Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan Tony Pua untuk membayar ganti rugi sebanyak RM200,000 sebagai ganti rugi am membuktikan bahawa semua kenyataan-kenyataan yang dibuat olehnya sebelum ini terhadap Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) adalah merupakan fitnah serta berniat untuk memburuk-burukkan nama syarikat tersebut.
08 June 2012
TONY PUA : KERANA MULUT JAHAT DAN FITNAH, 200K TERBANG
Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan Tony Pua untuk membayar ganti rugi sebanyak RM200,000 sebagai ganti rugi am membuktikan bahawa semua kenyataan-kenyataan yang dibuat olehnya sebelum ini terhadap Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) adalah merupakan fitnah serta berniat untuk memburuk-burukkan nama syarikat tersebut.
07 June 2012
WATAK MENDALIAR vs AMBIGA : PERSAMAAN ATAU KEBETULAN????
Banyak sekali perkara yang boleh kita pelajari daripada Sulalatus
Salatin, kesusasteraan historiografi kita. Antara lain, ketika kita
berasa rumit untuk memahami mengapakah Pas dan PKR kelihatan akrab
dengan Ambiga Sreenevasan, buku klasik itu pasti membantu. Saya sebenarnya sejak dulu tertarik kepada watak Raja Mendaliar. Namun,
saya sendiri tidak membuat tafsiran. Pada masa lepas, biarpun terdapat
kupasan oleh beberapa pengkaji kesusasteraan lama tentang tokoh ‘yang
berjasa’ itu, saya sekadar membacanya secara sambil lewa. Saya tertumpu
pada teks, bukan kupasan.
ANTARA MUZAKARAH DAN PERPADUAN UMAT
Seorang sahabat yang tidak menyokong mana-mana parti atau lebih tepat
lagi “duduk atas pagar” melepaskan rasa kecewa. Katanya; “Nampak gaya
muzakarah Umno dan Pas tak menjadi lagi,” keluhnya dalam nada yang penuh
rasa kesal.
Daripada keluhan itu, penulis melihat raut wajahnya yang benar-benar
kecewa setelah menatap beberapa akhbar pada pagi minggu baru-baru ini.
Nada kecewa dan rintihannya nampak benar apabila dia turut menggeleng-gelengkan kepala.
06 June 2012
JANGAN HANYA PANDAI BERKOKOK!!!
Suatu masa dulu ketika zaman menjadi pelajar pengajian tinggi, saya
melihat ramainya mahasiswa memilih untuk diam. Jika ada sesuatu isu yang
bangkit dalam kalangan warga kampus, ramai enggan masuk campur. Mereka
akan terus sibuk dengan urusan studi. Ada juga yang sengaja melarikan persoalan itu dengan perkara lain, ke
padang untuk bersukan atau keluar ke bandar dengan aktiviti sendiri dan
sebagainya.
Labels:
Anak Muda,
Ayam berkokok,
Gen-y,
Kampus,
Komentar,
mahasiswa,
Pak Pandir
03 June 2012
BENARKAH NIZAR MERUPAKAN PARASIT DIDALAM PAS?
Baru-baru ini, pentas politik negara
heboh dengan laporan kenyataan mantan Menteri Besar Perak, Nizar Jamaluddin
yang biadap mempertikai tindakan Sultan Johor, Sultan Ibrahim membida nombor
plat WWW 1 menerusi laman Twitternya. Ramai yang bangkit membidas tindakan
Nizar tersebut dan tidak kurang juga ada yang meminta agar Nizar diharamkan terus
dari memijak bumi Johor.
ORANG MUDA: KENAPA SAYA PERLU SOKONG BN
Pembangkang mendabik dada mendakwa perhimpunan yang disokong mereka
yang bertukar ganas pada 28 April lepas disertai oleh sebahagian besar
orang muda yang berumur bawah 40 tahun dan dengan mudah pula
mengandaikan kononnya generasi muda menyokong mereka. Benarkah dakwaan dan andaian itu?
Labels:
BN,
Cina,
David Choong,
India,
Malaysia,
Melayu,
Orang Muda,
UMNO
'AYAM SABUNG' PEMBANGKANG IBARAT AYAM TOGEL
DALAM pakatan pembangkang yang dianggotai oleh Parti Keadilan Rakyat
(PKR), DAP dan Pas masing-masing mempunyai 'ayam sabung' yang akan
terpekik terlolong di atas pentas-pentas ceramah bagi menyerang UMNO dan
Barisan Nasional (BN). Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja ceramah-ceramah melibatkan
'ayam-ayam sabung' itu di seluruh negara. Tuduhan amalan rasuah dan
penyelewengan yang kononnya dilakukan oleh UMNO dan BN sentiasa menjadi
modal ceramah mereka.
Labels:
Ayam Sabung,
BN,
Ceramah. UMNO,
DAP,
Parti Keadilan Rakyat,
PAS,
pkr
RASIONAL MENERUSKAN MUZAKARAH UMNO-PAS
Sejarah membuktikan kerjasama Pas-Umno pernah wujud. Ia bermula sebaik
berlaku peristiwa 13 Mei 1969, di mana salam undangan Umno terhadap Pas
yang dimulai pelawaan oleh Tun Razak terhadap Datuk Asri- ketika itu YDP
Agung Pas Pusat sambut baik. Pas setuju menerima pelawaan Umno bagi membentuk kerjasama kuat hingga
tertubuh satu kerjasama politik baru di bawah pembentukan Barisan
Nasional (BN) pada 1972, walaupun akhirnya Pas keluar daripada BN pada
1978. Sekiranya ia boleh berlaku pada zaman Asri-Tun Razak, mengapa ia
tidak pada zaman Datuk Seri Hadi-Datuk Seri Najib?.
