Kuala Lumpur (SGB) - Kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit
Siang baru-baru ini yang mengatakan bahawa kerjasama antara DAP dan Pas
bukanlah kerana negara Islam atau hudud dilihat merupakan satu tamparan hebat
buat Pas. Ini kerana sebelum ini Pas sering mengatakan DAP lebih menerima Islam
berbanding Umno ketika program ceramah yang dianjurkan mereka.
17 December 2012
PM TEGASKAN DAP PARTI 'DINASTI KELUARGA'
Kuala
Lumpur (SGB) – Keputusan perwakilan yang menolak semua calon Melayu dalam Jawatankuasa
Tertinggi Pusat (CEC) pada kongres parti parti Sabtu lalu membuktikan dakwaan sesetangah
pihak yang melabelkan mereka sebagai parti perkauman.
KONSPIRASI SINGKIRKAN KARPAL DARI DAP
Kuala
Lumpur (SGB) – Pengerusi DAP Kebangsaan, DAP Karpal Singh terus kekal memimpin
parti itu untuk tempoh tiga tahun lagi setelah sekali lagi dilantik memegang
jawatan berkenaan oleh Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) hari ini.
PEMILIHAN DAP DICEMARI POLITIK WANG
Kuala Lumpur (SGB) – Pemilihan Jawatankuasa
Eksekutif DAP Pusat (CEC) yang diadakan ketika Kongres DAP baru-baru ini telah
dicemari dengan budaya politik wang. Ia diakui oleh Speaker DUN Selangor yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif
DAP, Datuk Teng Chang Khim. Beliau dilaporkan berkata terdapat unsur-unsur
politik wang menular masuk ke dalam parti itu dan mahukan proses pemilihan
pemimpin untuk jawatan tertinggi dirombak.
MIMPI PAS SEBAGAI PARTI DOMINAN
Dominan bermakna mempunyai pengaruh, autoriti
atau kawalan yang utama ke atas sesuatu. Apabila seseorang menyatakan
dia adalah dominan, bermakna dia punya pengaruh, autoriti dan kawalan
utama dalam menterjemahkan kehendak dan kemahuannya.
13 December 2012
PAS TERPAKSA TUNDUK DAN AKUR DENGAN KEHENDAK KARPAL
Kota
Baharu (SGB) – Setelah diasak teruk oleh Penasihat DAP, Karpal Singh dan beberapa
pimpinan pakatan rakyat (PR) yang lain, kerajaan Pas Kelantan akhirnya terpaksa
tunduk dan akur dengan tuntutan ‘rakan-rakan’ mereka. Karpal sebelum ini
menyelar Presiden dan pimpinan Pas serta meminta Datuk Seri Abdul Hadi Awang tambil
untuk menyuarakan pendirian secara terbuka.
DEMO JPN - PKR IMPORT PENDATANG ASING DARI INDIA
Putrajaya (SGB)
– Tindakan pimpinan pakatan pembangkang yang menganjurkan satu demonstrasi di
hadapan pejabat Jabatan Pendaftaraan Negara (JPN) semalam dilihat merupakan
satu tindakan terdesak bagi meraih simpati dan sokongan masyarakat India. Menurut
penganjur, perhimpunan tersebut diadakan kononnya untuk memperjuangan isu 300,000
orang yang berketurunan India yang masih tidak mempunyai taraf kewarganegaraan.
KARPAL DICABAR TARIK KENYATAAN LIWAT
Kuala
Lumpur (SGB) – Pengerusi DAP, Karpal Singh sekali lagi dicabar agar menarik kembali
kenyataan yang pernah dikeluarkan sebelum ini mengenai isu liwat yang
membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Karpal yang pada
ketika itu merupakan ahli parlimen bagi kawasan Jelutung pernah membangkitkan perkara
itu di dalam seisi perbahasan Dewan Rakyat ketika Mesyuarat ke-3, Penggal ke-3,
Sidang Parlimen Ke-9.
MENJADI AHLI PAS SEPERTI MEMBERI BAIAH KEPADA RASULULLAH?
Kuala
Lumpur (SGB) – Bertempat di salah sebuah masjid di Kota Damansara baru-baru ini,
telah berlangsung satu kuliah Subuh yang disampaikan oleh seorang penceramah.
Ketika menjawab salah soalan salah seorang hadirin di majlis tersebut,
penceramh yang diundang itu telah mengatakan bahawa mengisi borang dan menjadi
ahli parti adalah sama seperti memberi baiah pada Rasulullah saw.
