Penulis blog Malaysia Today Raja Petra
Kamarudin mendakwa memiliki "fail rahsia" mengenai Timbalan Presiden
Parti Keadilan Rakyat Mohamed Azmin Ali ketika beliau masih berada dalam
kerajaan pada 1995. Dalam entri terkini bertajuk “MACC "Deep Throat" comes out of the closet"
30 May 2012
Harussani vs Nik Aziz : Antara Hujah dan Sikap
MUFTI Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ternyata
kecewa dengan pendekatan kepimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang
dianggap melampau kerana menolak muzakarah dengan UMNO. Hakikatnya, jika sesiapa yang mengkaji perjalanan politik Nik Abdul
Aziz sejak menjadi Menteri Besar Kelantan pada tahun 1990 dan
kemudiannya Mursyidul Am mereka pasti tidak akan terkejut dengan tingkah
laku dan pendekatan politik beliau.
Labels:
Eropah,
Harussani,
Islam,
Mufti Perak,
Mursyidul Am,
Muzakarrah,
Nik Aziz,
PAS,
Syurga,
Tahaluf,
UMNO
Anwar Si Kaki Penipu
SAYA tertarik dengan beberapa janji manis di
pentas yang diluahkan dengan bersungguh-sungguh oleh Datuk Seri Anwar
Ibrahim sewaktu berceramah di Pantai Dalam, Kuala Lumpur hujung minggu
lalu. Ramai antara kami ketawa dan tersenyum melihat telatahnya dan apa
yang diungkapkan serta ditambah dengan janji-janji baru.
24 May 2012
Ruginya Islam, Bila Melayu Berpecah
Ke mana
saya pergi untuk berceramah, saya lihat rumah ibadat bukan Islam tumbuh macam
kulat. Lebih menyakitkan lagi, jalan utama terpaksa dilencongkan kerana memberi
laluan kepada pembinaan rumah berhala. Apakah ini wajar? Berapa banyak lagi
rumah ibadat diperlukan sedangkan sedia ada sudah cecah 200,000 berbanding
surau, masjid dalam lingkungan 30,000. Semua ini
begitu jelas berlaku selepas Pilihan Raya Umum 12, 2008. Perpecahan umat Islam
mengakibatkan orang lain ambil kesempatan, menangguk di air keruh. Apa yang
belum ada, diada-adakan; sudah ada, ditambah dan diperbaharui.
Labels:
Bumiputera,
Cina,
Hak Istimewa,
IFC,
Inter Faith Commission,
Islam,
Kedah,
Melayu,
NGO,
Perkara 153,
Perlembagaan,
Persekutuan,
Vernakular
Pas, Umno dan filem Sangam
Pas dan Bollywood tidak boleh dicampur-adukkan. Justeru barang siapa
melakukannya juga maka nescaya para sahibul samahah ulamak muktabar
parti tersebut akan memfatwakan pihak terbabit sebagai lebih teruk
daripada Amanat Hadi. Terkenang saya zaman dulu tatkala hampir satu kampung orang menyanyikan lagu ‘Suku Suku’. Tapi ‘suku’ yang dimaksudkan itu bukanlah ‘suku’ sebagaimana dalam
amanat Ayah Chik, nama timang-timangan Datuk Seri Hadi Awang dalam
kalangan pengikutnya.
Labels:
Bombay,
Hadi Awang,
Malaysia,
Mumbai,
PAS,
Rusila,
Sangam,
Shammi Kapoor,
Terengganu,
UMNO
MUZAKARAH Perlu Focus perpaduan ummah
ISU muzakarah dan penyatuan antara dua parti
majoriti terbesar umat Islam iaitu UMNO dan Pas kembali bergema. Ia
bukan satu isu baru kerana sejak beberapa tahun kebelakangan ini
suara-suara untuk penyatuan kedua-dua parti ini lantang disuarakan oleh
pelbagai pihak merangkumi ahli akademik, pemimpin masyarakat di samping
ahli dan pemimpin parti masing-masing.
Puteri Gunung Ledang dan MUZAKARAH
GELI hati saya apabila membaca polemik muzakarah
UMNO-Pas. Pada pandangan saya eloklah UMNO lupakan saja jemputan
muzakarah ini kerana Pas sememangnya tidak ikhlas untuk bermuzakarah. Cuba renungkan cerita lagenda Puteri Gunung Ledang (PGL) di mana tuan
puteri meletakkan syarat-syarat yang pelik kepada Sultan Melaka, Sultan
Mahmud, untuk meminang beliau.
