31 December 2007

RAJA PETRA YANG JAMBU DAN TIDAK BERTELUR


Sudah agak lama penulis tidak menulis perihal Raja Petra yang dikenali umum sebagai Raja Penyebar Propaganda ini. Namun itu bukan bermakna penulis menyerahkalah atau tunduk dengan telunjuk Raja Pembodong itu tetapi diam kami semata-mata untuk menunggu tindak balas beliau atas cabaran kami selama ini.

Tidak beberapa lama dahulu, Raja Petra mendakwa mempunyai senarai nombor telefon beberapa orang ahli puteri UMNO yang boleh dijadikan alat pemuas nafsu. Beliau juga ‘mengugut’ andaikata KPMU tidak berhenti dari terus mengasak dan menghentam beliau, pendedahan tersebut akan dilakukan.

Namun sehingga ke hari ini, hari yang ke 87 beliau gagal untuk membuktikan apa yang beliau dakwakan itu. Mereka yang sering mengikuti penulisan beliau pasti perasan, Raja Petra jenis yang suka baling batu sembunyi tangan. Kebanyakkan cerita fitnah yang beliau paparkan pasti tidak mempunyai bukti yang kukuh.

Apabila ada yang mempertikai kesahihan cerita yang beliau bawa, Raja Petra akan senyap dan mula membuka topik dan cerita lain. Lihat sahaja bagaimana beliau dengan rakus dan gelojohnya menuduh KPMU kononnya dibayar dan sebagainya.

Tidak lupa juga apabila beliau mendakwa kononnya Azalina membayar RM2750.00 seorang sebagai ‘cybertroopers’ UMNO. Tapi apabila KPMU meminta beliau membuktikan tuduhan itu sehingga ke hari ini langsung tidak timbul mengenainya.

Itulah sifat sebenar yang ada dalam Raja Petra yang terkenal dengan sombong, ego, bongkak, penipu, kaki kencing dan sebagainya ini. Walaupun agak keterlaluan untuk menuduh beliau dengan sebegitu banyak sifat negetif tapi itulah dirinya yang sebenar.

Walaupun penulis tidak berpeluang untuk mengenali beliau secara dekat, tapi apabila meneliti dan membaca setiap tulisan yang beliau hasilkan, penulis dapat menilai karekter sebenar beliau. Tidak cukup dengan itu beberapa teman yang pernah bersekolah dengan beliau juga bersetuju dengan tanggapan yang penulis berikan ini.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, di zaman persekolahanya Raja Petra dikenali sebagai ‘jambu’ dikalangan para pelajar ‘senior’. Bagi yang pernah dan biasa duduk di asrama pasti mengetahui apa yang dimaksudkan dengan ‘jambu’ ini. Penulis tidak berminat untuk mengulas lanjut mengenai isu jambu ini, namun pada yang terasa ‘sendiri mau ingatlah.

Di kalangan rakan sebaya pula, beliau telah diberi gelaran ‘kera sumbang’ kerana sering mengasingkan diri dari pelajar-pelajar lain. Beliau telah ‘memulaukan’ dirinya sendiri kerana merasakan dirinya hebat dan lebih bagus berbanding pelajar lain.

Tingkah laku beliau yang bongkak dan sombong itu telah mengundang rasa kurang senang di kalangan pelajar yang lain. Rata-rata pelajar yang sebaya dengan beliau menyampah dengan belaiu yang suka memandang rendah pada orang lain ini. Pada beliau hanya insan yang bernama RAJA Petra sahaja yang hebat dan bagus.

Orang lain semuanya ‘haprak’ pada pandangannya, sehinggakan beliau terlepas pandang ‘kehapprakkan’ yang penuh dalam dirinya.
Buat KPMU berhentilah dari terus mencabar ‘Si Raja Petra’ ini kerana beliau bukan tidak mempunyai telur, tapi telur yang ada sebagai tanda kelakian beliau telah dikorbankan semasa Hari Raya Qorban’ yang lalu.

13 December 2007

UNDANG-UNDANG NEGARA CUBA DIMANIPULASIKAN.



Tika ini, boleh dikatakan hampir semua blog pembangkang membicarakan perihal penangkapan beberapa pemimpin pembangkang kerana cuba untuk menghidupkan perhimpunan haram di Parlimen pada hari Selasa yang lalu.

Rata-rata mereka membicarakan kononnya berlaku kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan dan pihak polis atas tindakan menghalang perhimpunan haram itu dari diadakan. Mereka mendakwa kononnya hak mereka sebagai rakyat negara ini telah dirampas, dicabuli dan sebagainya.

Sekiranya rakyat yang yang terdiri dari golongan marhaen membaca isu yang dibawakan oleh mereka ini maka rakyat akan percaya kononya pembangkang negara ini telah dianiaya dan sebagainya.

Namun apa yang rakyat tidak tahu ialah, mereka yang kononya dizalimi ini, sebenarnya terdiri dari mereka yang gemar menzalimi diri sendiri dan mengharapkan simpati rakyat untuk terus menyokong dan mendokong ideologi mereka.

