17 May 2012

Bersih 3.0: Unit Amal Mengaku GAGAL



Rusuhan Bersih 3.0 pada 28 April yang lalu telah memalitkan sejarah hitam buat negara. Namun portal dan blog-blog pakatan dilihat semakin terdesak dan berhempas pulas untuk meyakinkan rakyat dengan memberikan seribu satu alasan untuk ‘menghalalkan’ perbuatan tersebut. Antaranya dengan menyalahkan kerajaan dan pihak polis sebagai pencetus kepada rusuhan tersebut. 

15 May 2012

Tindakan biaDAP penyokong BERSIH

Kebiadapan mereka dengan pelbagai provokasi seolah-olah tiada batasnya...


Ayuh dan bangkitlah rakyat Malaysia... Kecam perbuatan yang kurang ajar ini...

PENYOKONG BERSIH BIADAP DAN KURANG AJAR



Tindakan beberapa kerat manusia yang dipercayai warganegara Malaysia menjerit-menjerit dan menganggu ketika YAB Perdana Menteri menyampaikan ucapan pelancaran Rakan Barisan Nasional (BN) UK semalam adalah merupakan satu tindakan yang sangat biadap dan kurang ajar.

Sila keluar Felda jika kutuk kerajaan


Mereka yang mengutuk kerajaan dicabar untuk keluar daripada tanah rancangan Felda kerana mereka tidak diperlukan di dalam kawasan tersebut.

Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Azalina Othman Said berkata, ramai lagi masyarakat di luar yang mahu menjadi warga Felda menggantikan tempat mereka yang tidak bertanggungjawab ini.

Dokumentari Khas : Bersih itu KOTOR!!!!!

SAKSIKAN DOKUMENTARI KHAS BERSIH ITU KOTOR



Pakatan Terdesak, Sanggup Tipu Fatwa Al-Qaradawi



Demi kerana kuasa, pasukan gerak saraf pakatan sanggup melakukan apa sahaja. Terbaru satu poster telah dikesan di Changlun, Kedah Darul Aman yang memaparkan ‘fatwa sonsang’ juak-juak pakatan yang mengunakan nama Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradawi. Kenyataan tersebut ditemui melalui kain rentang yang menyatakan ‘Barangsiapa Yang Mereka Fitnah Liwat Keatas Anwar Ibrahim Adalah Munafik dan Barangsiapa Yang Mempercayainya Adalah Fasik’

14 May 2012

SURAT TERBUKA BUAT ANWAR IBRAHIM


Ke hadapan Anwar Ibrahim,
Tahniah kerana telah berjaya menghasut orang kampung, pelajar universiti untuk menghuru-harakan negara serta memburuk-burukkan Malaysia ke mata dunia. Saya amat mengkagumi kehebatan anda menjual nama negara ke tahap yang lebih internasional dan sekaligus merendahkan maruah dan imej negara.

Melayu Yang Sering Terlena

masa-depan-melayu-300x199
Umum mengetahui Islam muncul di Semenanjung Arab pada kurun ke-7 masihi apabila Nabi Muhammad s.a.w. mendapat wahyu daripada Allah s.w.t. Selepas wafatnya Rasullullah s.a.w. kerajaan Islam telah berkembang pesat sejauh Lautan Atlantik di Barat dan Asia Tengah di Timur.

Tangisan Anak Merdeka

Tidak berapa lama dahulu penulis menerima satu jemputan untuk bersama-sama menyaksikan satu persembahan teater yang di adakan di Maktab Polis Diraja, Cheras, Kuala Lumpur. Persembahan teater itu telah di persembahkan oleh Kumpulan Kesenian Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur yang bertajuk ‘Tangisan Api Kemerdekaan’.

Tom & Jerry vs Umno & PAS

Itulah perumpaan yang agaknya sesuai untuk diberikan kepada dua (2) parti politik terbesar umat Melayu di Malaysia ini.  Idea ini diambil dari mantan mufti Perlis, Professor Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin yang melabelkan parti ini seperti watak kartun di dalam akaun Twitter beliau.

Antara Gerakan Rakyat Atau Boneka Asing

Acap kali sejarah membuktikan, mana-mana negara khususnya negara Islam yang datangnya dari kelompok dunia ke-2 mahupun ke-3 cuba untuk membangun dan keluar dari garis serta paras kemiskinan menuju ke taraf negara maju pasti akan menjadi sasaran kuasa besar dunia yang akan memulakan gerakan yang dinamakan gerakan rakyat. Ia kononnya akan dipaksikan dengan gerakan rakyat yang akhirnya akan dinaungi oleh pelbagai pertubuhan, baik politik mahupun NGO.

