Kuala Lumpur (SGB) – Sejak
kebelakangan ini, mantan mufti Perlis, Professor Madya Dato' Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dilihat sering
‘menyerang’ dan memberikan komentar yang berbaur sindiran terhadap Himpunan
Ulama Muda Malaysia (Ilmu). Contohnya
Dr Asri menyifatkan, pendapat Ilmu yang mengharamkan perhimpunan Bersih
baru-baru ini mencerminkan kedangkalan Ulama Muda UMNO itu.
Mereka
dikatakan sibuk mengharamkan dengan segala fatwa tetapi berdiam
diri dan mengambil sikap membisu
bila mana terdapat beberapa isu yang melibatkan kerajaan dan UMNO.
“Semalam
jumpa beberapa tokoh Umno, mereka kata tolong beritahu ustaz-ustaz muda yang
masuk Umno tu jangan terlalu mengampu. Kami pun tak suka,” tulis Dr Asri
dalam laman sosial Twitternya tidak berapa lama dahulu.
Pengerusi
Jawatankuasa Kerja, Ilmu, Dr Fathul Bari Mat Jahaya ketika di minta mengulas
mengenai isu tersebut meminta agar Dr Asri lebih matang dalam berbicara.
“Beliau orang yang berusia,
orang yang berkedudukan, mantan mufti dan beliau juga orang yang popular.
Nasihat saya kepada diri saya dan juga beliau agar lebih matang dalam
berbicara, dalam berbincang, dalam berdiskusi” katanya.
Dr Fathul menjelaskan isu
ini bermula, ekoran dari perbezaan pandangan berhubung beberapa isu.
“Bila kita bersetuju dengan
sesuatu pendapat bukan bererti kita menyerang seseorang. Kita berhak mengkritik
pandangan dan idea. Sekarang ini dilihat secara langsung atau tidak, wujudnya
usaha dari pihak beliau (Dr Asri) melaga-lagakan antara Ilmu dan juga UMNO.
“UMNO dengan Ilmu telah
menjanakan pelbagai program (dan) pelbagai kerjasama yang baik (serta) positif,
bahkan kita sendiri menyokong kerajaan. Mungkin ada beberapa pendapat dan
pandangan kita, yang tidak selari dalam hal-hal yang tertentu. Saya kira, kita
(perlu) raikan perselisihan (perbezaan pendapat).
Dr Asri sebelum ini, sering
dilihat mengeluarkan kenyataan di laman sosial twitter yang menyindir dan tidak
bersetuju dengan pendapat yang dikeluarkan oleh Ilmu.
Antaranya tidak bersetuju
dengan pendapat Ilmu yang mengatakan tiada jihad di Palestin, jika orang lain
akan (dihukum) sesat oleh ulama muda, tanyalah ulama muda parti saudara yang
haramkan biasiswa US, sebenarnya itu puak ulama muda madkhali (yang) menyamar (sebagai)
syiah dan sebagainya.
Dr Fathul seterusnya menjelaskan,
walaupun terdapat perbezaan pendapat dalam beberapa isu, Dr Asri perlu bersifat
matang dalam berdepan dengan isu khilaf. Ini kerana setiap hujah berlandaskan
kepada pandangan dan pendapat ulama terdahalu.
“Apa tujuan dia? (andai)
tidak bersetuju, dia (Dr Asri) boleh hubungi kita (atau) sahabat-sahabat kita
(dan) boleh memberikan pendapat dan pandangan. Soal kita tidak bersetuju
pendapat ulama-ulama yang dia bawa, itu ulama yang dia bawa. Kita juga ada ulama-ulama
yang kita bersetuju dengannya.
“Itu terpulang pada dia,
kita tidak pernah paksa dia kena ikut kita. Bila ada perbezaan pendapat, dia
tidak meraikan kekhilafan. Saya nasihat diri saya dan beliau, moga Allah swt
memberikan petunjuk dan hidayah kepada saya dan juga dia” tegasnya lagi.
No comments:
Post a Comment