Apa yang menjadikan ia sedikit lucu ialah, apabila mereka yang melakukan kesalahan ini diminta untuk mengikuti polis ke balai polis mereka enggan dan memberikan pelbagai alasan seperti arahan mahkamah dan sebagainya. Walaupun anggota yang bertugas telah meminta mereka memberikan kerjasama dan cuba mengunakan cara yang paling berhemah.

Walaupun begitu, mereka bukan sahaja enggan memberikan kerjasama, malah cuba bertindak dengan pelbagai cara dan taktik. Tidak cukup dengan itu mereka juga dengan biadap cuba memaksa anggota polis yang bertugas untuk bertindak di luar kawalan.

Sebagai contoh semasa Mustafa Ali ketika ditahan semasa cuab memasuki bangunan Parlimen telah mengunakan pelbagai helah untuk melepaskan diri. Walaupun telah diminta secara baik, beliau tetap enggan memberikan kerjasama. Beliau juga dilihat meninggikan suara dan cuba mencetuskan huru-hara.

Contoh lain pula ketika Tian Chua di minta untuk keluar dari kereta ketika cuba meloloskan diri bagi memasuki Bangunan Parlimen, beliau telah bertindak menggigit seorang polis yang cuba menahannya. Menurut sumber beliau telah bertindak dengan menggigit lengan kiri anggota tersebut ketika sedang bergelut untuk mengelakkan dirinya dari di tahan.

Namun isu ini langsung tidak di bangkit oleh mana-mana blog mereka, namun andaikata polis yang bertindak secara kasar dan keras maka akan dijaja isu tersebut di setiap ceramah atas kepentingan politik mereka.

Suatu yang dapat dibanggakan ialah, semua anggota polis yang bertugas berjaya untuk mengawal kemarahan masing-masing dengan tidak bertindak di luar batasan. Tambahan pula taktik seperti ini telah selalu sangat digunakan pembangkang.

Dengan mengarahkan ‘orang-orang’ mereka bersiap sedia dengan kamera dan sebagainya, mereka akan cuba untuk memberikan ‘provokasi’ untuk merakam semua tindakan polis untuk kepentingan politik mereka.

Lihat sahaja beberapa siri perhimpunan yang dilakukan sebelum ini, walaupun telah diberikan amaran oleh pihak polis untuk tidak meneruskan perhimpunan haram ini, mereka tetap berdegil. Tidak cukup dengan arahan polis itu, pihak mahkamah juga telah mengeluarkan perintah untuk tidak membenarkan perhimpunan seperti itu dianjurkan.

Namun disebabkan kesombongan dan kemaruk dek kuasa yang tidak pernah mereka perolehi, mereka mengajurkan perhimpunan haram ini. Sekiranya sebelum ini pihak polis hanya bertindak apabila perhimpunan telah dianjurkan, namun kali ini tindakan yang lebih tegas telah diambil dengan mencengahnya dengan lebih awal.

Jika sebelum ini pembangkang yang diketuai oleh Anwar Ibrahim dengan sombong mencanangkan kepada rakyat, kononnya perhimpunan yang mereka adakan sebelum ini adalah merupakan kekalahan awal di pihak kerajaan. Namun setelah gagal untuk mengadakan perhimpunan yang seumpama dengannya mereka dengan pasal mencipta pula isu yang lain.

Bagi golongan pembangkang sama ada berjaya mengadakan perhimpunan atau tidak, ia bukanlah perkara yang penting. Apa yang penting bagi mereka ialah mencalarkan imej dan kepimpinan negara semata-mata kerana ‘gilakan kuasa’ politik.





11 December 2007

AKIBAT DEGIL - 5 TERMASUK TIAN CHUA DITAHAN




11 Disember – Satu perhimpunan haram yang dianjurkan oleh BERSIH telah cuba diadakan di Parlimen yang bertujuan untuk mengerakan rakyat untuk berhimpunan di jalanan hari ini. Perhimpunan yang kononnya bertujuan untuk membantah pelanjutan tempoh perkhidmatan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.

Tempoh perkhidmatan Tan Sri Abdul Rashid sepatutnya berkahir pada penghujung tahun ini ekoran bersara wajid yang ditetapkan. Oleh yang demikian menurut mereka pelanjutan tempoh bersara yang mungkin diberikan lebih bermotifkan politik.

Oleh itu kononnya atas dasar untuk membantah, BERSIH sekali lagi cuba menganjurkan perhimpunan haram bagi menarik simpati dan sokongan rakyat marhaen. Namun yang menjadi persoalannya ialah mengapa sejak kebelakangan ini pembangakang gemar untuk menjadikan jalan sebagai platfor untuk mengerakan agenda politik mereka.

Walaupun isu atau agenda yang cuba dibawah lebih bersifat remeh-temeh, namun mereka begitu teruja untuk mengadakan perhimpunan demi himpunan yang boleh mencetuskan huru-hara dan ketidakstabilan negara.

Perhimpunan haram yang cuba diadakan pagi ini ternyata gagal untuk diadakan ekoran tidakan pantas dan tegas yang dilakukan oleh pihak polis bagi memastikan keamaan negara terus terjamin.