Dengan kehadiran dan kewujudan gerakan rakyat ini, maka mudahlah untuk kuasa asing meletakkan orang pilihan mereka apabila kerajaan itu ditumbangkan. Walaupun mungkin ada yang mengatakan ia hanya merupakan teori semata-mata, namun mutakhir ini perkembangan dunia memperlihatkan teori ini ada benarnya.

Contohnya, suatu ketika dahulu kuasa asing ini cuba memainkan peranan untuk melemahkan blok pengaruh komunis di China dengan gerakan yang sama melalui penglibatan pelajar. Namun kerajaan China pada masa itu dilihat begitu pantas mengunakan pendekatan untuk ‘menghancurkan’ gerakan ini dalam peristiwa berdarah di Medan Tianemen. Yang mana ia juga digerakan atas nama kebangkitan rakyat.

Hingga ada yang membuat kesimpulan bahawa rantau Timur Tengah yang wujud pada hari ini dari segi struktur dan negaranya, bermodalkan perancangan Barat. Dalam erti kata lain, mereka sebenarnya tidak ‘merdeka’ tetapi hanya merupakan boneka dan percaturan negara asing.

Sekiranya kita menelusuri sejarah, ketika Perang Dunia Pertama dan sebelumnya, Barat telah membuat beberapa perancangan. Iaitu apa yang dipanggil sebagai ‘surat-menyurat’ antara Hussein, penguasa Mekah pada masa itu dengan Sir Henry McMahon, Pesurahjaya British di Mesir ketika itu.

Dalam kandungan surat-menyurat itu, British menggalakkan orang Arab supaya memberontak terhadap Daulah Uthmaniah dan mewujudkan negara-negara Arab. Mereka menyemarakkan semangat kebangsaan Arab yang mana negara Arab tidak sepatutnya diperintah oleh orang Turki tetapi oleh orang Arab itu sendiri.

Sejarah telah membuktikan dengan jelas yang mana menunjukkan bahawa British secara terang-terangan menyokong bangsa Arab supaya memberontak dan akhirnya berlakunya  Pemberontakan Arab pada tahun 1916.
Menerusi Pemberontakan Arab inilah lahirnya negara-negara seperti Arab Saudi, Jordan, Kuwait, Qatar dan sebagainya. Apa yang jelas, kewujudan negara-negara ini dibuat bagi menguatkan kuasa-kuasa Barat kerana pemerintah negara-negara berkenaan sememangnya dipilih dari golongan pro-Barat seperti keluarga Ibn Saud, al-Sabah dan al-Khalifah. Golongan ini diletakkan sebagai khalifah yang boleh dikatakan berdekad-dekad amat pro-Barat.

Yang terbaru konflik di rantau timur tengah juga dihambat dengan pemberontakan rakyat hingga mengakibatkan beberapa negara mengalami perubahan pemerintah, walaupun ada sebahagiannya yang masih dapat bertahan. Antaranya demonstrasi di Mesir, Syria dan sebelum itu berlaku di Bahrain. Bantahan juga berlaku di Arab Saudi dan negara-negara lain tetapi dapat dibendung oleh kerajaan.

Semua perkara ini andai diteliti akan dilihat mempunyai persamaan antara satu sama lain, sebagai contoh kira-kira dua tahun dahulu, saya ada mengikuti perjumpaan Empower Malaysia dengan Caucus Ahli Parlimen Wanita di bangunan Parlimen Malaysia. Ia bertujuan untuk menjemput MP wanita untuk menghadiri majlis perasmian program anjuran mereka dengan kerjasama Kedutaan US. Menurut makluman program yang diadakan itu dirasmikan oleh Duta US ke Malaysia.

Dan seterusnya pada 2-4 Ogos 2011, Miss Farah Pandith wakil khas kepada pentadbiran bekas presiden Bill Clinton telah mengadakan perjumpaan tertutup di kediaman rasmi duta US dengan wakil-wakil NGO yang berhaluan kiri.