Labels:
DAP,
Muzakarah,
Nik Aziz,
Pakatan Rakyat,
PAS,
PGL,
Puteri Guynug Ledang,
Tok Guru,
UMNO
Kenyataan Media HALAU 1.0
Kita sedia maklum bahawa BERSIH 3.0 telah diadakan pada 28 April 2012 diakhiri dgn kekejaman dan keganasan.
19 May 2012
Fauzi Shaari bakal diANUgerahkan taraf Ostad???
Kecoh seketika bila juak-juak pembangkang, tak menang tangan untuk mempromosikan berita kemasukkan Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Fauzi Shaari ke dalam Pas. Sampai ada yang tergeliat tangan untuk memastikan berita tersebut mendapat liputan yang meluas dengan harapan dapat mempengaruhi pengundi terutama golongan muda dan atas pagar.
Labels:
Aishah,
Bob Lokman,
Fauzi Shaari,
Nuar Berahim,
Ostad,
PAS,
TARBIAH
Orang Melayu tak mengaku Melayu
Ada segelintir orang Melayu sudah malu mengaku diri mereka orang
Melayu. Sudah nampak orang Melayu yang inginkan sokongan bukan Melayu sanggup membuat pengakuan yang bangsa Melayu itu tidak penting. Tujuan mereka hanya satu, hanya mengharapkan sokongan politik.
Irene Fernandez Bingai, Kutuk Negara Sendiri
APA sahaja masalah pekerja asing, mungkin ada dalam kepala Pengarah Eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez. Dia tahu apa yang berlaku di rumah, kedai dan restoran yang mengambil
pembantu rumah Indonesia. Dia juga tahu akan nasib pekerja Bangladesh
di kilang atau premis lain.
Labels:
Bangladesh,
Indnesia,
Irene Fernandez,
Jakarta Post,
Malaysia,
Rela,
Tenaganita
Benarkah Pas parti Islam?
''DENGAN begitu ramai orang Islam dan tok guru
agama menyokong Pas, maka penggunaan perkataan Islam kepada parti oleh
pemimpin-pemimpin Pas sudah tidak dapat dibatalkan lagi. Jika percubaan
dibuat untuk membatalkan kelulusan yang diperolehi daripada penjajah,
Pas akan menjadikan perkara ini isu politik yang besar.
17 May 2012
Anwar Ibrahim dan teori konspirasi,
Oleh Zaini Hassan
SAYA terbaca satu rencana bertajuk The 30 greatest conspiracy
theories atau 30 teori konspirasi terbesar; yang diperkatakan orang di
dunia. Sungguh menarik cerita-cerita itu.
Malangnya cerita mengenai teori konspirasi Anwar Ibrahim, yang juga
menjadi terhebat di abad ini, di Malaysia – tidak tersenarai.
Labels:
Anwar,
Azizan,
Brother Anwar,
Konspirasi,
New York,
Pak Sheikh,
Saiful,
Saudara Anwar,
Telegraph,
UK,
World Trade Center,
WTC
Majlis Peguam pelantar politik?
TINDAK-tanduk kepimpinan Majlis Peguam Malaysia
mengenai isu Bersih 3.0 jelas menunjukkan ia gagal mewakili sebuah badan
profesional yang bebas dan objektif. Sebaliknya ia telah menjadikan
dirinya pelantar politik bagi kumpulan ahlinya yang menyokong penganjur
demonstrasi dan pakatan pembangkang yang merupakan dalang demonstrasi
tersebut.
Majlis Peguam jangan dayus
SEBELUM ini saya sememangnya sudah memandang
serong profesion guaman, bukan sahaja kerana kesan gambaran negatif
media malahan pengalaman apabila ahli keluarga dianiaya peguamnya
sendiri.
Mana pergi peguam Melayu ketika agama, bangsa diasak?
KE mana perginya peguam-peguam Melayu yang kita lahirkan sejak
Merdeka? Ke mana perginya mereka apabila Majlis Peguam yang tidak
sudah-sudah mempersendakan perundangan atas niat jahat meruntuhkan moral
dan akhlak Islam di Malaysia?
Labels:
Dasar Ekonomi Baru,
forum,
Hak Asasi,
Majlis Peguam,
Malaysia,
Melayu,
Merdeka,
PDRM
Peliharalah keamanan, hindari rosakkan negara
SAYA ingin membincangkan dan berkongsi pendapat mengenai Pilihan Raya
Umum ke-13 (PRU-13) yang semakin hampir. Pelbagai pihak memberi
pandangan serta komen mengenai tarikh PRU-13 itu. Namun tarikh sebenar
hanya akan diketahui apabila diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Tun Razak.
