Kuala
Lumpur – Bekas Setiausaha Sulit kepada Anwar Ibrahim, Anuar Shaari
mengingatkan kerajaan pimpinan Barisan Nasional dan Umno (BN/Umno) agar
berwaspada dengan gerakan pakatan pembangkang yang telah mewujudkan satu
dana khas. Ia bertujuan untuk ‘membeli’ pemimpin dan ahli-ahli BN/Umno
dalam pilihanraya ke-13 kelak yang kecewa agar melakukan sabotaj serta
lompat parti.
Menurut Anuar, beliau telah menerima
maklumat dalaman tersebut dari sumber-sumber yang boleh dipercayai
baru-baru ini. Antara pendekatan atau modus operandi yang digunakan
adalah menyerupai dengan gerakan 16 September 2008 yang didalangi oleh
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.
Anwar sebelum ini pernah membuat beberapa
percubaan untuk membeli sebilangan orang ahli Parlimen BN agar lompat
parti dengan pelbagai tawaran namun gagal. Ia bertujuan untuk memastikan
kerajaan BN/Umno yang menerajui kerajaan melalui majoriti mudah
ditumbangkan secara tidak demokrasi.
Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok sebelum
ini pernah dilaporkan sanggup pergi ke Taiwan untuk memujuk 31 orang
ahli parlimen BN agar lompat parti. Ia semata-mata untuk merealisasikan
impian Anwar untuk menjadi perdana menteri.
Ekoran dari peristiwa tersebut Pengerusi
DAP, Karpal Singh sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan dengan
menyifatkan Anwar Ibrahim tidak layak untuk memimpin pakatan pembangkang
kerana mempromosi budaya lompat parti.
“Anwar Ibrahim harus bertaubat kerana
perbuatannya, Pakatan Rakyat sepatutnya memohon untuk mendapatkan
seorang pemimpin yang baru bukannya pemimpin yang mengamalkan budaya
ini,” katanya.
Karpal turut menegaskan bahawa Anwar
harus menjawab banyak persoalan terhadap kekecohan yang berlaku dalam
pakatan pembangkang hari ini. Beliau turut melahirkan rasa kecewa
terhadap segelintir pemimpin PKR dan DAP yang memberi sokongan terhadap
tindakan lompat parti.
Berbalik kepada isu yang dibangkitkan
tadi, Anuar turut mengatakan pembayaran untuk dana khas tersebut akan
disalurkan melalui Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menggunakan dana yang
diterima daripada pihak asing.
Selain dari itu Mantan Ketua Penerangan
PKR, Ruslan Kasim juga pernah membangkitkan isu berhubung sebuah dana
khas ini. Beliau turut tidak menolak Suaram berkemungkinan akan
memainkan peranan penting dalam PRU13 untuk membantu pihak pembangkang
dan kuasa asing.
Pimpinan pakatan pembangkang terutamanya Anwar Ibrahim gagal untuk dihubungi bagi mengulas mengenai dakwaaan tersebut.
No comments:
Post a Comment