Untuk makluman, Empower adalah merupakan pertubuhan NGO yang bertujuan untuk meningkatkan penglibatan wanita berpolitik. Pengarah Eksekutif kepada pertubuhan ini ialah Maria Chin Abdullah yang juga merupakan salah seorang pengajur bersama untuk Bersih 2.0 dan 3.0.
Saya berkesempatan untuk berbual dengan salah seorang tenaga pengerak pertubuhan ini yang mana menurutnya, mereka mendapat bantuan dana yang diberikan secara terus oleh wakil dari kedutaan Amerika Syarikat untuk mengerakkan aktiviti dan kos pengurusan mereka.

Gerakan Mahasiswa Didokong Fahaman Syiah?

Blog-blog pembangkang minggu ini dilihat begitu teruja untuk memberikan sedikit tumpuan dan promosi kepada gerakan aktivis pelajar dokongan mereka. Namun bukan kerana kehebatan gerakan mendapat keputusan yang cemerlang dalam bidang pengajian masing-masing. Tetapi kerana kejayaan pakatan pembangkang dalam mendoktrinkan ideologi untuk didokongi golongan ini, agar bersama dalam misi pembangkang untuk meletakkan Anwar Ibrahim di Putrajaya.

Rasional Antara Mahasiswa dan Politik Negara


Sejak kebelakangan ini dilihat ramai golongan mahasiswa yang begitu memberikan perhatian dalam isu politik tanahair. Tidak ketinggalan juga segelintir dari mereka yang mengambil keputusan untuk mendesak malahan ada yang telah ‘terjun’ untuk bersama-sama memainkan peranan dalam pentas politk.

PM akan umum ‘Khabar Gembira’ Buat Golongan Muda

Rata-rata yang menghadiri  program pelancaran ‘BN Pilihan Orang Muda, peringkat Wilayah Persekutuan baru-baru ini di Pusat Latihan DBKL, Bandar Tun Razak pasti mengakui dan dapat melihat betapa penuh dan ramainya hadirian yang hadir. Di anggarkan sekitar 5000 – 7000 golongan muda dari pelbagai latar belakang dan lapisan masyarakat hadir bagi menyatakan sokongan terhadap BN yang dipimpin oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Seawal jam 7.00 pagi, kelihatan anak-anak muda telah mula berpusu-pusu membanjiri perkarangan pusat latihan DBKL bagi menghadiri program pada pagi itu. Program yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyidin Yasin itu dipenuhi dengan lautan biru para hadirin yang begitu bersemangat bagi menyatakan sokongan mereka.

Rata-rata hadirin yang hadir ketika ditemui mengatakan imej, ketrampilan, dasar dan transformasi kerajaan adalah antara sebab mereka hadir bagi menzahirkan tanda sokongan ini. Dan majoriti yang ditemui menegaskan faktor utama sokongan adalah disebabkan pendekatan PM yang ‘cool’ dengan golongan muda.

TPM ketika menyampaikan ucapan perasmian, mengatakan tidak berapa lama lagi PM akan mengumumkan beberapa ‘khabar gembira’ yang melibatkan golongan muda di negara ini. Ia secara tidak langsung akan membuktikan betapa kerajaan BN begitu serius dalam memastikan golongan muda negara terus diperkasakan.

Ini kerana kerajaan menyedari, lebih kurang 46% daripada penduduk negara ini adalah tediri daripada golongan muda yang merupakan aset penting dan pewaris dalam meneruskan kesinambungan pembangunan negara. Banyak aktiviti dan program akan terus dirangka khusus untuk memperkasakan program-program bina upaya bagi membentuk generasi muda berintegriti, mapan, unggul, serta kental jiwa dan semangatnya.

Menyedari akan aspirasi serta harapan orang muda untuk negara, kerajaan BN telah bergerak untuk memenuhi hasrat tersebut di mana ia bukan sahaja melibatkan program-program pembangunan belia, malah transformasi sosiopolitik dan ekonomi demi membentuk masa hadapan yang lebih cerah.

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ketika menyampaikan titah ketika seisi pembukaan penggal ke-5, Majlis Parlimen ke-12 yang lalu juga turut mengingatkan rakyat agar yakin dengan kerajaan. Baginda juga melahirkan keyakinan golongan muda negara akan tetap dan terus bersama-sama memecah keringat serta berganding bahu dengan kerajaan untuk melakukan perubahan demi memastikan segala impian masa muka terlaksana.

