17 December 2012

PAS HARUS KELUAR DARI PAKATAN PEMBANGKANG




Kuala Lumpur (SGB) - Kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang baru-baru ini yang mengatakan bahawa kerjasama antara DAP dan Pas bukanlah kerana negara Islam atau hudud dilihat merupakan satu tamparan hebat buat Pas. Ini kerana sebelum ini Pas sering mengatakan DAP lebih menerima Islam berbanding Umno ketika program ceramah yang dianjurkan mereka.

PM TEGASKAN DAP PARTI 'DINASTI KELUARGA'




Kuala Lumpur (SGB) – Keputusan perwakilan yang menolak semua calon Melayu dalam Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) pada kongres parti parti Sabtu lalu membuktikan dakwaan sesetangah pihak yang melabelkan mereka sebagai parti perkauman.

KONSPIRASI SINGKIRKAN KARPAL DARI DAP




Kuala Lumpur (SGB) – Pengerusi DAP Kebangsaan, DAP Karpal  Singh terus kekal memimpin parti itu untuk tempoh tiga tahun lagi setelah sekali lagi dilantik memegang jawatan berkenaan oleh Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) hari ini.

PEMILIHAN DAP DICEMARI POLITIK WANG




Kuala Lumpur (SGB) – Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif DAP Pusat (CEC) yang diadakan ketika Kongres DAP baru-baru ini telah dicemari dengan budaya politik wang. Ia diakui oleh Speaker DUN Selangor yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif DAP, Datuk Teng Chang Khim. Beliau dilaporkan berkata terdapat unsur-unsur politik wang menular masuk ke dalam parti itu dan mahukan proses pemilihan pemimpin untuk jawatan tertinggi dirombak.

MIMPI PAS SEBAGAI PARTI DOMINAN


Dominan bermakna mempunyai pengaruh, autoriti atau kawalan yang utama ke atas sesuatu. Apabila seseorang menyatakan dia adalah dominan, bermakna dia punya pengaruh, autoriti dan kawalan utama dalam menterjemahkan kehendak dan kemahuannya.

13 December 2012

PAS TERPAKSA TUNDUK DAN AKUR DENGAN KEHENDAK KARPAL




Kota Baharu (SGB) – Setelah diasak teruk oleh Penasihat DAP, Karpal Singh dan beberapa pimpinan pakatan rakyat (PR) yang lain, kerajaan Pas Kelantan akhirnya terpaksa tunduk dan akur dengan tuntutan ‘rakan-rakan’ mereka. Karpal sebelum ini menyelar Presiden dan pimpinan Pas serta meminta Datuk Seri Abdul Hadi Awang tambil untuk menyuarakan pendirian secara terbuka.

DEMO JPN - PKR IMPORT PENDATANG ASING DARI INDIA




Putrajaya (SGB) – Tindakan pimpinan pakatan pembangkang yang menganjurkan satu demonstrasi di hadapan pejabat Jabatan Pendaftaraan Negara (JPN) semalam dilihat merupakan satu tindakan terdesak bagi meraih simpati dan sokongan masyarakat India. Menurut penganjur, perhimpunan tersebut diadakan kononnya untuk memperjuangan isu 300,000 orang yang berketurunan India yang masih tidak mempunyai taraf kewarganegaraan.

KARPAL DICABAR TARIK KENYATAAN LIWAT




Kuala Lumpur (SGB) – Pengerusi DAP, Karpal Singh sekali lagi dicabar agar menarik kembali kenyataan yang pernah dikeluarkan sebelum ini mengenai isu liwat yang membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Karpal yang pada ketika itu merupakan ahli parlimen bagi kawasan Jelutung pernah membangkitkan perkara itu di dalam seisi perbahasan Dewan Rakyat ketika Mesyuarat ke-3, Penggal ke-3, Sidang Parlimen Ke-9.

MENJADI AHLI PAS SEPERTI MEMBERI BAIAH KEPADA RASULULLAH?




