13 December 2012

MENJADI AHLI PAS SEPERTI MEMBERI BAIAH KEPADA RASULULLAH?




Kuala Lumpur (SGB) – Bertempat di salah sebuah masjid di Kota Damansara baru-baru ini, telah berlangsung satu kuliah Subuh yang disampaikan oleh seorang penceramah. Ketika menjawab salah soalan salah seorang hadirin di majlis tersebut, penceramh yang diundang itu telah mengatakan bahawa mengisi borang dan menjadi ahli parti adalah sama seperti memberi baiah pada Rasulullah saw.

Tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dianggap boleh mengelirukan umat Islam di Malaysia itu, salah seorang pesara kerajaan yang hadir di dalam kuliah tersebut mengesa agar Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengambil tindakan dan melakukan pantauan agar ia tidak berulang di masa hadapan. 

Pesara yang enggan dikenali itu juga meminta MAIS agar memandang serius perkara ini kerana fahaman sesat kepartian yang dianjurkan oleh pengelola kuliah tersebut bukanlah kali pertama disebarkan di masjid itu.

“Mengatakan bahawa mengisi borang dan menjadi ahli parti (saya yakin parti Pas yang dimaksudkan) adalah sama seperti memberi baiah pada Rasulullah adalah satu ajaran dan fahaman sesat yang diberikan pada jemaah. Fahaman ini bertentangan dengan nilai agama Allah yang suci” katanya.

Beliau melalui surat yang dikirim kepada salah sebuah akhbar arus perdana baru-baru ini, mengatakan sekiranya dengan mengisi borang untuk menjadi ahli Pas sudah dikira berbaiah pada Rasulullah, apa jadi sekiranya mereka keluar daripada menjadi ahli Pas? 

Adakah mereka menderhaka kepada Rasulullah? Kalau begitulah perkiraan mudahnya, bagaimana pula mereka yang tidak menjadi ahli Pas? Bagaimana pula mereka yang menentang ideologi Pas?

“Bagaimana pula di negara yang tidak ada parti Pas, maknanya ramailah orang Islam yang berdosa kerana tidak berbaiah pada Rasulullah. Ini bermaksud Islam yang sempurna dan lengkap yang Rasulullah sampaikan seolah-olahnya tidak sempurna kerana tak ada pula Rasulullah pesan bahawa selepas wafatnya mesti beri baiah kepada Baginda dengan salah satu caranya isi borang jadi ahli Pas.

“Pas bukan Islam dan Islam bukan Pas. Hanya satu yang diterima Allah iaitu Islam yang Rasulullah bawa. Bukan Islam versi Pas dan bukan versi yang lain daripada itu. Hanya Islam yang Rasulullah bawa. Pas hanya sebuah pertubuhan parti politik di Malaysia yang bersemangat untuk menegakkan Islam dengan cara berpolitik” katanya lagi.

Di dalam kenyataannya itu, beliau turut menyelar tindakan Pas yang berpolitik berdasarkan fahaman sempit dengan meletakkan kepentingan politik melebihi kepentingan Islam. 

Beliau turut mempertikaikan tindakan Pas untuk bekerjasama dengan DAP yang secara terang-terangan menolak Islam sehinggakan ada pemimpim mereka yang menyuruh melangkah mayatnya dulu sekiranya hednak dilaksanakan negara Islam dan hudud.

Selain dari itu, beliau turut memberikan beberapa contoh, seperti tindakan DAP Perak yang tidak berapa lama dahulu menghina nabi dan orang Islam secara keseluruhanya dengan mengatakan orang Islam menghabiskan terlalu banyak masa dalam membela nabi. 

DAP Kedah yang menentang peraturan baru bahawa setiap papan iklan mesti meletakkan gambar yang menutup aurat. Serta tidak ketinggalan tindakan DAP Selangor yang mengarahkan untuk diletakkan semula arak yang telah diarahkan untuk dikeluarkan dari premis di kawasan orang Islam.

“Ini tidak termasuk segala aktiviti kristianisasi terhadap umat Islam di Malaysia yang amat berkait rapat dengan tokoh dalam DAP”.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...