Dimaklumkan sebelum ini, Ketua polis Daerah Sentul telah mendapatkan perintah daripada Mahkamah Majistret Kuala Lumpur untuk menghalang Bersih daripada mengadakan perhimpunan di Parlimen pagi ini.

Perintah yang diberikan itu juga secara jelas menyatakan bahawa pihak-pihak berkaitan yang lain dilarang sama daripada menyertai perhimpunan haram tersebut.
Antara yang ditahan oleh pihak polis pagi tadi ialah Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli; Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Salleh, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Tantawi, Dr Lo' Lo Haji Ghazali; Setiausaha Agung KeADILan, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Dr Mohd Nasir telah ditangkap oleh pihak polis.

Ketua Penerangan Keadilan, Tian Chua juga adalah antara yang ditahan oleh polis pagi tadi kerana cuba untuk menyertai perhimpunan haram di Parlimen.

Tian Chua yang baru sahaja dibebaskan oleh pihak polis semalam atas alasan menyertai perhimpunan haram yang dianjurkan Bersih pada 10 November, di lihat cuba untuk mencabar kredibiliti dan undang-undang negara.

Mesej yang cuba disampaikan amat mudah, kononnya undang-undang negara yang ada pada hari ini tidak cukup untuk menginsafkan beliau dari terus melibatkan diri dan menganjurkan perhimpunan haram atau yang seumpama dengannya.

Walaupun kerajaan di lihat lebih bertolak ansur dalam hal ini, dengan tidak mengambil pendekatan ISA kepada mereka, namun ‘sikap ‘fleksibel’ yang diberikan ini telah menyebabkan mereka semakin angresif.


05 December 2007

ANWAR IBRAHIM - PENYOKONG HINDRAF







Semua masyarakat Islam sedang memerhatikan kelakuan penggerak Hindraf yang dipelopori sebilangan orang-orang Hindu yang lupa diri sejak akhir-akhir ini kerana tuntutan yang berbau perkauman dan sentimen agama yang tebal. Cuba bayangkan Hindraf bukan sahaja memperjuangkan dan mempertahankan pembinaan kuil-kuil Hindu malahan langsung tidak hormat terhadap orang Islam dan Melayu yang memerintah negara ini. Hindraf yang biadap menuduh pihak kerajaan membunuh 100 orang India semasa kejadian di Kampung Medan pada tahun 2000.

Dalam kesungguhan kita memerhatikan kumpulan ini alangkah terkejutnya melihat Anwar Ibrahim tiba-tiba muncul dari belakang dan memberi semangat kira-kira 1500 orang penyokong Hindraf dan ketua-ketuanya yang sedang dibicarakan di Mahkamah Kelang pada 26 November 2007. Bukan setakat hadir malahan Anwar Ibrahim berucap mengapi-apikan kumpulan ini supaya terus berjuang mempertahankan agama dan kuil Hindu.

Semasa demonstrasi Bersih pada 10 November 2007, ramai pemimpin politik pembangkang rasa tertipu melihat Anwar sekali lagi tanpa membuat apa-apa kerja datang mengambil memorandum Bersih dan menyerahkanya pada pihak Istana. Ramai penyokong dan pemimpin politik pembangkang yang bekerja separuh mati mengarah penyokong-penyokong mereka hadir terasa bodoh “Anwar Makan Isi, orang lain makan kulit sahaja”.

Ini rupanya pemimpin yang suka datang dari belakang dan setiap minggu bertemu orang-orang Yahudi di luar Negara bagi memburuk-burukan Kerajaan Malaysia. Kata ekonomi Malaysia merundum dan macam-macam tapi semasa menjadi Menteri Kewangan telah bersetuju menerima pakej IMF dan menggadai negara. Kalau orang macam ini menjadi Perdana Menteri habis dilanda tsunami dan banyaklah lagi kondominium seperti Highland Tower runtuh kerana gempa bumi. Jangan sampai begitu kalau mahu menjadi Perdana Menteri sebab kita di dunia kena pilih perkara yang betul.

Takkan nak jadi Perdana Menteri sampai menyokong Hindraf yang sangat tebal dengan Hindunya termasuk mendapatkan bantuan dari Liberation Of Tiger Tamil Ilam, Sri Langka untuk menghancurkan Malaysia .

Anwar - bakal Perdana Menteri Hindraf.


Di kirim oleh : shalia_nur@yahoo.com

04 December 2007

SURVIVAL NEGARA BUKAN UNTUK UJIKAJI



Bilakah tarikh pilihanraya...? Itulah antara ‘soalan panas’ yang sering meniti dari bibir ke bibir dan menjadi topik perbualan hangat pada tika ini. Walaupun majoriti rakyat masih lagi sibuk dengan tugasan seharian, namun di kem pembangkang topik ini seolah-olah wajib untuk terus dibincangkan.