Isu-isu Surat Khabar Cina
TRANSFORM VS REFORM
AKHBAR Sinchew Daily bertarikh 14 Mei 2012 melalui ruangan Sudut Pendapatnya memaparkan tulisan Chang Yee Ler berkenaan perhimpunan UMNO Ke-66 dan program transformasi.
AKHBAR Sinchew Daily bertarikh 14 Mei 2012 melalui ruangan Sudut Pendapatnya memaparkan tulisan Chang Yee Ler berkenaan perhimpunan UMNO Ke-66 dan program transformasi.
Labels:
Chang Yee Ler,
China Press,
Cina,
Helang,
Melayu,
Merpati,
Najib,
Nanyang Siang Pau,
Nazri Aziz,
PRU,
Reform,
Sinchew Daily,
Surat Khabar,
Transform,
UMNO
Anwar ingin sertai UMNO tidak mengejutkan
PENDEDAHAN Senator Ezam Mohd. Noor bahawa Anwar Ibrahim pernah merayu
kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi agar membawanya masuk
ke dalam UMNO semula, menarik untuk diteliti tentang siapa Anwar
sebenarnya dalam perjudian politiknya ingin menjadi Perdana Menteri.
Labels:
Abdul Hadi,
Abdullah Badawi,
ABIM,
Anwar Ibrahim,
bersih,
DAP,
Ezam,
Kota Bahru,
Mahathir Mohamad,
Nik Aziz,
PAS,
Putera Jaya,
Syed Husin Ali,
UMNO,
Wan Azizah
Melayu tiada tempat dalam DAP
SEJARAH penyertaan orang Melayu atau pemimpin Melayu dalam DAP penuh
ranjau berduri. Kalau boleh dikaji senarai kepemimpinan Pusat parti itu,
orang Melayu dan Bumiputera yang membentuk hampir 67 peratus rakyat
hanya mempunyai dua wakil sahaja. Bumiputera Sabah dan Sarawak pula
langsung tidak diwakili.
Labels:
Betty Chew,
Bumiputera,
DAP,
DUN,
Guan Eng,
Kit Siang,
Lee Lam Thye,
Melayu,
pkr,
Sabah,
Sarawak,
Tungku Aziz,
Wee Chee Keong
Siapa Kata DAP Tak Korup?
TAWARAN jawatan kanan di Penang
Institute dengan elaun tahunan sebanyak RM 50,000 (dan faedah lain)
sebagai ganti tidak meletak jawatan dan kehilangan jawatan Senator
kepada bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Aziz adalah bukti jelas kekorupan
parti DAP ini.
Labels:
Agendadaily,
Bayan Mutiara,
BN,
DAP,
Hudud,
PAS,
Pulau Pinang,
The Star,
Tungku Aziz,
UMNO
Ahmad Maslan Urges The Few Malays In DAP To Quit Party
The resignation of DAP vice-chairman Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim proves that the Malays have no place in that opposition party, says Umno information chief Datuk Ahmad Maslan.
Tun Mahathir Believes Najib Can Do Better Than 2008
Tun Dr Mahathir Mohamed believes that the Barisan Nasional (BN) under
the leadership of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak could
probably do better in the upcoming 13th general election (GE) compared
to its achievements in 2008.
Bersih 3.0: Unit Amal Mengaku GAGAL
Rusuhan Bersih 3.0 pada 28 April
yang lalu telah memalitkan sejarah hitam buat negara. Namun portal dan blog-blog
pakatan dilihat semakin terdesak dan berhempas pulas untuk meyakinkan rakyat
dengan memberikan seribu satu alasan untuk ‘menghalalkan’ perbuatan tersebut.
Antaranya dengan menyalahkan kerajaan dan pihak polis sebagai pencetus kepada
rusuhan tersebut.
Labels:
ambiga,
Anwar Ibrahim,
bersih,
Juhari Osman,
PDRM,
Unit Amal
15 May 2012
Tindakan biaDAP penyokong BERSIH
Kebiadapan mereka dengan pelbagai provokasi seolah-olah tiada batasnya...
Ayuh dan bangkitlah rakyat Malaysia... Kecam perbuatan yang kurang ajar ini...
Ayuh dan bangkitlah rakyat Malaysia... Kecam perbuatan yang kurang ajar ini...
PENYOKONG BERSIH BIADAP DAN KURANG AJAR
Tindakan beberapa kerat
manusia yang dipercayai warganegara Malaysia menjerit-menjerit dan menganggu
ketika YAB Perdana Menteri menyampaikan ucapan pelancaran Rakan Barisan
Nasional (BN) UK semalam adalah merupakan satu tindakan yang sangat biadap dan
kurang ajar.