Labels:
DAP,
Datuk Asri,
Hadi Awang,
Melayu,
Muzakarah,
Najib Razak,
Tun Razak,
UMNO-PAS
02 June 2012
PANAS!!! ALAHAI KESIANNYA NASIB 'ULAMA' PAS
BERMULA dengan kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi
Awang yang melahirkan hasrat untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya
Umum Ke-13 (PRU13) nanti, seorang lagi daripada golongan ulama iaitu
Datuk Seri Azizan Abdul Razak memberikan isyarat yang sama. Bagaimanapun kita tidak boleh menyatakan bahawa pendirian mereka ini
suatu yang pasti atau tidak kerana akhirnya keputusan muktamad terletak
kepada parti. Namun ini tidak bermaksud kita tidak berhak untuk
menghitung nasib golongan ulama di dalam Pas dalam pilihan raya umum
akan datang.
Labels:
1951,
Ahli Parlimen,
Azizan Razak,
Bachok,
DAP,
Dewan Ulama,
Exco,
Hadi Awang,
Haron Din,
Hasan Ali,
Kedah,
Majlis Syura,
Melayu,
Nasharudin Mat Isa,
PAS,
Pas For All,
pkr,
PRU13,
Selangor,
UMNO
ISYARAT TEPAT UNTUK PRU13
SEORANG rakan daripada sebuah unit falak sebuah
universiti di utara tanah air memberitahu penulis tentang dua tarikh
penting yang senantiasa dinantikan umat Islam. Ia berkisar tarikh mula berpuasa dan sambutan Aidilfitri. Ditanya bila tarikh kedua-duanya? Jawabnya, dari pengamatan unit
falaknya, yang memang disahkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(Jakim) sahih saban tahun - umat Islam di negara ini dijangka mula
berpuasa pada Sabtu, 21 Julai depan manakala Hari Raya Aidilfitri
disambut pada Ahad 19 Ogos. Dengan tarikh sedemikian, umat Islam akan berpuasa selama 29 hari.
PERBEZAAN ANTARA KEBANGKITAN DAN KEGANASAN
PADA 2 Februari 2011, stesen televisyen satelit Al Jazeera menyiarkan
kenyataan Dr. Yusof Qardhawi mengenai rusuhan di Mesir sebagai 'wajib
disertai rakyat yang sihat dan mereka yang mati ketika berdemonstrasi
sebagai syahid'. Ketika itu, kenyataan Dr. Yusof dilihat sebagai
pandangan khusus yang merujuk pada suasana politik Mesir, yang sedang
melalui masa yang sangat genting. Sebagai Ketua Ulama Islam Sedunia, ucapan itu disiarkan dua hari
sebelum menjelangnya Perarakan Jutaan Umat di Dataran Tahrir, Kaherah
yang dianjurkan untuk mendesak Presiden Hosni Mubarak meletakkan
jawatan. Itu isu lama yang berlaku lebih setahun lalu.
PERJUANGAN KARPAL UNTUK PM BUKAN MELAYU?????
Karpal Singh baru-baru ini mengatakan akan memperjuangkan kerusi
PM untuk diisi seorang bukan Melayu selagi beliau masih hidup.
Karpal turut berkongsi terjemahan sendiri bahawa tiada undang-undang
dalam Perlembagaan Persekutuan yang menghalang orang bukan Melayu
menjadi Perdana Menteri Malaysia. Berdasarkan terjemahan itu, Karpal secara peribadi menganggap jawatan
itu boleh disandang oleh calon bukan Melayu walaupun pakatan
pembangkang telah bersetuju Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk
Seri Anwar Ibrahim calon paling layak.
Labels:
Anwar Ibrahim,
Apanama,
DAP,
DUN,
House PK,
Karpal Singh,
Lim Guan Eng,
Lim KIt Siang,
Melayu,
NGO,
Nik Abdul Aziz,
Parlimen,
Parpukari,
pkr,
PM,
The Unspinner
30 May 2012
MATILAH AZMIN ALI, RAJA PETRA ADA SIMPAN FAIL DIA
Penulis blog Malaysia Today Raja Petra
Kamarudin mendakwa memiliki "fail rahsia" mengenai Timbalan Presiden
Parti Keadilan Rakyat Mohamed Azmin Ali ketika beliau masih berada dalam
kerajaan pada 1995. Dalam entri terkini bertajuk “MACC "Deep Throat" comes out of the closet"
Labels:
BPR,
keadilan,
MACC,
Raja Petra,
SPRM,
Timbalan Perdana Menteri
Harussani vs Nik Aziz : Antara Hujah dan Sikap
MUFTI Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ternyata
kecewa dengan pendekatan kepimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang
dianggap melampau kerana menolak muzakarah dengan UMNO. Hakikatnya, jika sesiapa yang mengkaji perjalanan politik Nik Abdul
Aziz sejak menjadi Menteri Besar Kelantan pada tahun 1990 dan
kemudiannya Mursyidul Am mereka pasti tidak akan terkejut dengan tingkah
laku dan pendekatan politik beliau.
Labels:
Eropah,
Harussani,
Islam,
Mufti Perak,
Mursyidul Am,
Muzakarrah,
Nik Aziz,
PAS,
Syurga,
Tahaluf,
UMNO
Anwar Si Kaki Penipu
SAYA tertarik dengan beberapa janji manis di
pentas yang diluahkan dengan bersungguh-sungguh oleh Datuk Seri Anwar
Ibrahim sewaktu berceramah di Pantai Dalam, Kuala Lumpur hujung minggu
lalu. Ramai antara kami ketawa dan tersenyum melihat telatahnya dan apa
yang diungkapkan serta ditambah dengan janji-janji baru.
Subscribe to:
Posts (Atom)