Menurut sumber yang dipercayai, pembangkang pada masa ini di lihat amat terdesak dengan menghebahkan kepada pengikutnya kononnya Pilihanraya Umum 12 (PRU) bakal diadakan pada 26 Disember ini. Ia bertujuan untuk memastikan jawatankuasa pilihanraya Barisan Alternatif (BA) semua peringkat untuk mula mengerakkan jentera kempen pilihanraya.

Semua bilik gerakan diarahkan untuk merangka pelbagai aktiviti bagi tujuan untuk berkempen dalam menghadapi PRU12 ini. Antara program yang telah digerakkan seperti ceramah mingguan, pengedaran risalah, pemeriksaan daftar pemilih, penempahan bendera, t-shirt dan sebagainya. Difahamkan juga rasional yang diguna pakai oleh pembangkang ketika membincangkan strategi ini ialah, andaikata ramalan yang dibuat itu tersasar, setidak-tidaknya jentera BA telah pun digerakkan untuk berkempen ke setiap lapisan masyarakat.

Dan ia bakal diteruskan sehinggalah tarikh sebenar diumumkan oleh pihak pemerintah. Ia juga secara tidak langsung akan memberikan pembangkang tempoh yang panjang untuk berkempen berbanding 7 hari yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Andaikata ramalan yang dibuat ini benar, maka semua jentera BA telah pun berada dalam keadaan yang bersedia dan mampu untuk menghadapi PRU pada bila-bila masa. Tidak cukup dengan itu, pembangkang juga dilihat mengunakan pendekatan yang lebih halus apabila meminta pengundi untuk memberikan mereka peluang untuk memerintah negara ini walaupun untuk tempoh yang seketika.

Menurut mereka juga andaikata prestasi yang ditunjukkan oleh pembangkang tidak memberangsangkan maka pengundi berhak untuk mengadakan pelbagai jenis himpunan untuk mendesak kerajaan ketika itu (pembangkang) untuk mengadakan pilihanraya semula.

Tegas mereka juga andaikata janji yang diberikan gagal dilaksanakan, maka mereka juga bersedia untuk mengadakan pilihanraya semula untuk memberikan hak kepada rakyat untuk memilih Barisan Nasional semula.

Oleh itu tidak timbul sebarang alasan untuk pengundi untuk terus menolak BA pada PRU akan datang kerana kerajaan yang bakal dibentuk boleh ditukarkan pada bila-bila masa sekiranya gagal untuk menberi kesejahteraan kepada rakyat. Ternyata taktik yang digunakan oleh BA ini agak halus kerana cuba memperbodohkan pengundi dengan janji-janji manis disamping memperjudikan negara demi memenuhi cita-cita politik mereka.

BA cuba membayangkan kepada pengundi yang mentadbir negara adalah mudah dan tidak ubah seperti menukar baju. Andainya baju yang digunakan tidak memenuhi citarasa, maka tukarlah kepada baju yang baru. Secara zahirnya ia tampak mudah untuk dipraktikkan, namun kesannya bukanlah semudah yang digambarkan.

Untuk mentadbir sesebuah negara, ia bukanlah semudah yang digambarkan. Andaikata ia mudah negara seperti Myanmar, Vietnam, Kemboja, Thailand dan negara dunia ketiga tidak seharusnya terus dihimpit kemiskinan. Andaikata ia mudah, sepatutnya tidak wujud lagi negara miskin dan rakyat yang menjadi mangsa kebuluran.

Bagaimana pula dengan kestabilan politik yang diperlukan untuk meyakinkan para pelabur negara asing? Apakah pasaran saham dan tukaran mata wang negara akan terus stabil kiranya kerajaan yang memerintah sering berubah-ubah? Apakah dasar pembangunan negara yang diguna pakai selama ini tidak cukup hebat dan perlu dirombak? Andaikata perlukan perubahan, perubahan yang bagaimanakah ingin dibawa oleh mereka ini?

Apakah BA lupa untuk menerangkan berkenaan semua perkara ini? Jawapannya mudah, tidak mereka bukanya terlupa tapi sengaja tidak mahu menerangkan perkara yang sebenar. Mereka cuba untuk memperbodohkan rakyat dengan memberikan ideologi yang sempit.

Satu lagi persoalan yang perlu dibangkit dan difikirkan bersama ialah, bagaimanakah negara ini akan dikemudikan untuk terus memacu perkembangan ekomoni negara? Sedangkan umum mengetahui dari dulu langsung tidak wujud persefahaman di antara pemimpin atasan BA.

Dengan ideologi yang saling bertentangan dan berantakan, mampukah mereka menjadikan menjadikan Malaysia lebih dari sekarang? Nasihat kepada barisan kepimpinan BA perbaiki dahulu krisis dalaman yang melanda sebelum bermimpi untuk memimpin negara.

Kerajaan yang memerintah tika untuk, telah berusaha sedaya upaya untuk terus menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman lagi makmur dan sesuai didiami oleh pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira anutan dan fahaman. Oleh yang demikian tidak timbul persoalan untuk menukar kerajaan dan ditadbir oleh mereka yang rakus dan halobakan kuasa ini.