AGENDA ISLAM PAS TIDAK MEMBANTU JENTERA PR - KIT SIANG
Kuala Lumpur (SGB) – Penasihat DAP, Lim Kit Siang baru-baru ini melalui kenyataan
medianya menggesa pimpinan pakatan rakyat (PR) agar memberikan tumpuan
dan kerja keras kepada 4 juta pengundi ‘atas pagar’ jika mahu memastikan
hasrat menawan Putrajaya tercapai.
TAK PUAS HATI, KARPAL SEKALI LAGI SELAR PAS
Kuala
Lumpur (SGB) – Ekoran tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan negeri
Kelantan yang dirasakan cuba menguatkuasakan undang-undang yang mirip
dengan Islam Pengerusi DAP, Karpal Singh menyelar pimpinan Pas semalam.
Semalam, Karpal dilaporkan meminta Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi
Awang agar tambil untuk menyuarakan secara terbuka pendirian parti itu
mengenai isu pengasingan gender.
PAS KEDAH ISTIHAR PERANG TERHADAP PPT NEGERI
SGB - Belum
pun reda dengan masalah dalaman dan perpecahan yang melanda pakatan
rakyat di Kedah. Kini timbul pula isu baru mengenai krisis pentadbiran
yang cukup kronik antara Pas negeri dengan Perkhidmatan Pegawai Tadbir
(PPT) negeri kedah. Kepimpinan Pas selaku kerajaan negeri dilaporkan
sedang melakukan tentangan terbuka terhadap PPT.
12 December 2012
INDAHNYA HIDUP BILA MELAYU BERSATU
Melayu. Apabila sebut nama bangsa ini, kebanyakan
orang akan berasa gelisah. Katanya juga 'Melayu' adalah sesuatu yang
takut untuk disebut. Sesuatu yang tidak menjamin syurga dan buang masa
untuk diperjuangkan. Memperjuangkan Melayu juga selalu dikatakan Ultra-Melayu dan rasis.
Melayu juga selalu dikatakan sebagai UMNO dan berjuang bersama UMNO
dituduh sebagai seorang sekular.
Berkuasa di atas kelemahan Melayu
Di bangku sekolah dulu saya berminat dalam hal-hal pengguna selalu
kena tipu oleh peniaga. Para pembaca juga sepanjang hidup masing-masing
tentu pernah berasa ditipu oleh peniaga, lebih-lebih lagi setelah
kembali ke rumah dan melihat barang dibeli tidak mencapai keadaan apa
yang disangkakan.
SELAMATKAH ISLAM DI MALAYSIA
Ada pengertian lebih besar sebenarnya
boleh 'dibaca' di sebalik kenyataan seorang pemimpin muda daripada
sebuah parti pembangkang baru-baru ini berhubung kedudukan Islam dan
hala tujunya di negara yang kita cintai ini. Yang lebih dibimbangi, jika apa yang dinyatakan itu adalah berdasarkan
kepercayaannya dan bukan sekadar perjuangan politik semata-mata.
11 December 2012
PAKATAN PEMBANGKANG TOLAK CADANGAN BENDUNG POLITIK SAMSENG
KUALA
LUMPUR (SGB) – Sebelum ini, semua isu yang berlaku sama ada yang melibatkan
perkara yang kecil atau besar, pasti Umno akan dipersalahkan atas segala
yang berlaku. Terbaru insiden pergaduhan dan serangan di Gombak ketika
program jelajah Merdeka yang dihadiri oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri
Anwar Ibrahim.
09 December 2012
RAKYAT SEMAKIN HILANG MINAT DENGAN PERJUANGAN PAKATAN
Kuala
Lumpur (SGB) – Di saat pimpinan pakatan pembangkang begitu ghairah mengatakan
sokongan rakyat yang semakin kuat untuk bersama mereka, hampir saban
hari terpampang di dada akhbar dan media arus perdana ahli-ahli dan
penyokong pakatan yang tampil menyuarakan ketidakpuasan hati mereka.
PAKATAN WUJUD DANA KHAS UNTUK BELI PEMIMPIN BN/UMNO
Kuala
Lumpur – Bekas Setiausaha Sulit kepada Anwar Ibrahim, Anuar Shaari
mengingatkan kerajaan pimpinan Barisan Nasional dan Umno (BN/Umno) agar
berwaspada dengan gerakan pakatan pembangkang yang telah mewujudkan satu
dana khas. Ia bertujuan untuk ‘membeli’ pemimpin dan ahli-ahli BN/Umno
dalam pilihanraya ke-13 kelak yang kecewa agar melakukan sabotaj serta
lompat parti.