Labels:
Bersih 3.0,
Najib Tun Razak,
Perdana Menteri,
Rakan BN,
UK
Sila keluar Felda jika kutuk kerajaan
Mereka yang mengutuk kerajaan dicabar untuk keluar daripada tanah rancangan Felda kerana mereka tidak diperlukan di dalam kawasan tersebut.
Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Azalina Othman Said berkata, ramai
lagi masyarakat di luar yang mahu menjadi warga Felda menggantikan tempat
mereka yang tidak bertanggungjawab ini.
Pakatan Terdesak, Sanggup Tipu Fatwa Al-Qaradawi
Demi kerana kuasa, pasukan gerak
saraf pakatan sanggup melakukan apa sahaja. Terbaru satu poster telah dikesan
di Changlun, Kedah Darul Aman yang memaparkan ‘fatwa sonsang’ juak-juak pakatan
yang mengunakan nama Sheikh Dr
Yusuf Al-Qaradawi. Kenyataan
tersebut ditemui melalui kain rentang yang menyatakan ‘Barangsiapa Yang Mereka
Fitnah Liwat Keatas Anwar Ibrahim Adalah Munafik dan Barangsiapa Yang
Mempercayainya Adalah Fasik’
14 May 2012
SURAT TERBUKA BUAT ANWAR IBRAHIM
Ke hadapan Anwar Ibrahim,
Tahniah kerana telah berjaya menghasut orang kampung, pelajar universiti untuk menghuru-harakan negara serta memburuk-burukkan Malaysia ke mata dunia. Saya amat mengkagumi kehebatan anda menjual nama negara ke tahap yang lebih internasional dan sekaligus merendahkan maruah dan imej negara.
Melayu Yang Sering Terlena
Umum mengetahui Islam muncul di Semenanjung Arab pada kurun ke-7 masihi apabila Nabi Muhammad s.a.w. mendapat wahyu daripada Allah s.w.t. Selepas wafatnya Rasullullah s.a.w. kerajaan Islam telah berkembang pesat sejauh Lautan Atlantik di Barat dan Asia Tengah di Timur.
Tangisan Anak Merdeka
Tom & Jerry vs Umno & PAS
Itulah perumpaan yang agaknya sesuai untuk
diberikan kepada dua (2) parti politik terbesar umat Melayu di Malaysia
ini. Idea ini diambil dari mantan mufti Perlis, Professor Madya Dr.
Mohd Asri Zainul Abidin yang melabelkan parti ini seperti watak kartun
di dalam akaun Twitter beliau.
Antara Gerakan Rakyat Atau Boneka Asing
Acap kali sejarah membuktikan, mana-mana negara khususnya negara
Islam yang datangnya dari kelompok dunia ke-2 mahupun ke-3 cuba untuk
membangun dan keluar dari garis serta paras kemiskinan menuju ke taraf
negara maju pasti akan menjadi sasaran kuasa besar dunia yang akan
memulakan gerakan yang dinamakan gerakan rakyat. Ia kononnya akan
dipaksikan dengan gerakan rakyat yang akhirnya akan dinaungi oleh
pelbagai pertubuhan, baik politik mahupun NGO.
Dengan kehadiran dan kewujudan gerakan rakyat ini, maka mudahlah
untuk kuasa asing meletakkan orang pilihan mereka apabila kerajaan itu
ditumbangkan. Walaupun mungkin ada yang mengatakan ia hanya merupakan
teori semata-mata, namun mutakhir ini perkembangan dunia memperlihatkan
teori ini ada benarnya.
Contohnya, suatu ketika dahulu kuasa asing ini cuba memainkan peranan
untuk melemahkan blok pengaruh komunis di China dengan gerakan yang
sama melalui penglibatan pelajar. Namun kerajaan China pada masa itu
dilihat begitu pantas mengunakan pendekatan untuk ‘menghancurkan’
gerakan ini dalam peristiwa berdarah di Medan Tianemen. Yang mana ia
juga digerakan atas nama kebangkitan rakyat.
Hingga ada yang membuat kesimpulan bahawa rantau Timur Tengah yang
wujud pada hari ini dari segi struktur dan negaranya, bermodalkan
perancangan Barat. Dalam erti kata lain, mereka sebenarnya tidak
‘merdeka’ tetapi hanya merupakan boneka dan percaturan negara asing.
Sekiranya kita menelusuri sejarah, ketika Perang Dunia Pertama dan
sebelumnya, Barat telah membuat beberapa perancangan. Iaitu apa yang
dipanggil sebagai ‘surat-menyurat’ antara Hussein, penguasa Mekah pada
masa itu dengan Sir Henry McMahon, Pesurahjaya British di Mesir ketika
itu.