Buat pengundi yang matang buatlah pilihan samada untuk terus menyokong kerajaan yang telah terbukti ‘track record’nya atau memilih barisan pembangkang yang masih bercelaru dengan saling bercakaran. Topik yang diperkatakan adalah mengenai ‘survival’ negara yang bukan seperti memakai dan membuang baju. Mentadbir negara tidak seperti melakukan ujian makmal ataupun eksperimen, ia merupakan isu yang serius dan besar.

Tepuk dada tanyalah selera.

RUSUHAN JALANAN AGENDA ANWAR



Pada 10 Nov yang lalu, KPMU telah mendedahkan tindakan yang di lakukan oleh Anwar Ibrahim apabila beliau secara lantang telah mengesa dan mendesak Jawatankuasa Bersih untuk terus menganjurkan perhimpunan haram dalam 2 minggu lagi selepas perhimpunan 10 Nov itu. Walaupun desakan itu tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan, maka beliau mencuba pula untuk memperkudakan Hindraf untuk merusuh di jalan raya.

Oleh yang demikian satu isu pun di rangka untuk membolehkan beliau terus memperalatkan rakyat demi untuk ‘survival’ politik beliau. Apabila rakyat dapat digerakkan untuk turun ke jalan, maka mudahlah bagi beliau untuk menumbangkan kerajaan sedia ada.

Kalau diperhatikan dengan teliti, tuntutan yang dibuat oleh kedua-dua pertubuhan ini hanyalah sebagai alasan sahaja. Niat yang sebenarnya hanyalah bertujuan untuk memberikan ‘spotlight’ yang baru kepada Anwar, memandangkan ‘sportlight’ yang lama dilihat telah semakin malap dan tidak bermaya.

Dahulu, beliau mengerakkan rakyat atas alasan telah disingkirkan oleh Tun Mahathir dan disumbat di Sungai Buloh. Namun isu itu dilihat sudah tidak lagi relevan memandangkan beliau sudah pun dibebaskan. Maka sebagai ‘Raja Reformasi’ beliau harus memikirkan isu yang mampu digunakan untuk terus memperalatkan golongan marhaen ini.

Anwar yakin kiranya rakyat terus dapat diperalatkan, maka beliau mampu untuk terus ‘bernyawa’ dalam pentas politik negara. Anwar percaya jika rakyat terus menerus berhimpun dan melakukan rusuhan demi rusuhan, kerajaan akan mula tunduk kepada semua kemahuan beliau.

Andai kata kerajaan enggan untuk tunduk, maka rusuhan akan digunakan untuk meminta campur tangan luar seperti yang pernah berlaku sebelum ini. Lihat sahaja bagaimana agensi berita luar yang begitu ghairah untuk melaporkan mengenai berita rusuhan yang berlaku di dalam negara ini.

Negara Malaysia di gambarkan seolah-olah telah menyamai negara-negara luar yang gemar kepada rusuhan jalanan. Berita yang dilaporkan tampak berat sebelah dengan hanya mengambil kira pandangan golongan pembangkang yang kononnya tertindas dan di zalimi oleh parti pemerintah.

Maruah dan intergriti Malaysia seolah tercalar natijah dari perbuatan segelintir pihak minoriti ini. Pelbagai cara dan saluran digunakan hingga sanggup mengadai maruah dan membelakangkan undang-undang negara.

Selepas ini tidak mustahil akan ada lagi episod perusuh jalanan ini yang akan diketui oleh Anwar, sehingga nawaitu beliau untuk menduduki kerusi no 1 negara menjadi kenyataan.

SELAGI DENDAM ANWAR PADA MAHATHIR TIDAK TERBALAS





Baru-baru ini Bar Council, sebuah kesatuan NGO yang di pengerusikan oleh Sivarasa Rasiah, telah mengadakan satu forum yang membincangkan perihal institusi kehakiman di Malaysia yang kononnya menghadapi krisis yang paling teruk di dalam sejarah kehakiman Malaysia. Bar Council yang dibayangi oleh Anwar Ibrahim ini ternyata sudah mula hilang pendirian dan hala tujunya.

Pada malam itu, Anwar antara lainnya mempersoalkan kredibiliti Tun yang kononnya begitu rakus mengamalkan rasuah hinggakan sanggup mencemarkan kesucian institusi kehakiman pada tahap yang amat memalukan. Sepanjang forum itu berlangsung rata-rata mereka, hanya memfokuskan kepada kelemahan dan betapa zalimnya Tun Mahathir sepanjang 22 tahun pemerintah beliau.

Anwar yang dilihat sebagai ‘ikon’ pada malam itu, cuba mengambarkan kononnya Tun Mahathir selama pemerintahan beliau mengamalkan budaya ‘diktator’ atau kuku besi. Anwar dilihat cuba menonjolkan dirinya sebagai salah seorang mangsa hasil dari ’air tangan’ pemerintah itu sebelum ini.