NURUL IZZAH TAKUT DENGAN GELOMBANG MERAH JAMBU
KUALA
LUMPUR (SGB) – Kenyataan Koordinator Jingga 13 Terengganu, Wan Mohd Azziadi
Wan Abd Jalil yang meminta Shahanim Md Yusuf agar menarik kembali
kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini berhubung isu perut mendapat
maklumbalas dari Naib Ketua Puteri Umno Malaysia itu.
Shahanim melalui kenyataan media yang
dikeluarkan petang semalam menjelaskan gesaan tersebut adalah tidak
berasas. Ini kerana, menurut beliau pakatan cuba mengalihkan isu sebenar
yang dibangkitkan sebelum ini.
“Ketika ucapan pengulungan baru-baru ini
saya telah mencabar Nurul Izzah untuk berdebat dengan Puteri Umno.
Namun sehingga kini cabaran tersebut tiada mendapat sebarang
maklumbalas. Mungkin beliau segan dan takut dengan gelombang merah
jambu.
“Ini adalah merupakan taktik murahan
pakatan pembangkang bagi mengalihkan perhatian rakyat serta menutup
kegagalan wakil-wakil rakyat mereka serta ketidakmampuan kerajaan negeri
pimpinan pakatan pembangkang dalam mengurus tadbir amanah dan
tanggungjawab yang diberikan oleh rakyat sebelum ini” katanya.
Azziadi sebelum ini meminta agar
Shahanim menarik kembali kenyataannya dan menuntut permohonan maaf
secara terbuka atas dakwaan keterlanjuran kata-katanya yang mendakwa
rakyat seolah-olah memikirkan perut sendiri berbanding isu menjelang
pilihan raya umum.
Menurut Shahanim kenyataan beliau
sebelum ini yang dikeluarkan oleh portal Malaysia Insider adalah merujuk
kepada prestasi dan khidmat BN/UMNO dalam mendekati rakyat. Ini kerana
ia akan menjadi satu petanda aras buat pengundi dalam memilih mereka
yang benar-benar ikhlas untuk tampil membela nasib mereka.
“Rakyat Malaysia terutamanya pengundi
sudah semakin bijak dalam membuat penilaian terutama dalam memilih calon
dan parti yang akan dipertangungjawabkan untuk mewakili mereka. Antara
faktornya ialah prestasi dan khidmat yang ditunjukan oleh wakil-wakil
rakyat sebelum ini”.
“Saya berkeyakinan, mereka tidak lagi
mudah diperdaya dengan ‘mainan’ dan sandiwara pakatan pembangkang yang
mencipta pelbagai isu semata-mata untuk mempengaruhi rakyat. Namun di
masa yang sama gagal memberikan khidmat yang terbaik selaku wakil yang
dipilih oleh rakyat” katanya lagi.
Selain dari itu, Shahanim menegaskan
khidmat yang diberikan oleh BN/UMNO untuk turun ke padang berjumpa dan
menyelesaikan masalah rakyat seperti banjir, tanah runtuh, kemalangan,
masalah kebajikan dan sebagainya bakal dinilai oleh rakyat terutamanya
pengundi.
“Berbeza dengan pendekatan pembangkang
yang hanya mampu untuk berjanji bulan, bintang dan cakrawala kepada
rakyat walaupun menguasai kerajan negeri Kedah, Pulau Pinang, Kelantan
dan Selangor.
“Pendekatan ceramah yang mereka lakukan
juga akhir-akhir ini dilihat kurang mendapat sambutan kerana kegagalan
mereka dalam menyelesaikan masalah rakyat dan pengundi” tegasnya.
SEKUMPULAN ANAK MUDA TEKAD KELUAR PAS
Kuala
Nerang – Kecewa dengan hala tuju dan perjuangan parti sekumpulan anak
muda antara yang mengambil keputusan nekad dengan keluar dari pada Pas.
Mereka merupakan antara 16 anggota Pas dari Kampung Genting Palas dan
Bendang Hilir yang bangkit menyatakan pendirian untuk keluar parti dan
menyertai Umno.
