KUALA
LUMPUR (SGB) – Kenyataan Koordinator Jingga 13 Terengganu, Wan Mohd Azziadi
Wan Abd Jalil yang meminta Shahanim Md Yusuf agar menarik kembali
kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini berhubung isu perut mendapat
maklumbalas dari Naib Ketua Puteri Umno Malaysia itu.
Shahanim melalui kenyataan media yang
dikeluarkan petang semalam menjelaskan gesaan tersebut adalah tidak
berasas. Ini kerana, menurut beliau pakatan cuba mengalihkan isu sebenar
yang dibangkitkan sebelum ini.
“Ketika ucapan pengulungan baru-baru ini
saya telah mencabar Nurul Izzah untuk berdebat dengan Puteri Umno.
Namun sehingga kini cabaran tersebut tiada mendapat sebarang
maklumbalas. Mungkin beliau segan dan takut dengan gelombang merah
jambu.
“Ini adalah merupakan taktik murahan
pakatan pembangkang bagi mengalihkan perhatian rakyat serta menutup
kegagalan wakil-wakil rakyat mereka serta ketidakmampuan kerajaan negeri
pimpinan pakatan pembangkang dalam mengurus tadbir amanah dan
tanggungjawab yang diberikan oleh rakyat sebelum ini” katanya.
Azziadi sebelum ini meminta agar
Shahanim menarik kembali kenyataannya dan menuntut permohonan maaf
secara terbuka atas dakwaan keterlanjuran kata-katanya yang mendakwa
rakyat seolah-olah memikirkan perut sendiri berbanding isu menjelang
pilihan raya umum.
Menurut Shahanim kenyataan beliau
sebelum ini yang dikeluarkan oleh portal Malaysia Insider adalah merujuk
kepada prestasi dan khidmat BN/UMNO dalam mendekati rakyat. Ini kerana
ia akan menjadi satu petanda aras buat pengundi dalam memilih mereka
yang benar-benar ikhlas untuk tampil membela nasib mereka.
“Rakyat Malaysia terutamanya pengundi
sudah semakin bijak dalam membuat penilaian terutama dalam memilih calon
dan parti yang akan dipertangungjawabkan untuk mewakili mereka. Antara
faktornya ialah prestasi dan khidmat yang ditunjukan oleh wakil-wakil
rakyat sebelum ini”.
“Saya berkeyakinan, mereka tidak lagi
mudah diperdaya dengan ‘mainan’ dan sandiwara pakatan pembangkang yang
mencipta pelbagai isu semata-mata untuk mempengaruhi rakyat. Namun di
masa yang sama gagal memberikan khidmat yang terbaik selaku wakil yang
dipilih oleh rakyat” katanya lagi.
Selain dari itu, Shahanim menegaskan
khidmat yang diberikan oleh BN/UMNO untuk turun ke padang berjumpa dan
menyelesaikan masalah rakyat seperti banjir, tanah runtuh, kemalangan,
masalah kebajikan dan sebagainya bakal dinilai oleh rakyat terutamanya
pengundi.
“Berbeza dengan pendekatan pembangkang
yang hanya mampu untuk berjanji bulan, bintang dan cakrawala kepada
rakyat walaupun menguasai kerajan negeri Kedah, Pulau Pinang, Kelantan
dan Selangor.
“Pendekatan ceramah yang mereka lakukan
juga akhir-akhir ini dilihat kurang mendapat sambutan kerana kegagalan
mereka dalam menyelesaikan masalah rakyat dan pengundi” tegasnya.
No comments:
Post a Comment