Namun demikian di masa yang sama, Anwar juga sempat memberikan gambaran kononnya dirinya layak untuk ditabalkan sebagai Perdana Menteri yang seterusnya. Beliau menegaskan juga, 3 orang Perdana Menteri yang memerintah Malaysia sebelum ini mempunyai latarbelakang perundangan sedangkan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dan Pak Lah langsung tidak mempunyai latarbelakang undang-undang. Yang mana natijahnya, mereka ini telah gagal untuk memelihara institusi kehakiman sehingga telah ‘dilacurkan’ dengan teruknya.

Berbanding dengan diri beliau, sepanjang berada di Sungai Buloh, beliau kononnya mempunyai masa yang banyak untuk membaca buku berkaitan undang-undang Malaysia. Oleh itu secara tidak langsung menjadikan diri beliau peka dan mahir mengenai selok-belok perundangan. Beliau juga berjanji untuk mengembalikan maruah institusi kehakiman yang telah runtuh andaikata mampu membentuk kerajaan pada pilihanraya umum kelak.

Walaupun hanya mengunakan nada yang sinis tatkala meluahkan hasrat hati beliau itu, namun rata-rata peserta yang menyertai forum tersebut faham dengan nawaitu beliau yang sebenar. Yang menjadi persoalannya, apakah hanya disebabkan beliau telah membaca beberapa jilid buku perundangan telah menjadikan beliau calon yang layak untuk memerintah negara?

Sungguh kritis pemikiran beliau kerana cuba memperbodohkan peserta dengan hujah yang begitu longgar, dalam menentukan hala tuju politik di negara ini. Kalau macam tu, maka ramailah dikalangan penjenayah yang pernah tinggal didalam jeriji besi layak menjadi Perdana Menteri. Asalkan mereka membaca buku undang-undang?

Tidak cukup dengan menghina Tun, Anwar dilihat begitu bersemangat mengkritik Menteri Penerangan Malaysia yang pada hemat beliau merupakan seorang yang buta huruf kerana tidak mampu menguasai Bahasa Inggeris dengan baik.

Beliau turut mengatakan, rakyat yang terus menolak Barisan Alternatif pada pilihanraya akan datang adalah merupakan mereka yang tergolongan di kalangan hamba.

Beliau mempertikai, rakyat tidak seharusnya terus memihak kepada Barisan Nasional kerana pada hematnya jika bersekongkol dengan Barisan Nasional, mereka secara tidak langsung telah merelakan dirinya dipergunakan oleh kerajaan UMNO.

Lihatlah betapa terdesaknya Anwar Ibrahim, sanggup menggunakan isu cetek dan lemah semata-mata untuk menakutkan rakyat. Banyak isu-isu bodoh, lemah, merapu dan angkuh yang sering meniti dibibirnya adalah bukti kukuh bahawa insan kecewa ini bukanlah pilihan bijak untuk ditabalkan sebagai Perdana Menteri.

Kesimpulanya, tindakan yang diambil oleh Tun Mahathir dengan memerapkan Anwar Ibrahim di ‘istana hinggapnya’ adalah merupakan satu tindakan yang wajar.

JENTERA PILIHANRAYA PAS TELAH DIGERAKAN, JENTERA UMNO MASIH BERCUTI???



Jentera Pilihanraya Pas Selangor dilihat telah mengerakkan semua ahli di semua peringkat untuk memastikan Kerajaan Negeri Selangor berjaya ditumbangkan pada pilihanraya umu (PRU) yang akan datang. Program demi program telah diatur dan dijalankan dalam memastikan objektif ini terlaksana.

Semua bilik gerakan telah mula dibuka dan untuk menjalankan kerja-kerja pilihanraya. Tiada lagi istilah ‘bulan madu’ buat mereka walaupun Pak Lah telah menegaskan masih lagi belum mendapat ‘ilham’ untuk mengumumkan tarikh pilihanraya’ umum yang akan datang.

Walaupun demikian mereka juga hanya memfokuskan kepada ‘kerusi’ yang diyakini dapat ditawan semula. Analisa yang dilakukan telah membolehkan mereka mengenal pasti kawasan yang memperolehi majoriti yang kecil pada PRU yang lepas.

Tidak cukup dengan ceramah, mereka juga dilihat begitu agresif mengedarkan pelbagai jenis risalah, dan melakukan gerakan untuk mendekati hati pengundi. Fokus mereka hanya kepada pengundi ‘atas pagar’ yang difikirkan mampu diumpan untuk cenderung kepada mereka. Sebagai contoh difahamkan Pas Gombak telah mengerakan jentera pemuda untuk mengedarkan pelbagai risalah dikawasan yang menjadi tumpuan ramai seperti di Greenwood, Gombak dan Selayang.

Bukan itu sahaja mereka juga meminta orang ramai yang ditemui untuk sama-sama menghadirkan diri ke ceramah yang mereka anjurkan.

Unit pilihanraya mereka dilihat telah mengeluarkan ‘senarai pendek’ pengundi atas pagar, dan wakil setiap kawasan telah diminta untuk mendekati golongan ini. Senarai pendek itu juga bertujuan untuk membolehkan mereka merangka pelan untuk menarik golongan ini memberikan undi mereka kepada pembangkang.