07 December 2012
PROVOKASI PEMBANGKANG PUNCA TERCETUS INSIDEN PERGADUHAN
Kuala Lumpur (SGB) – Ketua Pemuda
Umno Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omardin di dalam sidang akhbarnya petang
tadi menafikan dakwan yang dibuat oleh timbalan presiden PKR, Mohamed Azmin Ali
yang mengatakan beliau mengetuai serangan terhadap ceramah Merdeka Rakyat malam
tadi.
EZAM SARANKAN ANWAR BERHENTI MELALAK
Kuala Lumpur (SGB) – Kenyataan
Ketua Pembangkang, Dato Sri Anwar Ibrahim yang sebelum ini mengkritik
Perhimpunan Agung UMNO ke-66 yang diadakan baru-baru ini dibidas oleh Senator
Ezam Mohd Nor. Bekas Ketua Angkatan Muda (AMK) PKR itu menyarankan agar Anwar
berhenti dari melalak. Beliau turut menegaskan Anwar seharusnya malu kerana
UMNO ketika ini jauh lebih baik berbanding ketika Anwar menjadi timbalan
presiden.
ASRI PERLU LEBIH MATANG - DR FATHUL BARI
Kuala Lumpur (SGB) – Sejak
kebelakangan ini, mantan mufti Perlis, Professor Madya Dato' Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dilihat sering
‘menyerang’ dan memberikan komentar yang berbaur sindiran terhadap Himpunan
Ulama Muda Malaysia (Ilmu). Contohnya
Dr Asri menyifatkan, pendapat Ilmu yang mengharamkan perhimpunan Bersih
baru-baru ini mencerminkan kedangkalan Ulama Muda UMNO itu.
PILIH CALON ATAU PILIH PARTI
UNUS Pro Omnibus, Omnes Pro Uno adalah frasa Latin yang membawa maksud "One for all, all for one" atau "Satu untuk semua, semua untuk satu". Slogan ini cukup terkenal di dalam cerita The Three Musketeers karya penulis Perancis, Alexandre Dumas.
MENILAI POLITIK 'BERKESEDUDUKAN' PAS
''ADAKAH nafsu untuk berkuasa mengatasi prinsip perjuangan? Adakah
matlamat telah menghalalkan cara? Tidak mengapalah kalau tidak
melibatkan orang lain, tetapi apa yang tragisnya, ia telah menjadi pesta
fitnah, propaganda jahat dan pendustaan yang ditujukan kepada UMNO
serta seluruh rakyat Malaysia.''
ISU-ISU AKHBAR CINA
UMNO berpeluang kekal sokongan
AKHBAR Nanyang Siang Pau bertarikh 1 Disember 2012 menyiarkan komen
mengenai Perhimpunan Agung UMNO Ke-63 selama lima hari yang berakhir
Sabtu lalu. Artikel bertajuk Sebelum menyerang keluar terlebih dahulu perkemas
dalaman yang merupakan pandangan pengarang akhbar berkenaan disiarkan
dalam ruangan Pendapat Yuanlun halaman W3.
ISU AIR TENGELAMKAN PEMBANGKANG
TANGGUNGJAWAB utama kerajaan negeri kepada rakyat
antaranya ialah menyediakan kemudahan asas. Sebagai makhluk yang
bernyawa, tidak ada keperluan asas yang paling utama selain daripada air
- unsur utama untuk kelangsungan hidup. Berdasarkan faktor ini, kegagalan kerajaan-kerajaan negeri tertentu
menyediakan kemudahan air untuk dinikmati oleh rakyat masing-masing
membuktikan betapa lemahnya kerajaan berkenaan.
10 July 2012
AJARAN PAS PUNCA TRAGEDI DI JPM
Insiden yang berlaku di perkarangan kompleks B,
Jabatan Perdana Menteri petang tadi benar-benar mencemaskan semua. Seorang
lelaki bersama seorang wanita telah menceroboh untuk masuk dengan meletakkan
pedang samurai di leher anggota polis bantuan yang sedang bertugas. Kerana
keadaan yang mencemaskan itu, anggota polis bantuan itu terpaksa membenarkan
mereka untuk masuk.
07 July 2012
ISU ANWAR BERSARA, SANDIWARA BARU DARI PETUALANG NEGARA
Dengan alasan - jika pakatan PKR, DAP dan Pas tidak berjaya merampas
Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang, Anwar Ibrahim
membayangkan beliau mungkin bersara daripada politik. Dalam perkataan lain, Anwar sendiri dapat merasakan yang dia tiada
banyak masa lagi untuk menunggu lebih lama bagi membolehkannya dilantik
menjadi perdana menteri.
