03 July 2012

PAP DAN DAP

Persamaan antara DAP dan Komunis

ADA pihak nampaknya tidak senang apabila minggu lalu, Awang menyentuh tindakan Wisma Putra memanggil Pesuruhjaya Tinggi Singapura, Ong Keng Yong berhubung penglibatan tiga diplomatnya dalam perhimpunan haram Bersih 3.0. Lebih-lebih lagi apabila tulisan itu mengaitkan parti paling rasis di Malaysia iaitu DAP dan PAP, parti pemerintah kerajaan Singapura. Untuk apa resah jika itu memang realiti. Sejarah tidak boleh dibohongi. Sememangnya PAP dan DAP berasal dari parti yang sama dan pernah berkongsi sejarah ketika Singapura masih berada dalam Malaysia.

29 June 2012

CHAUVINIS ULTRA KIASU : MAKANAN DAN HIBURAN


Seorang pembaca bernama Razali, meminta saya menulis mengenai agenda ultra kiasu melalui makanan kerana mulai 1 Julai 2012, di bawah Seksyen 16 Akta Perihal Dagangan 2011 (APD2012), pengusaha yang tidak mempamerkan logo halal, yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan diberi amaran, sebelum tindakan denda dan penjara dikuatkuasakan. Semua pihak maklum, banyak insiden yang disengajakan berlaku seperti penemuan gelatin (minyak) babi dan kaki katak dalam makanan. Ini tidak termasuk soal sembelihan, halal haram dalam muamalat dan aspek kehidupan seharian lain. Sebenarnya, tajuk sebegini pernah saya kupas sebelum ini.

UMNO TOLAK ISLAM, STRATEGI SLOGAN POLITIK


UMNO tolak Islam! dijadikan oleh Pas sebagai bahan kempen memikat pengaruh. Seperti dulu Nik Abdul Aziz Nik Mat menyebut undi Pas masuk syurga. Sekarang ini undi Pas dapat pahala. Dapat pahala belum tentu masuk syurga. Ketentuan masuk syurga dan dapat pahala adalah ketentuan Allah. Apa maksud Islam dalam politik Pas? Islam bagi Pas adalah dalam ceramah dan pidato. Ceramah yang menghina orang lain, melontarkan gelaran-gelaran yang hodoh, banyak yang berbaur fitnah dan analisis yang dangkal, nafsu amarah yang tinggi yang menghasilkan rasa taksub yang hebat dan dendam kesumat yang panjang.

IKTIBAR TINDAK TANDUK DIPLOMAT SINGAPURA


TIDAK ada rakyat Malaysia yang memandang remeh terhadap kes tiga diplomat Singapura yang disyaki turut terlibat secara langsung dalam perhimpunan Bersih 3.0 pada bulan 28 April lepas. Isu tersebut menjadi bertambah musykil apabila maklumat bercanggah disalurkan oleh pejabat Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Kuala Lumpur, Ong Keng Yong.

23 June 2012

LETAK JAWATAN, RAFIZI CUBA BODOHKAN RAKYAT

Anwar Ibrahim merupakan idola Rafizi, sejak di bangku sekolah

Ramai yang mempertikaikan apabila ada laporan dan pendedahan mengenai perpecahan di dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR), tidak kurang juga ada yang berpandangan sinis dengan mengatakan ia hanyalah propaganda UMNO/BN bagi memecah-belahkan parti naungan Anwar Ibrahim itu. Namun, pengumuman yang dibuat oleh Rafizi Ramli semalam  mengenai perletakan jawatannya sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor telah menjawab kembali persoalan yang ditimbulkan itu.

DIMANA KEKUATAN PAKATAN, ANDAI MEREKA BERLAINAN MIMPI?

Gabungan parti di dalam Pakatan, umpama mimpi tiada penghujung

KENAPA pakatan pembangkang tidak berani menggunakan satu lambang pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang diramal akan diadakan tidak lewat dari hujung tahun ini? Adakah ini bermakna mereka tidak yakin dengan pakatan yang mereka sendiri wujudkan? Pakatan yang kononnya mampu menggantikan Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan (jika menang PRU13)? Atau masing-masing takut jika menggunakan satu logo, penyokong akan lari?

Kenyataan Naib Presiden PKR, Tian Chua bahawa parti-parti dalam Pakatan Rakyat (PR) tidak akan menggunakan simbol masing-masing walaupun kewujudan pakatan itu diiktiraf oleh Pendaftar Pertubuhan menimbulkan seribu satu tanda tanya akan keaslian dan keikhlasan pembentukan pakatan berkenaan.

FATWA TANGGUH HAJI DEMI PRU, FATWA SESAT

Keratan akhbar, kenyataan untuk minta jentera Pas tangguh haji

PERIHAL arahan pemimpin Pas supaya jangan pergi mengerjakan ibadat haji bagi menumpukan pilihan raya ke-13. Ayat 27 surah al-Hajj bermaksud: Dan serulah umat manusia untuk mengerjakan ibadat haji, nescaya mereka akan datang ke rumah Tuhan mu dengan berjalan kaki dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus, yang datangnya dari berbagai jalan dan ceruk rantau yang jauh.

Maknanya setiap hamba Allah yang mengaku telah beriman kepada Allah hendaklah menyeru ke arah ibadat haji.

