Kuala
Lumpur (SGB) – Keputusan perwakilan yang menolak semua calon Melayu dalam Jawatankuasa
Tertinggi Pusat (CEC) pada kongres parti parti Sabtu lalu membuktikan dakwaan sesetangah
pihak yang melabelkan mereka sebagai parti perkauman.
Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perkara seperti itu tidak akan
berlaku dalam Barisan Nasional (BN) yang mengamalkan pendekatan adil kepada
semua kaum di Malaysia dan mempunyai hala tuju jelas untuk negara.
"Kita juga menyaksikan DAP bukan sahaja didominasi oleh satu kaum, iaitu Cina, tetapi juga oleh dinasti keluarga di mana Lim Kit Siang mendapat undi tertinggi manakala anaknya Lim Guan Eng di tempat kedua," katanya.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan Perhimpunan Agung Ke-23 Parti Liberal Demokratik (LDP) di sini hari ini.
Sementara itu, Najib berkata BN amat serius dan jujur dalam menunaikan janjinya kepada rakyat tidak sepertimana sesetengah pemimpin seperti Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya semasa Anwar sekejap menjadi pemangku perdana menteri pada 1997, bekas timbalan perdana menteri di bawah pentadbiran Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu mempunyai banyak peluang untuk membuktikan kewibawaannya, tetapi telah mengambil jalan mudah dengan membiarkan Tabung Matawang Antarabangsa mengawal Malaysia semasa krisis ekonomi pada tahun itu.
"Beliau (Anwar) tidak melindungi kedaulatan negara...Beliau tidak pernah bertanya pada dirinya sendiri kenapa beliau tidak layak menjadi perdana menteri," katanya.
Najib juga meminta rakyat untuk tidak mempertaruhkan masa depan Malaysia di bawah pakatan pembangkang.
Sebelum ini pemimpin veteran DAP Melayu, Ahmad Ton berkata DAP akan hadapi masa depan yang kabur jika pemimpinnya tidak meluaskan konsep "Malaysian Malaysia".
Ahmad
turut menegaskan, ahli DAP terutamanya generasi baru harus memahami maksud
sebenar konsep parti pelbagai kaum dan adalah satu kerugian untuk DAP jika ia
hanya didominasi oleh satu kaum sahaja.
"Kita
kena belajar apa itu DAP yang lebih dari satu bangsa. Kalau tidak memikirkan
itu, saya rasa sukar bagi DAP pada masa akan datang, kalau tidak menilaikan
bangsa Malaysia," katanya.
Ahmad
yang juga naib pengerusi DAP Johor telah berjuang selama 36 tahun dalam DAP.
No comments:
Post a Comment