BUDAYA PEMBANGKANG SALAHKAN MEDIA DAN ISU ANWAR BERSARA?
Budaya menyalahkan media yang tidak menyokong mereka, mengaitkan
dengan nama-nama pemimpin kerajaan serta menyaman mereka yang mengajukan
pertanyaan atau membangkitkan isu yang membelit pemimpin dan kepimpinan
parti-parti pembangkang sudah sebati bagi parti 3P (Pas, PKR dan DAP). Ia bukan perkara baru malah sudah menjadi amalan bagi Ketuanya, Datuk
Seri Anwar Ibrahim apabila menjawab isu-isu yang berkaitan dengan hal
peribadinya ataupun parti. Lihatlah bagaimana beliau menjawab isu-isu
video seks, jam Omega dan kawalan 20 akaun membabitkan RM3 bilion.
Labels:
Anwar Ibrahim,
DAP,
Gan Tian Loo,
Khalid Ibrahim,
MyKMU,
Omega,
pkr,
Selangor Daily,
Talam Corp,
Video Seks
DIMANA BAR COUNCIL KETIKA SAIFUL BUKHARI PERLUKAN PEMBELAAN??
Mahkamah
Tinggi baru-baru ini telah mengeluarkan laporan penuh mengenai Alasan
Penghakiman Penuh berhubung kes liwat Saiful Bukhari. Dan sebagai warganegara
yang merasakan dirinya telah di aniaya adalah wajar untuk Saiful Bukhari diberikan
pengadilan yang sewajarnya. Sekiranya sebelum ini barisan peguam Anwar Ibrahim
mengunakan sebaik mungkin haknya melalui pelbagai ruang dan peluangnya untuk mengemukkan
pelbagai bantahan dan permohonan yang ada kalanya tidak masuk akal sehingga
menyebabkan kes ini tertangguh buat sekian lamanya.
ANTARA MUNAFIQ, KUFIR DAN LALAI
Terlalu sinikal atau tiada pilihan dalam menghadapi hari muka rakyat negara ini. Itu sahaja yang menjadi santapan minda yang disogokkan kepada generasi Y yang dikatakan sebagai orang muda. Darah mereka amat bergelora. Banyak sungguh yang diperkatakan mereka. Banyak sungguh kemarahan yang ingin ditunjukkan malah ingin dibalas kepada generasi X yang melahir dan membesarkan mereka sebelumnya. Alasan mudah yang dicanai minda kumpulan ini hanyalah sudah tiba masanya kita perlu merobah orang tua yang tidak berguna.
Labels:
1Malaysia,
DEB,
Evolusi,
Generasi Y,
Generasi Z,
Program Buku Hijau,
RMK,
Semenanjung,
Tanah Arab,
Wawasan 2020,
X
APABILA PEMILIHAN AJK MASJID UMPAMA PRU
KONTROVERSI yang melanda pentadbiran pakatan pembangkang di Selangor bukanlah satu perkara asing bagi kebanyakan rakyat di negeri ini. Bermula dalam soal asas, iaitu janji mereka pada pilihan raya umum lalu yang sehingga kini tidak tertunai, sehinggalah kepada perkhidmatan bekalan air, pendidikan dan pengurusan sampah, ia jelas memperlihatkan kelemahan kerajaan negeri yang kononnya digambarkan mereka sebagai mengutamakan rakyat, sedangkan hakikatnya tidak seperti itu berdasarkan daripada siri-siri bantahan rakyat sebelum ini.
04 July 2012
APA MOTIF TAWARAN PAS
Undi Pas Masuk Syurga |
ADALAH sesuatu yang melucukan apabila Pas cuba menyeret UMNO dalam isu pahala apabila mengundi sesuatu parti. Ia jelas apabila Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk
Mohd.Amar Nik Abdullah mencabar UMNO membuat kenyataan mengundi parti
itu atau Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan dikira
sebagai amal soleh dan mendapat pahala sama seperti yang dinyatakan Pas
kepada penyokongnya.