Kuala Lumpur (SGB) – Bertempat di salah sebuah masjid di Kota Damansara baru-baru ini, telah berlangsung satu kuliah Subuh yang disampaikan oleh seorang penceramah. Ketika menjawab salah soalan salah seorang hadirin di majlis tersebut, penceramh yang diundang itu telah mengatakan bahawa mengisi borang dan menjadi ahli parti adalah sama seperti memberi baiah pada Rasulullah saw.

AGENDA ISLAM PAS TIDAK MEMBANTU JENTERA PR - KIT SIANG



Kuala Lumpur (SGB) – Penasihat DAP, Lim Kit Siang baru-baru ini melalui kenyataan medianya menggesa pimpinan pakatan rakyat (PR) agar memberikan tumpuan dan kerja keras kepada 4 juta pengundi ‘atas pagar’ jika mahu memastikan hasrat menawan Putrajaya tercapai.

TAK PUAS HATI, KARPAL SEKALI LAGI SELAR PAS



Kuala Lumpur (SGB) – Ekoran tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan negeri Kelantan yang dirasakan cuba menguatkuasakan undang-undang yang mirip dengan Islam Pengerusi DAP, Karpal Singh menyelar pimpinan Pas semalam. Semalam, Karpal dilaporkan meminta Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar tambil untuk menyuarakan secara terbuka pendirian parti itu mengenai isu pengasingan gender.

PAS KEDAH ISTIHAR PERANG TERHADAP PPT NEGERI



SGB - Belum pun reda dengan masalah dalaman dan perpecahan yang melanda pakatan rakyat di Kedah. Kini timbul pula isu baru mengenai krisis pentadbiran yang cukup kronik antara Pas negeri dengan Perkhidmatan Pegawai Tadbir (PPT) negeri kedah. Kepimpinan Pas selaku kerajaan negeri dilaporkan sedang melakukan tentangan terbuka terhadap PPT.

12 December 2012

INDAHNYA HIDUP BILA MELAYU BERSATU


Melayu. Apabila sebut nama bangsa ini, kebanyakan orang akan berasa gelisah. Katanya juga 'Melayu' adalah sesuatu yang takut untuk disebut. Sesuatu yang tidak menjamin syurga dan buang masa untuk diperjuangkan. Memperjuangkan Melayu juga selalu dikatakan Ultra-Melayu dan rasis. Melayu juga selalu dikatakan sebagai UMNO dan berjuang bersama UMNO dituduh sebagai seorang sekular.

Berkuasa di atas kelemahan Melayu


Di bangku sekolah dulu saya berminat dalam hal-hal pengguna selalu kena tipu oleh peniaga. Para pembaca juga sepanjang hidup masing-masing tentu pernah berasa ditipu oleh peniaga, lebih-lebih lagi setelah kembali ke rumah dan melihat barang dibeli tidak mencapai keadaan apa yang disangkakan.

SELAMATKAH ISLAM DI MALAYSIA

 
Ada pengertian lebih besar sebenarnya boleh 'dibaca' di sebalik kenyataan seorang pemimpin muda daripada sebuah parti pembangkang baru-baru ini berhubung kedudukan Islam dan hala tujunya di negara yang kita cintai ini. Yang lebih dibimbangi, jika apa yang dinyatakan itu adalah berdasarkan kepercayaannya dan bukan sekadar perjuangan politik semata-mata.

11 December 2012

PAKATAN PEMBANGKANG TOLAK CADANGAN BENDUNG POLITIK SAMSENG



KUALA LUMPUR (SGB) – Sebelum ini, semua isu yang berlaku sama ada yang melibatkan perkara yang kecil atau besar, pasti Umno akan dipersalahkan atas segala yang berlaku. Terbaru insiden pergaduhan dan serangan di Gombak ketika program jelajah Merdeka yang dihadiri oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

09 December 2012

RAKYAT SEMAKIN HILANG MINAT DENGAN PERJUANGAN PAKATAN



Kuala Lumpur (SGB) – Di saat pimpinan pakatan pembangkang begitu ghairah mengatakan sokongan rakyat yang semakin kuat untuk bersama mereka, hampir saban hari terpampang di dada akhbar dan media arus perdana ahli-ahli dan penyokong pakatan yang tampil menyuarakan ketidakpuasan hati mereka.