18 June 2012

DASAR BANGSAT!! ANWAR ARAH PEGUAM CIPTA BUKTI


KETIKA banyak isu moral, biseksual dan integriti Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim masih belum terjawab, muncul pula pendedahan terbaru. Anwar didakwa mengarahkan peguamnya mencipta bukti mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu kapal selam Scorpene dan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaaribu. Maknanya beliau mencipta fitnah terhadap Najib dalam isu tersebut yang dijadikan modal politik sejak 2002. Sampai begitu sekali sikap Anwar. Itu belum berkuasa, sekiranya menjadi Perdana Menteri, bayangkanlah musibahnya nanti. 

MURSYIDUL AM, TOLAK PERPADUAN DEMI BERKAWAN DENGAN SETAN

Nik Aziz Rela Tolak Perpaduan Untuk Berkawan Dengan Syaitan

SATU ketika dahulu, Nik Aziz ada melarang orang ramai khususnya rakyat Kelantan supaya tidak menggantungkan gambar Perdana Menteri (Mahathir) kerana perbuatan itu menjadikan kita mendewa-dewakan manusia. Hari ini bagaimana? Di seluruh pelosok Kelantan sama ada di bulatan jalan atau di persimpangan, atau di mana-mana sahaja penuh dengan gambar Nik Aziz.

DEMI PRU, PAS KELUAR FATWA TANGGUH HAJI


NAMPAK sangat kurang bijak kenyataan Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mahukan semua ahli Pas yang berhasrat dan terpilih untuk menunaikan fardu haji tahun ini menangguhkan pemergian mereka jika Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diadakan dalam musim haji. Ibadah haji adalah rukun dan wajib ditunaikan oleh mereka yang mengaku dirinya Islam apabila cukup syarat. Dalam hal wajib ini tiada kompromi dalam apa situasi sekali pun, melainkan jika berlaku musibah seperti merebaknya penyakit berjangkit yang serius atau berlakunya kucar-kacir di tempat ibadah itu.

15 June 2012

MATLAMAT MENGHALALKAN CARA KONSEP ANWAR MENUJU PUTRAJAYA

Demi ke Putrajaya, Anwar Sanggup Lakukan Apa Sahaja

Dalam konteks negara, rakyat, muka bumi dan pemerintah Malaysia adalah jasad fizikal Malaysia. Apa jua keganasan dan kebinasaan terjadi, Malaysia tetap Malaysia. Elemen batiniah Malaysia yang menjadi mangsa adalah nilai terasnya, iaitu ketenteraman dan perpaduan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara, Wawasan 2020 dan Konsep  1Malaysia.

PM MALAYSIA : ISLAM DAN MELAYU

Sungguh akrab, pemimpin Ultra Kiasu ini

Baru-baru ini kita dihebohkan di media arus perdana berkenaan dengan satu isu kenyataan Pengerusi DAP Karpal Sing yang mana berikrar akan terus berjuang supaya seorang bukan Melayu dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia dengan alasan tiada undang-undang yang diperuntukkan untuk menghalang bukan Melayu menjawat jawatan tersebut. Kenyataan beliau ini boleh kita ditafsirkan sebagai sensitif dan boleh membawa kepada keresahan dalam kalangan masyarakat khususnya, masyarakat Melayu.

HARGA SEBUAH PERSAUDARAAN DI DALAM ISLAM


Sejak zaman Muawiyah dan Ali harga persaudaraan sesama Islam menjadi terlalu mahal. Apabila kelompok Khawarij mengkafirkan pihak lain, ia menjadi contoh yang hodoh kepada umat. Apabila Saidina Othman terbunuh ketika membaca al-Quran, itulah puncak perseteruan sesama umat. Hal ini dibangkitkan menginsafi bahawa perseteruan kalangan umat berlaku sejak dulu. Ini membawa kesan sehingga hari ini.

14 June 2012

IBARAT KADUK NAIK JUNJUNG

Hanya Sekadar Gambar Hiasan
Seseorang yang kononnya bergelar datuk amat marah dengan artikel saya, “tuntutan Dong Zong biadab”, 28 Mac lalu. Beliau mendakwa artikel saya tidak islamik, merugikan Islam. Beliau tidak putus-putus fakskan surat yang sama kepada saya untuk mendapatkan penjelasan dan bersedia berdebat dengan saya. Apakah dengan gelaran itu sudah cukup hebat dan boleh mengarah orang lain mengikut telunjuk?

11 June 2012

BERSEDIAKAH MELAYU TERIMA GUAN ENG SEBAGAI PM



WALAUPUN mengaku tersasul dan kemudian segera minta maaf, namun Karpal Singh berjaya membaca fikiran orang Melayu. Karpal tahu sejauh mana semangat muafakat bangsa Melayu. Pengerusi DAP itu mungkin tersenyum lebar apabila melihat tidak semua Melayu bersatu menempelak beliau bila tersasul kata begitu. Yang betul-betul marah dan naik angin tak suka Cina atau India jadi PM Malaysia hanyalah pemimpin dan penyokong UMNO. Kelompok inilah betul-betul bersatu mempertahankan kerusi Perdana Menteri kekal di tangan Melayu. Melayu dalam parti lain tidak sepen­dapat. Memang ada segelintir menen­tang. Ada segelintir pula berfikiran terbuka. Ada yang buat tak kisah. Ada yang berkata, daripada UMNO jadi PM biarlah diberi pada orang lain!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...