Labels:
Kelantan,
MB,
Mohd Amar,
Mursyidul Am,
Nik Abdullah,
PAS,
Syurga,
UMNO,
Undi
LAGI 10 BULAN SEBELUM BERAKHIRNYA MANDAT RAKYAT
TIGA, empat atau lima. Itulah angka yang turut menjadi bualan ketika
ini. Adakah sesuatu pilihan raya umum (PRU) perlu diadakan setelah genap
lima tahun selepas sesebuah kerajaan mendapat mandat rakyat? Atau perlukah ia kekal seperti sekarang iaitu diadakan pada bila-bila
masa menjelang genap lima tahun mandat yang diberikan rakyat kepada
sesebuah kerajaan? Mungkin selepas tiga atau empat tahun. Isu ini
tiba-tiba muncul selepas banyak ramalan atau telahan pelbagai pihak
mengenai tarikh PRU Ke-13 meleset dan ramai yang ‘membuang’ masa
mencongak bilakah tarikh keramat itu akan datang.
03 July 2012
PAP DAN DAP
Persamaan antara DAP dan Komunis |
ADA pihak nampaknya tidak senang apabila minggu lalu, Awang menyentuh
tindakan Wisma Putra memanggil Pesuruhjaya Tinggi Singapura, Ong Keng
Yong berhubung penglibatan tiga diplomatnya dalam perhimpunan haram
Bersih 3.0. Lebih-lebih lagi apabila tulisan itu mengaitkan parti paling rasis di
Malaysia iaitu DAP dan PAP, parti pemerintah kerajaan Singapura. Untuk apa resah jika itu memang realiti. Sejarah tidak boleh
dibohongi. Sememangnya PAP dan DAP berasal dari parti yang sama dan
pernah berkongsi sejarah ketika Singapura masih berada dalam Malaysia.
Labels:
Awang,
Bersih 3.0,
DAP,
Lee Kuan Yew,
Malaysia,
Ong Keng Yong,
PAP,
Pulau Pinang,
Singapura,
Wisma Putra
29 June 2012
CHAUVINIS ULTRA KIASU : MAKANAN DAN HIBURAN
Seorang pembaca bernama Razali, meminta saya menulis mengenai agenda
ultra kiasu melalui makanan kerana mulai 1 Julai 2012, di bawah Seksyen
16 Akta Perihal Dagangan 2011 (APD2012), pengusaha yang tidak
mempamerkan logo halal, yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(Jakim) akan diberi amaran, sebelum tindakan denda dan penjara
dikuatkuasakan. Semua pihak maklum, banyak insiden yang disengajakan berlaku seperti
penemuan gelatin (minyak) babi dan kaki katak dalam makanan. Ini tidak
termasuk soal sembelihan, halal haram dalam muamalat dan aspek kehidupan seharian lain. Sebenarnya, tajuk sebegini pernah saya kupas sebelum ini.
UMNO TOLAK ISLAM, STRATEGI SLOGAN POLITIK
UMNO tolak Islam! dijadikan oleh Pas sebagai bahan kempen memikat
pengaruh. Seperti dulu Nik Abdul Aziz Nik Mat menyebut undi Pas masuk
syurga. Sekarang ini undi Pas dapat pahala. Dapat pahala belum tentu
masuk syurga. Ketentuan masuk syurga dan dapat pahala adalah ketentuan
Allah. Apa maksud Islam dalam politik Pas? Islam bagi Pas adalah dalam
ceramah dan pidato. Ceramah yang menghina orang lain, melontarkan
gelaran-gelaran yang hodoh, banyak yang berbaur fitnah dan analisis yang
dangkal, nafsu amarah yang tinggi yang menghasilkan rasa taksub yang
hebat dan dendam kesumat yang panjang.
IKTIBAR TINDAK TANDUK DIPLOMAT SINGAPURA
TIDAK ada rakyat Malaysia yang memandang remeh terhadap kes tiga
diplomat Singapura yang disyaki turut terlibat secara langsung dalam
perhimpunan Bersih 3.0 pada bulan 28 April lepas. Isu tersebut menjadi
bertambah musykil apabila maklumat bercanggah disalurkan oleh pejabat
Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Kuala Lumpur, Ong Keng Yong.
23 June 2012
LETAK JAWATAN, RAFIZI CUBA BODOHKAN RAKYAT
Anwar Ibrahim merupakan idola Rafizi, sejak di bangku sekolah |
Ramai yang mempertikaikan apabila ada laporan dan pendedahan mengenai perpecahan
di dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR), tidak kurang juga ada yang berpandangan
sinis dengan mengatakan ia hanyalah propaganda UMNO/BN bagi memecah-belahkan
parti naungan Anwar Ibrahim itu. Namun, pengumuman yang dibuat oleh Rafizi
Ramli semalam mengenai perletakan jawatannya sebagai Ketua Eksekutif
Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor telah menjawab kembali persoalan yang
ditimbulkan itu.