PAKATAN WUJUD DANA KHAS UNTUK BELI PEMIMPIN BN/UMNO



Kuala Lumpur – Bekas Setiausaha Sulit kepada Anwar Ibrahim, Anuar Shaari mengingatkan kerajaan pimpinan Barisan Nasional dan Umno (BN/Umno) agar berwaspada dengan gerakan pakatan pembangkang yang telah mewujudkan satu dana khas. Ia bertujuan untuk ‘membeli’ pemimpin dan ahli-ahli BN/Umno dalam pilihanraya ke-13 kelak yang kecewa agar melakukan sabotaj serta lompat parti.

NURUL IZZAH TAKUT DENGAN GELOMBANG MERAH JAMBU



KUALA LUMPUR (SGB) – Kenyataan Koordinator Jingga 13 Terengganu, Wan Mohd Azziadi Wan Abd Jalil yang meminta Shahanim Md Yusuf agar menarik kembali kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini berhubung isu perut mendapat maklumbalas dari Naib Ketua Puteri Umno Malaysia itu.

Shahanim melalui kenyataan media yang dikeluarkan petang semalam menjelaskan gesaan tersebut adalah tidak berasas. Ini kerana, menurut beliau pakatan cuba mengalihkan isu sebenar yang dibangkitkan sebelum ini.

“Ketika ucapan pengulungan baru-baru ini saya telah mencabar Nurul Izzah untuk berdebat dengan Puteri Umno. Namun sehingga kini cabaran tersebut tiada mendapat sebarang maklumbalas. Mungkin beliau segan dan takut dengan gelombang merah jambu.

“Ini adalah merupakan taktik murahan pakatan pembangkang bagi mengalihkan perhatian rakyat serta menutup kegagalan wakil-wakil rakyat mereka serta ketidakmampuan kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang dalam mengurus tadbir amanah dan tanggungjawab yang diberikan oleh rakyat sebelum ini” katanya.

Azziadi sebelum ini meminta agar Shahanim menarik kembali kenyataannya dan menuntut permohonan maaf secara terbuka atas dakwaan keterlanjuran kata-katanya yang mendakwa rakyat seolah-olah memikirkan perut sendiri berbanding isu menjelang pilihan raya umum.

Menurut Shahanim kenyataan beliau sebelum ini yang dikeluarkan oleh portal Malaysia Insider adalah merujuk kepada prestasi dan khidmat BN/UMNO dalam mendekati rakyat. Ini kerana ia akan menjadi satu petanda aras buat pengundi dalam memilih mereka yang benar-benar ikhlas untuk tampil membela nasib mereka.

“Rakyat Malaysia terutamanya pengundi sudah semakin bijak dalam membuat penilaian terutama dalam memilih calon dan parti yang akan dipertangungjawabkan untuk mewakili mereka. Antara faktornya ialah prestasi dan khidmat yang ditunjukan oleh wakil-wakil rakyat sebelum ini”.

“Saya berkeyakinan, mereka tidak lagi mudah diperdaya dengan ‘mainan’ dan sandiwara pakatan pembangkang  yang mencipta pelbagai isu semata-mata untuk mempengaruhi rakyat. Namun di masa yang sama gagal memberikan khidmat yang terbaik selaku wakil yang dipilih oleh rakyat” katanya lagi.

Selain dari itu, Shahanim menegaskan khidmat yang diberikan oleh BN/UMNO untuk turun ke padang berjumpa dan menyelesaikan masalah rakyat seperti banjir, tanah runtuh, kemalangan, masalah kebajikan dan sebagainya bakal dinilai oleh rakyat terutamanya pengundi.

“Berbeza dengan pendekatan pembangkang yang hanya mampu untuk berjanji bulan, bintang dan cakrawala kepada rakyat walaupun menguasai kerajan negeri Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor.

