13 December 2012

DEMO JPN - PKR IMPORT PENDATANG ASING DARI INDIA




Putrajaya (SGB) – Tindakan pimpinan pakatan pembangkang yang menganjurkan satu demonstrasi di hadapan pejabat Jabatan Pendaftaraan Negara (JPN) semalam dilihat merupakan satu tindakan terdesak bagi meraih simpati dan sokongan masyarakat India. Menurut penganjur, perhimpunan tersebut diadakan kononnya untuk memperjuangan isu 300,000 orang yang berketurunan India yang masih tidak mempunyai taraf kewarganegaraan.

Namun begitu, pembangkang nyata berbohong bila mana perhimpunan yang diadakan itu hanya mampu mengumpulkan 308 orang sahaja bagi memohon dokumen pengenalan diri dengan JPN. Lebih mengecewakan lagi, terdapat sebilangan peserta yang hadir semalam adalah merupakan pendatang asing yang merupakan warganegara dari India dan bukanya penduduk Malaysia yang masih tidak mempunyai kad pengenalan.

Vengadeshwaran Subramaniam dari Tamil Nadu ketika ditemubual oleh wartawan dari portal Free Malaysia Today berkata pihaknya telah menerima satu khidmat pesanan ringkas (SMS) yang meminta mereka untuk menyertai demostrasi tersebut. Sebagai balasan mereka yang hadir akan diberikan kad pengenalan sebagai warganegara Malaysia.

Kandungan SMS tersebut adalah seperti berikut “ Kepada semua (pendatang asing) warganegara dari India. Jangan lepaskan peluang ini. Anda boleh mendapatkan kad sebagai warganegara Malaysia. Kerajaan Malaysia sedang memberikan peluang kepada anda. Sila pergi dan mendaftar di Jabatan Pendaftaraan Negara, Putrajaya pada 12-12-12 jam 10.00 pagi. Tolong sebarkan kepada semua rakan-rakan kita dari India”.

Pendatang asing dari India itu, menjelaskan sejurus selepas menerima SMS tersebut 3 hari yang lalu, dia terus menghubungi pengirim SMS terbabit bagi mendapatkan kepastian. Apabila dihubungi individu yang memperkenalkan dirinya sebagai ‘Bala PKR’ itu mengatakan memperolehi nombor telefonnya dari salah seorang rakan mereka.

Di dalam perbualan tersebut, ‘Bala PKR’ mengatakan kepadanya akan membantu mereka (pendatang asing dari India) bagi mendapatkan MyKad sekiranya menyertai demonstrasi tersebut. Percaya dengan janji tersebut Vengadeshwaran bersama rakan-rakannya hadir ke demonstrasi di Putrajaya itu sejak awal pagi bagi mendapatkan kad pengenalan Malaysia.

Apabila sampai, dia terus menghubungi ‘Bala PKR’ yang kemudianya memaklumkan pendatang asing dari India hanya akan diberikan MyKad sekiranya pakatan (pembangkang) berjaya mengambil alih Putrajaya. 

“Nampaknya dia (Bala PKR) telah menipu saya”, katanya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika mengulas mengenai perhimpunan tersebut berkata, daripada 308 kes yang diterima JPN, 280 kes melibatkan urusan kad pengenalan merah untuk pemastautin tetap, daftar lewat sijil lahir (17), daftar lewat MyKad (tujuh), cabutan sijil lahir (tiga) dan pindaan dalam sijil lahir (satu).

Ketua Penerangan Pemuda MIC, S. Subramaniam ketika dihubungi berkata ianya merupakan “politik kotor” dan bukannya bertujuan menyelesaikan masalah masyarakat India yang tercicir dalam pemberian kad pengenalan. 

"Mereka janji hendak bawa 300 ribu orang yang tiada surat beranak dan kad pengenalan tetapi yang hadir hari ini adalah merupakan pimpinan dan ahli politik dari PKR, DAP dan Pas” katanya.

Subramaniam turut mencabar penganjur demo, timbalan presiden PKR N. Surendran untuk membawa 300,000 orang yang didakwa tidak mempunyai pengenalan diri dan akan meletak jawatan jika beliau mampu melaksanakannya. 

"Kalau dia (N. Surendren) berani tunjuk 300 ribu orang itu, saya akan meletakkan jawatan sebagai Ketua Penerangan Pemuda MIC Kebangsaan... Saya cabar dia sekarang," katanya lagi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...