Dalam kandungan surat-menyurat itu, British menggalakkan orang Arab
supaya memberontak terhadap Daulah Uthmaniah dan mewujudkan
negara-negara Arab. Mereka menyemarakkan semangat kebangsaan Arab yang
mana negara Arab tidak sepatutnya diperintah oleh orang Turki tetapi
oleh orang Arab itu sendiri.
Sejarah telah membuktikan dengan jelas yang mana menunjukkan bahawa
British secara terang-terangan menyokong bangsa Arab supaya memberontak
dan akhirnya berlakunya Pemberontakan Arab pada tahun 1916.
Menerusi Pemberontakan Arab inilah lahirnya negara-negara seperti
Arab Saudi, Jordan, Kuwait, Qatar dan sebagainya. Apa yang jelas,
kewujudan negara-negara ini dibuat bagi menguatkan kuasa-kuasa Barat
kerana pemerintah negara-negara berkenaan sememangnya dipilih dari
golongan pro-Barat seperti keluarga Ibn Saud, al-Sabah dan al-Khalifah.
Golongan ini diletakkan sebagai khalifah yang boleh dikatakan
berdekad-dekad amat pro-Barat.
Yang terbaru konflik di rantau timur tengah juga dihambat dengan
pemberontakan rakyat hingga mengakibatkan beberapa negara mengalami
perubahan pemerintah, walaupun ada sebahagiannya yang masih dapat
bertahan. Antaranya demonstrasi di Mesir, Syria dan sebelum itu berlaku
di Bahrain. Bantahan juga berlaku di Arab Saudi dan negara-negara lain
tetapi dapat dibendung oleh kerajaan.
Semua perkara ini andai diteliti akan dilihat mempunyai persamaan
antara satu sama lain, sebagai contoh kira-kira dua tahun dahulu, saya
ada mengikuti perjumpaan Empower Malaysia dengan Caucus Ahli Parlimen
Wanita di bangunan Parlimen Malaysia. Ia bertujuan untuk menjemput MP
wanita untuk menghadiri majlis perasmian program anjuran mereka dengan
kerjasama Kedutaan US. Menurut makluman program yang diadakan itu
dirasmikan oleh Duta US ke Malaysia.
Dan seterusnya pada 2-4 Ogos 2011, Miss Farah Pandith wakil khas
kepada pentadbiran bekas presiden Bill Clinton telah mengadakan
perjumpaan tertutup di kediaman rasmi duta US dengan wakil-wakil NGO
yang berhaluan kiri.
Untuk makluman, Empower adalah merupakan pertubuhan NGO yang
bertujuan untuk meningkatkan penglibatan wanita berpolitik. Pengarah
Eksekutif kepada pertubuhan ini ialah Maria Chin Abdullah yang juga
merupakan salah seorang pengajur bersama untuk Bersih 2.0 dan 3.0.
Saya berkesempatan untuk berbual dengan salah seorang tenaga pengerak
pertubuhan ini yang mana menurutnya, mereka mendapat bantuan dana yang
diberikan secara terus oleh wakil dari kedutaan Amerika Syarikat untuk
mengerakkan aktiviti dan kos pengurusan mereka.
Gerakan Mahasiswa Didokong Fahaman Syiah?
Blog-blog pembangkang minggu ini dilihat begitu teruja untuk
memberikan sedikit tumpuan dan promosi kepada gerakan aktivis pelajar
dokongan mereka. Namun bukan kerana kehebatan gerakan mendapat keputusan
yang cemerlang dalam bidang pengajian masing-masing. Tetapi kerana
kejayaan pakatan pembangkang dalam mendoktrinkan ideologi untuk
didokongi golongan ini, agar bersama dalam misi pembangkang untuk
meletakkan Anwar Ibrahim di Putrajaya.
Labels:
Anwar Ibrahim,
Fathul Bari,
Khalid Ismath,
Putrajaya,
Shah Alam,
Syiah,
UiTM
Rasional Antara Mahasiswa dan Politik Negara
Sejak kebelakangan ini dilihat ramai golongan mahasiswa yang
begitu memberikan perhatian dalam isu politik tanahair. Tidak
ketinggalan juga segelintir dari mereka yang mengambil keputusan untuk
mendesak malahan ada yang telah ‘terjun’ untuk bersama-sama memainkan
peranan dalam pentas politk.
