Kuala Lumpur (SGB) – Kenyataan
Ketua Pembangkang, Dato Sri Anwar Ibrahim yang sebelum ini mengkritik
Perhimpunan Agung UMNO ke-66 yang diadakan baru-baru ini dibidas oleh Senator
Ezam Mohd Nor. Bekas Ketua Angkatan Muda (AMK) PKR itu menyarankan agar Anwar
berhenti dari melalak. Beliau turut menegaskan Anwar seharusnya malu kerana
UMNO ketika ini jauh lebih baik berbanding ketika Anwar menjadi timbalan
presiden.
“Beliau sepatutnya malu UMNO
jauh lebih baik dari zamannya dahulu dan terlalu jauh lebih baik amalan
demokrasi berbanding PKR yang amal demokerusi dan agih anak-beranak dan kroni.
“Perhimpunan UMNO hari ini
lebih baik kerana tiada lagi pemimpin rakus kuasa seperti Anwar di dalam UMNO”,
tegas Ezam melalui kenyataan medianya yang dikeluarkan petang tadi.
Anwar pada Isnin yang lepas
mengatakan perhimpunan Agung UMNO 2012 yang diadakan di PWTC dilihat gagal
menyentuh isu asas yang melibatkan kepentingan rakyat. Seterusnya Ketua Umum
PKR itu mendakwa perhimpunan tersebut telah digunakan sebagai medan serangan
berbentuk penipuan dan penghinaan terhadap PKR yang diketuai oleh Presiden
Umno, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
Ezam sebelum ini pernah
menjadi setiausaha politik kepada Anwar dan merupakan perancang utama dalam gerakan ketika era
reformasi. Beliau juga antara mereka yang bertanggungjawab untuk menyediakan
teks ucapan kepada mantan Timbalan Perdana Menteri itu.
“Semasa perhimpunan umno
zamannya, Anwar gunakan perhimpunan (tersebut) untuk agenda peribadi, naikkan
namanya dan benam pemimpin-pemimpin lain. Malah beliau (bertanggungjawab) atur
sendiri perwakilan mana yang perlu dipilih berucap dan karang isi ucapan untuk
tujuan tersebut.
“Semasa saya (menjadi)
Setpol beliau, saya yang diminta Anwar untuk mengatur agenda jahat beliau
itu dengan (mendapat) arahan langsung daripada Anwar” tegas Ezam lagi.
Mantan Perdana Menteri, Tun
Dr Mahathir Mohamed sebelum ini menegaskan bahawa kerajaan BN/UMNO telah
menyumbang jasa kepada seluruh rakyat Malaysia termasuk Anwar. Kenyataan
tersebut bagi membidas dakwaan Anwar ketika sidang medianya pada Isnin lalu.
No comments:
Post a Comment