17 December 2012

PAS HARUS KELUAR DARI PAKATAN PEMBANGKANG




Kuala Lumpur (SGB) - Kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang baru-baru ini yang mengatakan bahawa kerjasama antara DAP dan Pas bukanlah kerana negara Islam atau hudud dilihat merupakan satu tamparan hebat buat Pas. Ini kerana sebelum ini Pas sering mengatakan DAP lebih menerima Islam berbanding Umno ketika program ceramah yang dianjurkan mereka.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah ketika mengulas mengenai perkara itu mencadangkan supaya Pas meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) ekoran kenyataan tersebut.

Ahmad Bashah menjelaskan kenyataan Kit Siang itu jelas membuktikan apa yang disuarakan pelbagai pihak sebelum ini bahawa Pas hanya kuda tunggangan adalah benar.

Kit Siang sebelum ini berkata DAP mendekati dan bekerjasama dengan Pas dalam PR bukan kerana negara Islam, tetapi atas prinsip galakan demokrasi, pluralisme, kepelbagaian budaya, hak asasi manusia, hak wanita dan pembangunan negara.

Apa yang Pas mahu tunggu lagi, mereka telah berkorban segalanya termasuk menukar konsep perjuangan daripada negara Islam kepada negara kebajikan untuk mengambil hati DAP.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang mengatakan bahawa kerjasama antara DAP dan Pas bukanlah kerana negara Islam atau hudud sebaliknya kerana prinsip menggalakkan demokrasi dan sebagainya.

“Apabila Kit Siang kata sepakat atas prinsip demokrasi, pluralisme dan sebagainya, itu hanya satu tawaran untuk merasionalkan ‘perkahwinan’ mereka. Sedangkan pada hakikatnya semua prinsip itu tidak mampu dilakukan seperti yang dibuktikan di negeri yang dikuasai mereka,” katanya lagi.

Yang lebih menghairankan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di dalam kenyataannya mengatakan Pas tidak kisah gambaran DAP berhubung kerjasama antara kedua-dua parti itu, termasuk menyifatkan hubungan mereka berdasarkan atas prinsip pluralisme atau kepelbagaian agama. Hadi turut mengatakan pluralisme merupakan satu bentuk fahaman yang tidak boleh dipaksa.

“Kita bersama-sama DAP dalam menentang kezaliman, menentang ISA, OSA, penyelewengan, ekonomi, rasuah. Itu sama, hudud dan kisas itu tidak sama.

“Bahkan kita kemukakan Undang-Undang Jenayah Syariah di Kelantan dan Terengganu di mana kita buat kelonggaran yang diizinkan Islam, dengan orang bukan Islam boleh pilih mana undang-undang yang dia mahu,” katanya.

Di dalam perkembangan yang lain, berhubung gesaan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang meminta PR untuk memberikan mereka tambahan kerusi ditolak oleh timbalan pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad.

Iskandar berkata PAS Selangor bertegas tiada kerusi tambahan yang akan diberikan kepada DAP.

Menurutnya, Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini sudah berbincang dan mendapat keputusan sebulat suara mengenai jumlah kerusi yang akan ditandingi oleh setiap parti dalam pilihan raya umum (PRU) ke 13 akan datang.

“Pembahagian kerusi untuk PRU 13 di negeri ini sudah 99 peratus selesai, kerusi di tempat lama tidak banyak perubahan dan kekalkan status quo macam dulu.

Semalam, Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata tuntutan tambahan kerusi oleh DAP jelas menunjukkan pakatan pembangkang tidak mempunyai persefahaman.

Manakala Ketua Umno Bahagian Pasir Gudang Datuk Seri Khaled Nordin berkata keadaan itu menggambarkan DAP ingin mendominasi pakatan pembangkang.

"Saya percaya DAP beranggapan di kalangan parti pembangkang lain mereka merupakan parti yang terkuat, sebab itu mereka berani membuat tuntutan tersebut. Ini akan menjadi asas kepada perbalahan mereka," katanya kepada pemberita.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...