PM akan umum ‘Khabar Gembira’ Buat Golongan Muda
Rata-rata yang menghadiri program pelancaran ‘BN Pilihan Orang
Muda, peringkat Wilayah Persekutuan baru-baru ini di Pusat Latihan DBKL,
Bandar Tun Razak pasti mengakui dan dapat melihat betapa penuh dan
ramainya hadirian yang hadir. Di anggarkan sekitar 5000 – 7000 golongan
muda dari pelbagai latar belakang dan lapisan masyarakat hadir bagi
menyatakan sokongan terhadap BN yang dipimpin oleh YAB Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak.
Seawal jam 7.00 pagi, kelihatan anak-anak muda telah mula
berpusu-pusu membanjiri perkarangan pusat latihan DBKL bagi menghadiri
program pada pagi itu. Program yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana
Menteri, YAB Tan Sri Muhyidin Yasin itu dipenuhi dengan lautan biru para
hadirin yang begitu bersemangat bagi menyatakan sokongan mereka.
Rata-rata hadirin yang hadir ketika ditemui mengatakan imej,
ketrampilan, dasar dan transformasi kerajaan adalah antara sebab mereka
hadir bagi menzahirkan tanda sokongan ini. Dan majoriti yang ditemui
menegaskan faktor utama sokongan adalah disebabkan pendekatan PM yang
‘cool’ dengan golongan muda.
TPM ketika menyampaikan ucapan perasmian, mengatakan tidak berapa
lama lagi PM akan mengumumkan beberapa ‘khabar gembira’ yang melibatkan
golongan muda di negara ini. Ia secara tidak langsung akan membuktikan
betapa kerajaan BN begitu serius dalam memastikan golongan muda negara
terus diperkasakan.
Ini kerana kerajaan menyedari, lebih kurang 46% daripada penduduk
negara ini adalah tediri daripada golongan muda yang merupakan aset
penting dan pewaris dalam meneruskan kesinambungan pembangunan negara.
Banyak aktiviti dan program akan terus dirangka khusus untuk
memperkasakan program-program bina upaya bagi membentuk generasi muda
berintegriti, mapan, unggul, serta kental jiwa dan semangatnya.
Menyedari akan aspirasi serta harapan orang muda untuk negara,
kerajaan BN telah bergerak untuk memenuhi hasrat tersebut di mana ia
bukan sahaja melibatkan program-program pembangunan belia, malah
transformasi sosiopolitik dan ekonomi demi membentuk masa hadapan yang
lebih cerah.
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ketika menyampaikan titah
ketika seisi pembukaan penggal ke-5, Majlis Parlimen ke-12 yang lalu
juga turut mengingatkan rakyat agar yakin dengan kerajaan. Baginda juga
melahirkan keyakinan golongan muda negara akan tetap dan terus
bersama-sama memecah keringat serta berganding bahu dengan kerajaan
untuk melakukan perubahan demi memastikan segala impian masa muka
terlaksana.
Kepada golongan muda, seharusnya mengunakan segala ruang dan peluang
yang ada dengan bijaksana, bak kata pepatah, kalau tinggi di angkasa
jadilah garuda, kalau jatuh ke laut jadilah pulau. Usaha kerajaan dalam
memartabatkan golongan muda seharusnya di dokong dan dalam masa yang
sama berusaha untuk mencari peluang bagi mamajukan diri bagi memastikan
kelangsungan golongan muda sebagai pewaris negara.
SAMM Mula Sedar, Hanya Menjadi Alat Pakatan
Kekecewaan gerakan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) terhadap kepimpinan Anwar boleh di ibarat sebagai retak menanti belah. Walaupun pelbagai usaha telah dijalankan agar pepecahan ini tidak sampai ke pengetahuan umum, namun semua usaha itu langsung tidak membuahkan sebarang hasil.
Rata-rata pemerhati politik mengetahui, SAMM adalah merupakan platform politik ciptaan Badrul Hisyam Shaharin (CheguBard) konon bertujuan untuk mewujudkan gerakan anak muda terutama golongan mahasiswa. Usaha yang dilakukan ini semata-mata untuk menarik perhatian Anwar Ibrahim agar memilih dirinya untuk diletakkan sebagai calon PKR dalan PRU-13 nanti.
Ini kerana dia mengetahui, tanpa gerakan tersebut adalah mustahil untuk dirinya melepasi sokongan jaringan kumpulan terbesar PKR yang diketui oleh Azmin Ali. Dan paling ditakutinya ialah terdapat percubaan demi percubaan untuk membunuh karier politiknya di Rembau. Gerakan yang dimaksud bukan dari parti BN/UMNO tetapi dikalangan pimpinan PKR sendiri yang merasaikan kehadiran Chegu Bard merupakan lialibiliti pada parti.
