KUALA
LUMPUR (SGB) – Sebelum ini, semua isu yang berlaku sama ada yang melibatkan
perkara yang kecil atau besar, pasti Umno akan dipersalahkan atas segala
yang berlaku. Terbaru insiden pergaduhan dan serangan di Gombak ketika
program jelajah Merdeka yang dihadiri oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri
Anwar Ibrahim.
Timbalan Presiden PKR, Azmin Mohd Ali
terus melemparkan tuduhan dengan mengatakan Umno telah mengunakan
samseng untuk menyerang program tersebut.
Namun begitu Ketua Pemuda Umno Gombak,
Datuk Megat Zulkarnain Omardin ketika memberikan kenyataan menolak
tuduhan tersebut dan mengatakan penyokong pakatan pembangkang yang telah
memulakan pergaduhan. Ini kerana mereka dikatakan telah melakukan
pelbagai provokasi sehingga tercetusnya pergaduhan pada malam itu.
Rentetan daripada itu, beberapa orang
telah dilaporkan tercedera dan Pemuda Umno Gombak telah membuat satu
laporan polis agar satu siasatan dijalankan. Sedangkan sehingga kini
tiada satu pun laporan polis yang dibuat oleh ahli parlimen Gombak itu
Akhbar Sinar Harian baru-baru ini juga,
telah menganjurkan satu wacana khusus bagi membicarakan mengenai isu
tersebut dengan membawa tajuk perbahasan “Politik Samseng Di Mana Maruah
Kita”.
Ahli Parlimen Hulu Selangor, P.
Kamalanathan yang merupakan salah seorang panelis ketika menjawab soalan
dari salah seorang peserta mengatakan akan mencadangkan kepada
Jawatankuasa Parlimen Malaysia agar satu memorandum persefahaman (MoU)
dibentuk bersama Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).
Ia antara lainnya bertujuan agar SPR
selaku badan yang diberi tanggungjawab dapat mengawal semua calon-calon
yang bertanding dan penyokong tidak kira parti politik agar dapat
mengikut satu tatacara dan undang-undang semasa pilihanraya umum ke13
(PRU13) kelak.
“Sebagai pemimpin, tidak salah jika kita beri kerjasama. Ikut sajalah tatacara undang-undang yang sedia ada di dalam negara ini.
“Jika ada calon bersalah dan terlibat
dalam politik samseng, kita sentiasa terbuka jika polis mengambil
tindakan kepada mana-mana pemimpin yang bersalah,” kata pemimpin muda
dari MIC itu.
Namun begitu Setiausaha Agung PKR, Datuk
Saifuddin Nasution Ismail ketika diminta untuk memberikan maklumbalas
mengenai cadangan tersebut mengatakan ia bukan satu langkah yang
“praktikal” dan tidak kena pada tempatnya.
Saifuddin berkata, SPR sebagai agensi
yang mengendalikan pilihan raya di negara ini tidak sepatutnya
dibebankan dengan tanggungjawab tersebut kerana ia bukan di bawah bidang
kuasa agensi terbabit.
“Mengapa pula soal mengatasi budaya samseng nak diserahkan kepercayaan kepada SPR?” katanya.
Naib Pengerusi DAP, M Kulasegaran pula
berkata, ahli politik tidak punya kemampuan untuk menghalang penyokong
parti masing-masing daripada bertindak samseng atau terlibat dengan
gengsterisme melainkan penguatkuasaan oleh pihak polis.
“Hanya pihak polis (boleh kawal), dan
saya rasa kurang penglibatan yang serius dari pihak mereka yang
menyebabkan merebaknya lagi masalah ini,” kata beliau.
Sebelum ini kerajaan sering dituduh
mengunakan ‘samseng upahan’ bagi menganggu setiap program anjuran
pakatan pembangkang. Tidak cukup dengan itu, pelbagai insiden seperti
isu lempar cat merah, provokasi, kereta calar dan sebagainya akan
dikaitkan dengan BN/Umno.
Namun apabila terdapat cadangan untuk
penambahbaikan agar proses demokrasi di negara ini berjalan dengan cara
aman ia pasti ditolak mentah-mentah oleh pimpinan pakatan.
Persoalannya benarkah ia dilakukan oleh
penyokong Umno, atau ia sebagai salah satu pendekatan ‘reverse
psychology’ bagi menarik simpati rakyat, tegas salah seorang pemerhati
politik yang enggan dikenali.
No comments:
Post a Comment