Kota
Baharu (SGB) – Setelah diasak teruk oleh Penasihat DAP, Karpal Singh dan beberapa
pimpinan pakatan rakyat (PR) yang lain, kerajaan Pas Kelantan akhirnya terpaksa
tunduk dan akur dengan tuntutan ‘rakan-rakan’ mereka. Karpal sebelum ini
menyelar Presiden dan pimpinan Pas serta meminta Datuk Seri Abdul Hadi Awang tambil
untuk menyuarakan pendirian secara terbuka.
Ia
ekoran dari pendirian parti itu mengenai isu pengasingan gender berhubung
pertikaian isu salon yang melarang wanita daripada mengunting rambut lelaki di
Kelantan.
Mungkin
kerana ‘akur’ dengan gesaan tersebut kerajaan Pas Kelantan semalam mengambil
keputusan untuk menangguhkan penguatkuasaan syarat-syarat pelesenan di
bawah undang-undang kecil Majlis Perbandaran Kota Baharu-Bandaraya Islam
(MPKB-BRI) yang melibatkan kedai gunting rambut milik bukan Islam.
Pengerusi
Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan negeri Datuk
Takiyuddin Hassan berkata penangguhan itu berkuat kuasa serta-merta setelah diputuskan
dalam mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri semalam sehingga kajian
mengenainya selesai dijalankan.
Takiyuddin
turut berkata dengan penangguhan tersebut, semua kedai gunting rambut wanita
dibenarkan beroperasi seperti biasa dan tidak terikat dengan syarat-syarat
di bawah undang-undang kecil pihak berkuasa kerajaan tempatan (PBT)
tersebut.
Apabila
ditanya apakah keputusan tersebut ada kaitan dengan pilihan raya umum
ke-13 yang bakal diadakan tidak lama lagi? Beliau menjawab sudah pasti
setiap tindakan (yang dilakukan) ada kaitan dengan pilihan raya.
Media
sebelum ini melaporkan keluhan seorang pengurus kedai gunting rambut di
Kota Baharu, yang mendakwa disaman 11 kali oleh PBT sejak 2010
kerana pekerja wanita bukan Islam di premisnya menggunting rambut
pelanggan lelaki bukan Islam.
Walaupun
Pas sering kali dilihat terpaksa tunduk dan akur dengan desakan DAP dalam
beberapa isu yang melibatkan Melayu dan Islam, namun apabila ditanya
mengenainya pimpinan Pas akan segera menafikannya.
Sebagai
contoh Ahli
Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad ketika ditanya di dalam
program bual bicara Let Talks, menegaskan tidak ada satu pun parti dalam
gabungan Pakatan Rakyat yang menjadi parti dominan.
“Dalam
Pakatan, keputusan dibuat secara bersama membabitkan PAS, PKR dan DAP,” katanya
yang juga merupakan ahli parlimen Kuala Selangor.
Dr
Dzulkefli berkata, budaya yang diamalkan dalam Pakatan Rakyat ialah
melalui konsensus iaitu persepakatan bersama.
Beliau
juga memberi jaminan bahawa orang Melayu dan agama Islam terjamin jika Pakatan
Rakyat memenangi pilihan raya umum ke 13 kelak.
“(Jadi)
Umno sangat cemburu dengan PAS,” katanya lagi.
No comments:
Post a Comment