Kemelut bermula apabila CheguBard merasakan terdapat aturan untuk memastikan dirinya dipinggirkan dari kerusi Ketua Cabang PKR Rembau. Ia diburukkan lagi dengan percaturan ‘tangan-tangan ajaib’ yang menyikirkannya dari terus memegang jawatan sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR.
Kemuncaknya, apabila kenyataan dan tindakan yang dikeluarkannya dilihat seolah-olah cuba untuk melancarkan perang terhadap kepimpinan PKR terutamanya Azmin Ali dan Shamsul Iskandar Md. Akin. Sehingga cakap-cakap politik mengatakan, dia telah membuat keputusan untuk keluar dari PKR. Dan ia amat mengecewakan para penyokongnya, maka ketetapan telah dibuat untuk menubuhkan platform NGO. Ia semata-mata bertujuan untuk mewujudkan gerakan mahasisiwa dan anak muda agar penglibatanya di peringkat nasional dapat dilihat.
Namun segala usaha dan penat lelah tersebut langsung tidak dihargai oleh Anwar Ibrahim dan Azmin Ali. Mereka masih merasakan Chegu Bard dan gerakan SAMM adalah merupakan pengacau di dalam gerakan dan kumpulan Azmin Ali. CheguBard dan SAMM dilihat hanya berniat untuk menghapuskan peranan dan populariti Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang diketui oleh Shamsul Iskandar.
Sebagai contoh, lihat sahaja artikel yang keluarkan oleh blog pro-pembangkang yang mengkritik secara terbuka kegagalan Chegu Bard dalam mengerakkan anak muda untuk himpunan ‘pemanas badan’. Walaupun pada mulanya pihak penganjur mensasarkan kehadiran seramai 10,000 ribu orang, namun malangnya program tersebut hanya dihadiri sekitar 500 orang sahaja.
Terbaru, sila rujuk kenyataan Safwan Anang, Pengerusi SAMM yang melahirkan rasa kekecewaan apabila gerakan mereka seolah-olah tidak disambut dengan sewajarnya oleh pakatan pembangkang khususnya pimpinan PKR. Ramai juga diantara mereka sudah mula, merasa jauh hati dan bosan serta tidak ketinggalan ada juga yang telah mula pulang ke rumah masing-masing. Akhirnya mereka sedar perjuangan mereka hanyalah sia-sia. Ternyata mereka telah mula sedar enggan untuk terus dipergunakan atau dalam bahasa muda terus dijadikan kuda tunggangan dalam merealisasikan impian dan nafsu serakah Anwar untuk menduduki kerusi di Putrajaya.
Apa yang diharapkan, semoga selepas ini makin ramai lagi di kalangan mereka yang dibukakan hati untuk berfikir secara matang dan waras dalam membuat keputusan.
PTPTN : Pembangkang Yang Hipokrit
Isu segelintir kecil golongan
pelajar yang mahu mendesak kerajaan untuk memansuhkan Perbadanan Tabung
Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah merupakan satu lagi sandiwara
dan drama terbaru arahan pakatan pembangkang. Ini disebabkan kerana
mereka sedang berusaha untuk mencipta pelbagai momentum untuk menipu dan
menagih simpati rakyat.
Ini kerana mereka sedar sejak
kebelakangan ini sokongan rakyat telah kembali kepada kerajaan. Imej
‘cool’ PM serta pendekatan yang digunakan untuk mendekati golongan muda
tenyata mula diterima golongan generasi X dan Y. Ini ditambah dengan
pelbagai program transformasi yang diperkenalkan oleh kerajaan telah
mula dirasai oleh majoriti besar rakyat.
Perkembangan itu ternyata tidak
disenangi oleh pakatan pembangkang, oleh itu seribu satu isu dicipta dan
terbaru mendokongi gerakan pelajar untuk bangkit menolak dan menentang
kerajaan.
Natijahnya Dataran Merdeka yang
merupakan ikon pelancongan negara untuk para pengunjung baik dari dalam
mahupun luar negeri tercemar dengan kebiadapan segelintir kecil golongan
pelajar yang menjadi alat pembangkang. Ini kerana himpunan yang mereka
adakan baru-baru ini gagal mendapat sambutan majoriti mahasiswa.
Retoriknya seperti kebiasanya isu yang
disuara itu ‘disambut’ oleh pakatan pembangkang bagi mewujudkan persepsi
mereka bersama-sama menyokong isu untuk memansuhkan PTPTN ini.
Sedangankan mereka jugalah sebelum ini yang menajdi dalang agar gerakan
ini dihidupkan oleh pelajar-pelajar tersebut.