DIMANA KEKUATAN PAKATAN, ANDAI MEREKA BERLAINAN MIMPI?
Gabungan parti di dalam Pakatan, umpama mimpi tiada penghujung |
KENAPA pakatan pembangkang tidak berani menggunakan satu lambang pada
pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang diramal akan diadakan tidak lewat
dari hujung tahun ini? Adakah ini bermakna mereka tidak yakin dengan pakatan yang mereka
sendiri wujudkan? Pakatan yang kononnya mampu menggantikan Barisan
Nasional (BN) sebagai kerajaan (jika menang PRU13)? Atau masing-masing
takut jika menggunakan satu logo, penyokong akan lari?
Kenyataan Naib Presiden PKR, Tian Chua bahawa parti-parti dalam
Pakatan Rakyat (PR) tidak akan menggunakan simbol masing-masing walaupun
kewujudan pakatan itu diiktiraf oleh Pendaftar Pertubuhan menimbulkan
seribu satu tanda tanya akan keaslian dan keikhlasan pembentukan pakatan
berkenaan.
Labels:
al-Quran,
BN,
Cauvinisme,
DAP,
Hadi Awang,
PAS,
pkr,
PR,
PRU13,
Tian Chua,
Tuan Ibrahim,
Tuan Man
FATWA TANGGUH HAJI DEMI PRU, FATWA SESAT
Keratan akhbar, kenyataan untuk minta jentera Pas tangguh haji |
PERIHAL arahan pemimpin Pas supaya jangan pergi mengerjakan ibadat haji bagi menumpukan pilihan raya ke-13. Ayat 27 surah al-Hajj bermaksud: Dan serulah umat manusia untuk
mengerjakan ibadat haji, nescaya mereka akan datang ke rumah Tuhan mu
dengan berjalan kaki dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang
kurus, yang datangnya dari berbagai jalan dan ceruk rantau yang jauh.
Maknanya setiap hamba Allah yang mengaku telah beriman kepada Allah hendaklah menyeru ke arah ibadat haji.
Labels:
Al-Hajj,
Allah,
Baitullah,
Hadis. Bukhari,
Haji,
Muslim,
PAS,
Rasulullah
18 June 2012
DASAR BANGSAT!! ANWAR ARAH PEGUAM CIPTA BUKTI
KETIKA banyak isu moral, biseksual dan integriti Ketua Pembangkang,
Anwar Ibrahim masih belum terjawab, muncul pula pendedahan terbaru. Anwar didakwa mengarahkan peguamnya mencipta bukti mengaitkan Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu kapal selam Scorpene dan
pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaaribu. Maknanya beliau mencipta fitnah terhadap Najib dalam isu tersebut
yang dijadikan modal politik sejak 2002. Sampai begitu sekali sikap
Anwar. Itu belum berkuasa, sekiranya menjadi Perdana Menteri,
bayangkanlah musibahnya nanti.
MURSYIDUL AM, TOLAK PERPADUAN DEMI BERKAWAN DENGAN SETAN
Nik Aziz Rela Tolak Perpaduan Untuk Berkawan Dengan Syaitan |
SATU ketika dahulu, Nik Aziz ada melarang orang
ramai khususnya rakyat Kelantan supaya tidak menggantungkan gambar
Perdana Menteri (Mahathir) kerana perbuatan itu menjadikan kita
mendewa-dewakan manusia. Hari ini bagaimana? Di seluruh pelosok Kelantan sama ada di bulatan
jalan atau di persimpangan, atau di mana-mana sahaja penuh dengan gambar
Nik Aziz.
Labels:
2004,
al-Quran,
DAP,
Karpal Singh,
Kelantan,
Kufir,
Mahathir,
Mursyidul Am,
neraka,
Nik Aziz,
Perdana Menteri,
PRU11,
UMNO
DEMI PRU, PAS KELUAR FATWA TANGGUH HAJI
NAMPAK sangat kurang bijak kenyataan Ketua
Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mahukan semua
ahli Pas yang berhasrat dan terpilih untuk menunaikan fardu haji tahun
ini menangguhkan pemergian mereka jika Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13)
diadakan dalam musim haji. Ibadah haji adalah rukun dan wajib ditunaikan oleh mereka yang
mengaku dirinya Islam apabila cukup syarat. Dalam hal wajib ini tiada
kompromi dalam apa situasi sekali pun, melainkan jika berlaku musibah
seperti merebaknya penyakit berjangkit yang serius atau berlakunya
kucar-kacir di tempat ibadah itu.