Difahamkan juga Pemuda Pas Selangor begitu aktif mengenal pasti golongan pelajar di universiti-universiti kerajaan dan swasta serta kolej-kolej tempatan untuk membolehkan mereka menyusup masuk untuk menyampaikan dakyah politik.

Modus operandi yang digunakan ialah mengenalpasti pelajar yang mampu untuk mempengaruhi pelajar yang lain. Setelah dikenalpasti mereka akan melakukan pelbagai program yang berbentuk keagamaan seperti ‘usrah’ dan sebagainya. Setelah itu secara senyap mereka akan menaburkan pelbagai jenis dakyah politik yang akan mengakibatkan golongan pelajar ini menjadi marah dan benci kepada kerajaan yang memerintah.

Namun apa yang ingin diperkatakan bukanlah mengenai gerak kerja yang sedang dijanlankan oleh pembangkang, tapi berkenaan jentera UMNO yang masih lagi bercuti dan berbulan madu. Bilik gerakan UMNO masih lagi berkunci dan program yang dilakukan hanya tertumpu kepada ahli sahaja dan tidak secara menyeluruh.

Golongan ‘atas pagar’ dilihat semakin diabaikan dan kurang didekati. Mereka ini hanya didekati apabila ‘gendang’ pilihanraya telah dipalu oleh Pak Lah. Andaikata UMNO masih lagi mengamalkan kerja ‘last minute’ dan gagal menyaingi jentera pembangkang, maka tidak mustahil objektif Pas untuk menawan Selangor bakal menjadi kenyataan.

Ahli UMNO terutamanya di Selangor seharusnya tidak memandang sepi gerak kerja yang telah dilakukan oleh pembangkang ini, kerana tanpa kerja keras, usaha dan kerjasama semua pihak misi untuk mamastikan Selangor terus diperintah oleh UMNO/BN bakal menjadi sukar.

TEORI 10 TAHUN POLITIK NEGARA MENGARUT



Demostrasi jalanan anjuran Bersih yang dipengerusikan oleh Mat Sabu baru-baru ini dilihat semakin mendapat tempat di hati para pengikut dan penyokong Pas. Walaupun dianjurkan oleh Pas namun bayang-bayang Anwar kelihatan terus subur di dalam program yang dipelopori oleh penasihat parti PKR ini.

Ini kerana sebagai pencetus program yang tidak pernah wujud di dalam sejarah politik Malaysia ini, mereka merasakan ia telah berjaya mendapat tempat di hati rakyat. Walaupun pelbagai kejadian yang tidak di ingini berlaku seperti kerosakan harta benda, gangguan lalu lintas, menggangu ketenteraman awam, merosakan imej negara, dan sebagainya. Mereka seolah-olah ‘mabuk’ untuk terus mengunakan pendekatan ini untuk menyuarakan pendapat.

Mereka juga cuba mengungut kerajaan dengan mengatakan ia bukan yang pertama dan juga bukan yang terakhir, dalam erti kata lain akan ada lagi program yang akan mengerakan rakyat untuk turun ke jalanan. Sebagai seorang rakyat yang sepatutnya sayang dan cintakan negara ini, mereka tidak sepatutnya mengunakan pendekatan seperti ini kerana bakal menyebabkan maruah dan imej negara tercalar di mata dunia.

Difahamkan pada malam ini, mereka sekali lagi akan mengadakan perhimpunan buat kedua kalinya di Batu Burok dengan niat untuk mencabar kerajaan dan badan kepolisian negara. Pemuda Pas DUN Gombak juga dimaklumkan sedang merangka untuk mengadakan perhimpunan 1000 orang (P1K) di DUN Gombak pada 16 Disember. Objektifnya tetap sama memperlecehkan kedaulatan undang-undang negara dan meletakkan negara dalam suasana huru-hara.

Kita sedia maklum majoriti rakyat Malaysia menolak pendekatan yang digunapakai ini, kerana ia jelas mengambarkan sikap dan keintelektual mereka yang rendah dan sukakan keganasan. Di saat kerajaan sedang menjalankan kempen ‘melawat Malaysia’ pembangkang yang hanya bersifat ‘minoriti’ cuba memberikan gambaran yang sebaliknya.

Sebagai sebuah negara yang sedang menuju sebagai negara maju, golongan pembangkang begitu angkuh mengamalkan ‘jungle of the law’ (undang-undang rimba). Di saat ekonomi negara yang dikuasai oleh bangsa lain, pembangkang yang majoritinya Melayu merasa begitu hebat untuk menjerit-jerit di tepi-tepi jalan.

Golongan ini seharusnya sedar, negara asing hanya menanti masa yang sesuai untuk memberikan tekanan dan mengambil peluang untuk kembali menguasai Malaysia. Rakyat Malaysia tidak pernah lupa dengan sejarah hitam pernah melanda dikala Anwar mengerakan golongan reformasi untuk merusuh di jalan-jalan.

