13 December 2012

PAS KEDAH ISTIHAR PERANG TERHADAP PPT NEGERI



SGB - Belum pun reda dengan masalah dalaman dan perpecahan yang melanda pakatan rakyat di Kedah. Kini timbul pula isu baru mengenai krisis pentadbiran yang cukup kronik antara Pas negeri dengan Perkhidmatan Pegawai Tadbir (PPT) negeri kedah. Kepimpinan Pas selaku kerajaan negeri dilaporkan sedang melakukan tentangan terbuka terhadap PPT.


Ia terjadi bilama kerajaan negeri Pas Kedah dikatakan marah dengan tindakan PPT yang disifatkan terlalu profesional, mengikut buku dan tidak mendengar cakap mereka. Oleh yang demikian pimpinan negeri merasakan PPT perlu dijinakkan bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU13) nanti.

Semakin memburukkan keadaan bilama mana Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (SUK), Datuk Rasli Basir membuat keputusan untuk menukar DO (Pegawai Daerah) Kubang Pasu, Ahmad Fisol Md. Nor yang juga menjalankan tugas sebagai YDP Majlis Daerah Kubang Pasu, pada 1 Oktober lalu. Tempat Fisol, seterusnya digantikan dengan DO Kuala Muda (tiada status YDP), Datuk Abdul Aziz Abdul Ghani.

Namun begitu pimpinan kerajaan negeri tidak bersetuju dengan keputusan tersebut lalu mengambil keputusan untuk memberontak dengan menggunakan ahli-ahli Majlis Kubang Pasu terdiri daripada pengikut tegar Pakatan Rakyat yang dikepalai oleh Pas. Lebih mendukacitakan pemberontakan tersebut sedang diperluaskan ke seluruh negeri di Kedah.

Pelbagai strategi dan gerakan digunakan bagi memastikan SUK dijatuhkan dengan segera dan sekiranya SUK enggan turun, maka beliau perlu dipaksa turun.

Sebenarnya isu ini ada hubung kait dengan salah seorang Exco Kedah, iaitu Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan Perumahan Kerja Raya Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Ir. Amiruddin Hamzah yang bercita-cita mahu menjadi menteri besar (MB) bagi menggantikan Dato Seri Azizan Razak yang dikatakan sering uzur.

Amiruddin mahu memastikan agar pengaruh YB Phahrolrazi Zawawi selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air Dan Tenaga negeri, yang merupakan pesaingnya untuk jawatan MB dimatikan terus.

Beliau juga dikatakan cuba mempengaruhi MB yang uzur, agar tidak dapat menerima keputusan Tuanku Sultan Kedah menyambung kontrak SUK selama satu tahun. Untuk makluman, tempoh kontrak SUK sekarang baru sahaja disambung selama setahun bermula Jun 2012 sehingga Jun 2013 oleh Tuanku al-Sultan dan bukannya oleh MB Azizan Razak.

Disebabkan SUK bukan merupakan ‘pak turut’ maka mereka mengharapkan supaya Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Wira Mohd. Puat Mohd. Ali, yang merupakan seorang pegawai ‘junior’ dan sepupu kepada Azizan dapat dipilih sebagai ganti.

Mereka juga mahu Fisol kekal di Kubang Pasu dengan jawatan sebagai DO dan YDP. Difahamkan isteri Fisol adalah merupakan anak saudara kepada isteri Puat. Sebagai SUK, Puat juga dikatakan boleh mewarnakan KCS selari dengan politik Pas lebih-lebih lagi diambang PRU 13 ini.

Rentetan dari itu, pada 3 Oktober lalu mesyuarat Exco memutuskan seperti berikut:

1)    Membatalkan pertukaran DO Ahmad Fisol dengan melantik semula Ahmad Fisol sebagai YDP dan DO Kubang Pasu.

2)    Melarang SUK daripada membuat pertukaran pegawai-pegawai PTT sehingga PRU 13 dan melarang SUK daripada menandatangani memo pertukaran.

3)    Melaksanakan keputusan itu secepat mungkin.

Dengan keputusan ini, mereka secara tidak lagsung telah mengisytiharkan perang ke atas institusi PTT yang berpaksikan Tuanku Sultan Kedah. Ini kerana PTT Kedah terletak dibawah bidang kuasa Istana Kedah atau Tuanku al-Sultan Kedah selaku Yang di-Pertuan Agong, sepenuhnya.

Seluruh rakyat Kedah khasnya, dan rakyat Malaysia amnya, sedang menyaksikan satu krisis pentadbiran yang sangat gawat ekoran kesilapan dalam memberikan kuasa dalam pilihanraya yang lalu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...