13 January 2014

@IzaraAishah Pelakon Izara Aishah PEMBOHONG??



ADA yang mengadu pada Miss J tentang pelakon cantik Izara Aishah kononnya jarang muncul di majlis disebabkan tak dapat jemputan daripada mana-mana pihak. Dengar kata sebenarny bukan begitu!

Cerita yang sebetulnya kononnya Izara memang dapat banyak jemputan. Tapi khabarnya dia tak layan kalau penganjur yang menjemput hanya buat majlis bertaraf biasa-biasa saja!


Tumpuan utama Izara adalah majlis yang ada memberi token kalau dia menghadirinya. Hah, kalau jemputan macam itu dengarnya laju saja si Izara ini mengesahkan kehadiran.

Miss J tak tahu kebenaran cerita ini. Kena tanya dialah. Sebab Miss J sendiri tak berapa kenal peribadi Izara. Entah-entah orang yang buat cerita ini sengaja nak memburuk-burukkan dia.

Maklumlah Izara sekarang dah ada nama. Cantik dan bakat lakonannya boleh tahan juga hebat. Miss J pun suka tengok Izara, nak-nak bahagian matanya yang cantik itu. Cuma dengarnya bukan senang nak dapatkan Izara untuk fotografi.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...