeza.
Pendek kata, kepimpinan Pakatan Rakyat dari
mana-mana partipun semuanya tidak berkualiti.
Oleh kerana itu, Selangor kini tidak lagi
boleh dibanggakan sebagai negeri pilihan pelabur. Ekonomi Selangor pastinya
akan terjejas dengan kurangnya jumlah pelaburan dari setahun ke setahun. Tidak
mustahil, tahun ini Selangor akan menyaksikan jumlah pelaburan yang jauh lebih
rendah terutama apabila desas-desus bahawa satu lagi demonstrasi besar akan di
adakan oleh Ambiga Sreevanesan pada bila-bila masa.
Kesimpulannya, PR tidak mampu memerintah dan
jika rakyat Selangor ingin negeri ini pulih seperti sediakala maka tidak ada
cara lain lagi selain dari kembalikan mandat memerintah kepada Barisan Nasional
dalam PRU akan datang.
No comments:
Post a Comment