Labels:
al-Quran,
Ketua Penerangan,
PAS,
PRU13,
Rasulullah saw,
Tuan Ibrahim,
Tuan Man,
Yunani
15 June 2012
MATLAMAT MENGHALALKAN CARA KONSEP ANWAR MENUJU PUTRAJAYA
Demi ke Putrajaya, Anwar Sanggup Lakukan Apa Sahaja |
Dalam konteks negara, rakyat, muka bumi dan pemerintah Malaysia adalah
jasad fizikal Malaysia. Apa jua keganasan dan kebinasaan terjadi,
Malaysia tetap Malaysia. Elemen batiniah Malaysia yang menjadi mangsa
adalah nilai terasnya, iaitu ketenteraman dan perpaduan berlandaskan
Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara, Wawasan 2020 dan Konsep
1Malaysia.
PM MALAYSIA : ISLAM DAN MELAYU
Sungguh akrab, pemimpin Ultra Kiasu ini |
Baru-baru ini kita dihebohkan di media arus perdana berkenaan dengan
satu isu kenyataan Pengerusi DAP Karpal Sing yang mana berikrar akan
terus berjuang supaya seorang bukan Melayu dilantik sebagai Perdana
Menteri Malaysia dengan alasan tiada undang-undang yang diperuntukkan
untuk menghalang bukan Melayu menjawat jawatan tersebut. Kenyataan beliau ini boleh kita ditafsirkan sebagai sensitif dan boleh
membawa kepada keresahan dalam kalangan masyarakat khususnya, masyarakat
Melayu.
HARGA SEBUAH PERSAUDARAAN DI DALAM ISLAM
Sejak zaman Muawiyah dan Ali harga persaudaraan sesama Islam menjadi
terlalu mahal. Apabila kelompok Khawarij mengkafirkan pihak lain, ia
menjadi contoh yang hodoh kepada umat. Apabila Saidina Othman terbunuh
ketika membaca al-Quran, itulah puncak perseteruan sesama umat. Hal ini dibangkitkan menginsafi bahawa perseteruan kalangan umat
berlaku sejak dulu. Ini membawa kesan sehingga hari ini.
14 June 2012
IBARAT KADUK NAIK JUNJUNG
Hanya Sekadar Gambar Hiasan |
Seseorang yang kononnya bergelar datuk amat marah dengan artikel saya,
“tuntutan Dong Zong biadab”, 28 Mac lalu. Beliau mendakwa artikel saya
tidak islamik, merugikan Islam. Beliau tidak putus-putus fakskan surat
yang sama kepada saya untuk mendapatkan penjelasan dan bersedia berdebat
dengan saya. Apakah dengan gelaran itu sudah cukup hebat dan boleh mengarah orang lain mengikut telunjuk?
11 June 2012
BERSEDIAKAH MELAYU TERIMA GUAN ENG SEBAGAI PM
WALAUPUN
mengaku tersasul dan kemudian segera minta maaf, namun Karpal Singh
berjaya membaca fikiran orang Melayu. Karpal tahu sejauh mana semangat
muafakat bangsa Melayu. Pengerusi DAP itu mungkin tersenyum lebar
apabila melihat tidak semua Melayu bersatu menempelak beliau bila
tersasul kata begitu. Yang
betul-betul marah dan naik angin tak suka Cina atau India jadi PM
Malaysia hanyalah pemimpin dan penyokong UMNO. Kelompok inilah
betul-betul bersatu mempertahankan kerusi Perdana Menteri kekal di
tangan Melayu. Melayu
dalam parti lain tidak sependapat. Memang ada segelintir menentang.
Ada segelintir pula berfikiran terbuka. Ada yang buat tak kisah. Ada
yang berkata, daripada UMNO jadi PM biarlah diberi pada orang lain!
Labels:
Abdul Aziz,
Anwar,
Barisan Nasional,
BN,
DAP,
Guan Eng,
Hadi Awang,
Karpal Singh,
Khalifah,
Melayu,
Nik Aziz,
Pakatan Rakyat,
PM,
Presiden PAS,
PRU13,
Putrajaya,
UMNO
Subscribe to:
Posts (Atom)