“Pendekatan ceramah yang mereka lakukan juga akhir-akhir ini dilihat kurang mendapat sambutan kerana kegagalan mereka dalam menyelesaikan masalah rakyat dan pengundi” tegasnya.

SEKUMPULAN ANAK MUDA TEKAD KELUAR PAS


Kuala Nerang – Kecewa dengan hala tuju dan perjuangan parti sekumpulan anak muda antara yang mengambil keputusan nekad dengan keluar dari pada Pas. Mereka merupakan antara 16 anggota Pas dari Kampung Genting Palas dan Bendang Hilir yang bangkit menyatakan pendirian untuk keluar parti dan menyertai Umno.

07 December 2012

PROVOKASI PEMBANGKANG PUNCA TERCETUS INSIDEN PERGADUHAN




Kuala Lumpur (SGB) – Ketua Pemuda Umno Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omardin di dalam sidang akhbarnya petang tadi menafikan dakwan yang dibuat oleh timbalan presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang mengatakan beliau mengetuai serangan terhadap ceramah Merdeka Rakyat malam tadi.

EZAM SARANKAN ANWAR BERHENTI MELALAK




Kuala Lumpur (SGB) – Kenyataan Ketua Pembangkang, Dato Sri Anwar Ibrahim yang sebelum ini mengkritik Perhimpunan Agung UMNO ke-66 yang diadakan baru-baru ini dibidas oleh Senator Ezam Mohd Nor. Bekas Ketua Angkatan Muda (AMK) PKR itu menyarankan agar Anwar berhenti dari melalak. Beliau turut menegaskan Anwar seharusnya malu kerana UMNO ketika ini jauh lebih baik berbanding ketika Anwar menjadi timbalan presiden.

ASRI PERLU LEBIH MATANG - DR FATHUL BARI


Kuala Lumpur (SGB) – Sejak kebelakangan ini, mantan mufti Perlis, Professor Madya Dato' Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dilihat sering ‘menyerang’ dan memberikan komentar yang berbaur sindiran terhadap Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu). Contohnya Dr Asri menyifatkan, pendapat Ilmu yang mengharamkan perhimpunan Bersih baru-baru ini mencerminkan kedangkalan Ulama Muda UMNO itu. 

PILIH CALON ATAU PILIH PARTI


UNUS Pro Omnibus, Omnes Pro Uno adalah frasa Latin yang membawa maksud "One for all, all for one" atau "Satu untuk semua, semua untuk satu". Slogan ini cukup terkenal di dalam cerita The Three Musketeers karya penulis Perancis, Alexandre Dumas.

MENILAI POLITIK 'BERKESEDUDUKAN' PAS


''ADAKAH nafsu untuk berkuasa mengatasi prinsip perjuangan? Adakah matlamat telah menghalalkan cara? Tidak mengapalah kalau tidak melibatkan orang lain, tetapi apa yang tragisnya, ia telah menjadi pesta fitnah, propaganda jahat dan pendustaan yang ditujukan kepada UMNO serta seluruh rakyat Malaysia.''

ISU-ISU AKHBAR CINA


UMNO berpeluang kekal sokongan
AKHBAR Nanyang Siang Pau bertarikh 1 Disember 2012 menyiarkan komen mengenai Perhimpunan Agung UMNO Ke-63 selama lima hari yang berakhir Sabtu lalu. Artikel bertajuk ‘Sebelum menyerang keluar terlebih dahulu perkemas dalaman’ yang merupakan pandangan pengarang akhbar berkenaan disiarkan dalam ruangan Pendapat Yuanlun halaman W3.

ISU AIR TENGELAMKAN PEMBANGKANG


TANGGUNGJAWAB utama kerajaan negeri kepada rakyat antaranya ialah menyediakan kemudahan asas. Sebagai makhluk yang bernyawa, tidak ada keperluan asas yang paling utama selain daripada air - unsur utama untuk kelangsungan hidup. Berdasarkan faktor ini, kegagalan kerajaan-kerajaan negeri tertentu menyediakan kemudahan air untuk dinikmati oleh rakyat masing-masing membuktikan betapa lemahnya kerajaan berkenaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...