Kepada golongan muda, seharusnya mengunakan segala ruang dan peluang yang ada dengan bijaksana, bak kata pepatah, kalau tinggi di angkasa jadilah garuda, kalau jatuh ke laut jadilah pulau. Usaha kerajaan dalam memartabatkan golongan muda seharusnya di dokong dan dalam masa yang sama berusaha untuk mencari peluang bagi mamajukan diri bagi memastikan kelangsungan golongan muda sebagai pewaris negara.

SAMM Mula Sedar, Hanya Menjadi Alat Pakatan



Kekecewaan gerakan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) terhadap kepimpinan Anwar boleh di ibarat sebagai retak menanti belah. Walaupun pelbagai usaha telah dijalankan agar pepecahan ini tidak sampai ke pengetahuan umum, namun semua usaha itu langsung tidak membuahkan sebarang hasil.

Rata-rata pemerhati politik mengetahui, SAMM adalah merupakan platform politik ciptaan Badrul Hisyam Shaharin (CheguBard) konon bertujuan untuk mewujudkan gerakan anak muda terutama golongan mahasiswa. Usaha yang dilakukan ini semata-mata untuk menarik perhatian Anwar Ibrahim agar memilih dirinya untuk diletakkan sebagai calon PKR dalan PRU-13 nanti.

Ini kerana dia mengetahui, tanpa gerakan tersebut adalah mustahil untuk dirinya melepasi sokongan jaringan kumpulan terbesar PKR yang diketui oleh Azmin Ali. Dan paling ditakutinya ialah terdapat percubaan demi percubaan untuk membunuh karier politiknya di Rembau. Gerakan yang dimaksud bukan dari parti BN/UMNO tetapi dikalangan pimpinan PKR sendiri yang merasaikan kehadiran Chegu Bard merupakan lialibiliti pada parti.

Kemelut bermula apabila CheguBard merasakan terdapat aturan untuk memastikan dirinya dipinggirkan dari kerusi Ketua Cabang PKR Rembau. Ia diburukkan lagi dengan percaturan ‘tangan-tangan ajaib’ yang menyikirkannya  dari terus memegang  jawatan sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR.

Kemuncaknya, apabila kenyataan dan tindakan yang dikeluarkannya dilihat seolah-olah cuba untuk  melancarkan perang terhadap kepimpinan PKR terutamanya Azmin Ali dan Shamsul Iskandar Md. Akin. Sehingga cakap-cakap politik mengatakan, dia telah membuat keputusan untuk keluar dari PKR. Dan ia amat mengecewakan para penyokongnya, maka ketetapan telah dibuat untuk menubuhkan platform NGO. Ia semata-mata bertujuan untuk mewujudkan gerakan mahasisiwa dan anak muda agar penglibatanya di peringkat nasional dapat dilihat.

Namun segala usaha dan penat lelah tersebut langsung tidak dihargai oleh Anwar Ibrahim dan Azmin Ali. Mereka masih merasakan Chegu Bard dan gerakan SAMM adalah merupakan pengacau di dalam gerakan dan kumpulan Azmin Ali. CheguBard dan SAMM dilihat hanya berniat untuk menghapuskan peranan dan populariti Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang diketui oleh Shamsul Iskandar.

Sebagai contoh, lihat sahaja artikel yang keluarkan oleh blog pro-pembangkang yang mengkritik secara terbuka kegagalan Chegu Bard dalam mengerakkan anak muda untuk himpunan ‘pemanas badan’. Walaupun pada mulanya pihak penganjur mensasarkan kehadiran seramai 10,000 ribu orang, namun malangnya program tersebut hanya dihadiri sekitar 500 orang sahaja.



Terbaru, sila rujuk kenyataan Safwan Anang, Pengerusi SAMM yang melahirkan rasa kekecewaan apabila gerakan mereka seolah-olah tidak disambut dengan sewajarnya oleh pakatan pembangkang khususnya pimpinan PKR. Ramai juga diantara mereka sudah mula, merasa jauh hati dan bosan serta tidak ketinggalan ada juga yang telah mula pulang ke rumah masing-masing. Akhirnya mereka sedar perjuangan mereka hanyalah sia-sia. Ternyata mereka telah mula sedar enggan untuk terus dipergunakan atau dalam bahasa muda terus dijadikan kuda tunggangan dalam merealisasikan impian dan nafsu serakah Anwar untuk menduduki kerusi di Putrajaya.

Apa yang diharapkan, semoga selepas ini makin ramai lagi di kalangan mereka yang dibukakan hati untuk berfikir secara matang dan waras dalam membuat keputusan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...