Rakyat Malaysia juga masih ingat akan kebiadapan yang ditunjukkan oleh Al-Gore ketika melawat Malaysia suatau ketika dahulu apabila menyokong tindak-tinduk yang tidak bertamadun ini. Di fahamkan juga kajian yang dilakukan oleh golongan pembangkang kononnya setiap 10 tahun politik negara pasti akan dilanda masalah.

Hujah yang digunakan pakai ialah pada 1987 UMNO telah mengalami krisis dalaman yang teruk. Natijahnya UMNO telah diharamkan dan terpaksa untuk ditubuhkan semula.

Diikuti pula pada 1997/1998, Anwar Ibrahim telah dipecat dari semua jawatan kabinet dan politik dan telah menyebab negara di landa gelombang perusuh yang melakukan keganasan dan mengakibatkan UMNO hampir kalah di dalam pilihanraya.

Oleh itu sekiranya mengunakan teori 10 tahun ini, maka pada tahun ini 2007/2008 golongan pasti akan mencuba untuk kesekian kalinya untuk memecah-belah dan merosakkan kemakmuran yang dipertahankan selama ini.

Apa yang dapat disimpulkan ialah, pembangkang sedang mengerah semua jentera untuk mengunakan apa sahaja cara yang ada untuk meruntuhkan kerajaan sedia ada waima melanggar undang-undang negara. Persoalannya mampukah golongan ini mempertahankan dan menyediakan negara ini sebagai sebuah negara yang aman untuk terus diduduki andaikata mereka sendiri adalah terdiri dari mereka yang enggan patuh dan tunduk dengan undang-undang sedia ada. Tepuk dada tanyalah selera.

SURAT TERBUKA BUAT ANWAR IBRAHIM



Ke hadapan Anwar Ibrahim,

Tahniah kerana telah berjaya menghasut orang kampung untuk menjual nama Malaysia ke mata dunia dan menghuru-harakan negara, saya amat mengkagumi kehebatan anda menjual nama negara ke tahap yang lebih internasional dan sekaligus merendahkan maruah dan imej negara.

Saya tidak nafikan kematangan anda berfikir, malah saya tahu sedikit sebanyak sejarah saudara ketika mula-mula bersama ABIM dahulu, saudara memang hebat! Orang lain ingin belajar di Universiti, saudara racun mereka untuk bermain politik, konon nak perjuangkan nasib bangsa. Namun disebabkan itu juga, saudara berjaya diterima ke dalam UMNO dan pernah memegang jawatan tinggi dalam kabinet hasil dari pertolongan Tun.

Sejarah mungkin berulang, tapi versinya tidak sama. Namun demikian konklusinya tetap tidak akan berubah sekiranya minda yang ALLAH berikan tidak di gunakan dengan betul. Saudara pasti pernah membaca kisah Sejarah Melayu. Bagaimana Melaka jatuh ke tangan penjajah seperti Portugis, Belanda dan Inggeris.

Saudara juga mungkin biasa membaca bagaimana orangg kuat istana di dalam sejarah negeri Temasik berjaya membuat onar dengan membuka pintu kerajaan agar dapat dibolosi oleh tentera musuh hanya kerana dendamnya pada Sultan. Atau mungkin juga biasa membaca bagaimana Jebat akhirnya mati ditikam atas kegelojohannya menderhaka kepada raja? The irony of it all, Jebat kini muncul lagi di alaf 21 tetapi dengan mengunakan nama Anwar Ibrahim.

Saudara mungkin tidak sayangkan Malaysia, dan hanya bernafsu untuk mengejar pangkat dan harta semata. Tetapi janganlah dirosakan negara yang aman dan damai ini semata-mata untuk mengejar cita-cita gila anda itu. Berhentilah dari terus meletakkan Malaysia ke kancah kehancuran hanya kerana merasakan diri masih popular dan diperlukan rakyat. Kerana majoriti rakyat telah menolak dan membuang saudara jauh dari politik negara.

Hanya kerana sokongan minoriti yang di perolehi, saudara merasakan ia merupakan suara rakyat keseluruhan. Walaupun mungkin saudara hebat berpidato dan berceramah, tetapi itu bukanlah tiket untuk membolehkan rakyat terus mendokong idealisme politik saudara. Masih tidak cukupkah saudara menjadikan Azizah sebagai umpan untuk mengerakkan nawaitu busuk saudara. Tidak kasihankah saudara kepada anak-anak yang terpaksa menangung penghinaan hanya untuk membolehkan saudara terus popular?

Janganlah di sebabkan dendam, saudara ingin bertindak di luar batasan akal. Yakinlah, karier politik saudara telah lama berakhir, janganlah dipaksa lagi ego itu untuk menanggung beban yang tak mampu di kendalikan.

Akhir kata, saya ingin bertanya kepada saudara, perjuangan yang sia-sia ini hanya akan menyebabkan saudara terus dipandang hina oleh rakyat. Kerana sebagai rakyat yang cintakan negara, saya dan rakan-rakan semua sama sekali tidak akan membenarkan saudara untuk terus menganggu-gugat kesejahteraan dan kemakmuran negara.

Sekian, Terima Kasih...

Oleh : Saudara Nosferatus
(www.kpmu.net/forum)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...