07 December 2012

PROVOKASI PEMBANGKANG PUNCA TERCETUS INSIDEN PERGADUHAN




Kuala Lumpur (SGB) – Ketua Pemuda Umno Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omardin di dalam sidang akhbarnya petang tadi menafikan dakwan yang dibuat oleh timbalan presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang mengatakan beliau mengetuai serangan terhadap ceramah Merdeka Rakyat malam tadi.


Megat ketika ditemui berkata, insiden serangan malam tadi tercetus ekoran dari provokasi yang dimulakan oleh salah seorang penyokong pembangkang. Beliau menegaskan demonstrasi aman yang berlangsung berlangsung di hadapan bilik gerakan Umno bertukar ganas apabila sebahagian dari penyokong Pakatan Rakyat (PR) bertindak membaling objek seperti batu-bata, kuali dan tong air ke arah pemuda Umno.

“Kami hanya buat demonstrasi aman di depan bilik gerakan kami, tetapi mereka membaling tong air, kuali, batu-bata sehingga seorang pemuda Umno kena sembilan jahitan akibat terkena batu-bata,” katanya.

Beliau berkata, penduduk setempat di Rantau Gombak Utara membantah ceramah Pakatan Rakyat yang dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim  kerana berlangsung di hadapan bilik gerakan peti undi Gombak Utara, yang pada masa sama  berlangsung taklimat pilihan raya.

“Apabila penduduk dan Pemuda Umno Bahagian mengadakan bantahan secara aman di tempat kami, salah seorang daripada mereka telah meluru ke arah kami sambil melakukan provokasi dari tempat mereka.

Azmin sebelum ini mendakwa Umno mengunakan samseng seramai 100 orang yang diketui oleh Megat bagi mengganggu aturcara program.

“Mereka menjerit, memaki dan mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah serta bertindak biadap terhadap penduduk yang hanya hadir mendengar ceramah,” kata Azmin selepas program itu.

Selain kecederaan parah, beberapa prang Pemuda Umno Gombak turut mengalami kecederaan ringan. Satu laporan polis juga telah dibuat di Balai Polis Gombak berhubung kejadian itu.

Ketika mengulas kenyataan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali bahawa beliau mengetuai serangan tersebut, Megat berkata, tuduhan itu berniat jahat.

“Saya mengetuai program yang Pemuda Umno adakan, tetapi saya tidak mengetuai provokasi tersebut,” katanya yang mendakwa ceramah pembangkang pada malam itu tidak memperolehi permit polis.

Sehubungan itu, beliau menyerahkan siasatan kepada pihak polis dan bersedia memberikan kerjasama.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...