Najib Tun Razak akhirnya mengambil pendekatan seperti Saiful Bukhari dengan menafikan tuduhan Anwar dengan lafaz sumpah. Sumpah tersebut telah dilafazkan di depan jemaah Masjid Guar Perahu semalam (22 Ogos 2008).
“Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Bahawasanya saya tidak terlibat dan mengenali wanita Mongolia yang dikaitkan dengan diri saya.
‘‘Biarlah Allah menjadi saksi di dalam Masjid Guar Perahu yang mulia ini. Saya tidak mahu kata ini sumpah rasmi atau tidak, tapi ini urusan saya dengan Allah. Apa pun tohmahan, saya percaya saya berdiri di atas prinsip yang benar,” kata Najib.
Sumpah yang dilafazkan oleh Najib ini, di harap dapat membuka mata ramai pihak yang selama ini termakan dengan kata-kata Anwar Ibrahim. Peminat setia ceramah Anwar Ibrahim sepatutnya bertanya kepada diri sendiri, apakah tuduhan Anwar selama ini boleh di percayai?
Seperti yang kita ketahui, tiap kali apabila menyampaikan ceramah, acapkali Anwar menuduh Najib terlibat dengan konspirasi membunuh Altantuya Shaaribuu tanpa memberikan bukti yang kukuh.
"Kita ada bukti untuk mengaitkan Najid dengan pembunuhan Altantuya.
"Najib adalah dalang di sebalik kematian Altantuya"
"Semua bukti berkaitan penglibatan Najib terhadap pembunuhan Altantuya, akan kita" dedahkan sedikit masa lagi"
Berikut adalah antara, bait-bait kata yang sering dia gunakan untuk memfitnah Najid Tun Razak. Tapi yang hairannya bermula dari hari Anwar di bebaskan sehinggalah ke hari. Tiada satu bukti pun yang didedahkan kepada umum bagi menyokong pertuduhannya itu.
Kalau adapun, hanyalah akuan bersumpah yang dibuat oleh Raja Petra yang menuduh Rosmah turut berada di tempat kejadian ketika Altantuya di bunuh. Tetapi tiada sebarang bukti yang dilampirkan untuk menyokong hujahnya.
Pembaca yang budiman, pasti masih mengingati peristiwa '6 kotak hitam' yang di dakwa oleh Anwar berada dalam simpanannya ketika beliau ingin mengerakan reformasi suatu ketika dahulu. Bermula dari pemecatannya hinggalah di sumbat ke penjara dan di bebaskan, langsung tiada sebarang pendedahan dari '6 kotak hitam'seperti yang dijanjikan.
Itulah Anwar, hanya pandai berkata dengan penipuan demi penipuan. Dan mereka yang berfikiran sempit pula akan terus menelan kata-kata Anwar tanpa dapat mengunakan akal fikiran waras yang dikurniakan oleh Allah S.W.T.
Penulis percaya dengan lafaz sumpah yang diucapkan oleh Najid dan Saiful telah menyebabkan Anwar kepanasan dan hilang punca. Seperti yang dikatakan sebelum, sumpah mereka itu, ada pemberatnya. Dan yang terkena sumpahnya adalah Anwar Ibrahim.
Apapun, kita tunggu sahaja 26 Ogos ini. Apakah Anwar masih berjaya menipu rakyat Malaysia atau sebaliknya. Yang nyata Anwar dah mengelabah.