Namun begitu, apabila dilakukan semakan
ternyata Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng adalah merupakan antara mereka
yang menyokong penuh usaha untuk menubuhkan PTPTN ini apabila akta ini
dibentangkan di parlimen pada tahun 1997. Kenyataan ini diperolehi
ketika penelitian dilakukan melalui rekod Penyata Rasmi Parlimen.
Berikut adalah petikan ucapan mereka ketika membahaskan akta ini pada 14 May 1997
Berikut adalah Penyata Rasmi lengkap pada hari tersebut untuk rujukan semua. Penyata Rasmi Parlimen 14/05/1997
Seterusnya, kenyataan yang dibuat oleh
Anwar Ibrahim, untuk memansuhkan PTPTN sekiranya berjaya merampas
kerajaan atas alasan ia adalah merupakan akta yang zalim. Namun
persoalannya mengapa ketika akta ini dibentang dulu, Anwar selaku
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan tidak membantah?
Sedangkan yang memberikan kelulusan
kepada PTPTN untuk memulakan operasi ialah Anwar Ibrahim selaku Menteri
Kewangan dan yang paling penting pada ketika itu merupakan pemangku
kepada jawatan Perdana Menteri.
Kesimpulannya inilah wajah-wajah sebenar
pembangkang, yang cuba menipu rakyat dengan pelbagai janji manis namun
dimasa yang sama mempunyai pelbagai imej dan personaliti.
Labels:
Dataran Merdeka,
Lim Guan Eng,
Lim KIt Siang,
MP Tanjong,
PM,
PTPTN
Masih Relevankah Bersih 3.0
Pada pembaca yang meminati melayari blog-blog tulisan pakatan
pembangkang, pasti melihat betapa terdesaknya mereka untuk mempromosikan
himpunan Bersih 3.0. Baik dari segi tulisan, kenyataan dan tidak
ketinggalan dengan mengadakan pelbagai himpunan lain sebagai ‘pemanas
badan’. Yang peliknya, mengapakah pakatan pembangkang seolah-olah panik,
dengan penganjuran kali ini.
Bukankah sebelum ini, mereka boleh dilihat sebagai ‘juara’ untuk
mengerakkan rakyat berdemostrasi. Tetapi himpunan kali dilihat begitu
penting untuk pakatan untuk memastikan nyawa dan ideologi mereka
diterima rakyat.
Sekiranya sebelum ini, Anwar tegas mengatakan Bersih adalah merupakan
agenda NGO yang membawa isu negara dan bukannya untuk kepentingan
politik. Namun untuk penganjuran kali ini, tanpa berselindung mereka
terpaksa mengakuinya secara terbuka dalam memastikan ia mendapat
sambutan ramai.
Hasil penelitian yang dilakukan, ramai pemimpin pakatan terutama
Anwar berasa gusar sekiranya himpunan pada kali ini tidak mendapat
sambutan seperti yang dirancang. Ini kerana pemerhati politik dan umum
mengakui imej dan pendekatan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak berada pada tahap yang memberangsangkan. Majoriti rakyat terutama
golongan belia begitu menyenangi dan menerima imej dan ketokohan PM.
Berbanding dengan imej Anwar Ibrahim yang mula diragui dan
diperkatakan dan perkembangan amat meresahkan pakatan dan juak-juaknya.
Contohnya himpunan 901, mansuh PTPTN dan sebagaianya tidak mendapat
sambutan yang mengalakkan. Sedikit demi sedikit rakyat sudah mula dapat
menilai di tambah dengan prestasi yang ditunjukkan pakatan di
negeri-negeri yang diperintah mereka tidak seperti yang dijanjikan
sebelum ini.
Kelemahan demi kelemahan juga telah dibongkar untuk pengetahuan umum
bagi membolehkan rakyat menilainya secara keseluruhan. Yang terbaru
pepecahan yang berlaku di kalangan pimpinan pakatan pembangkang juga
dilihat umpana ‘retak menanti belah’ lantaran tamak dan rakus kepada
kuasa yang ada.
Berbalik kepada isu himpunan Bersih 3.0 yang dirancang oleh
pembangkang ini, ia dilihat sebagi faktor penentu kepada Anwar Ibrahim
dalam merealisasikan impiannya untuk menduduki kerusi di Putrajaya.
Kegagalan untuk menarik penglibatan rakyat bagi menyertai himpunan
tersebut seperti himpunan sebelum ini bakal menyebabkan Anwar sekali
lagi berputih mata. Maka seluruh gerakan dan jentera telah diarahkan
untuk memujuk dan menyebarkan propraganda agar rakyat terutama anak muda
dan belia bersimpati dan seterusnya bersam-sama menjayakan politik
jalanan yang digerakkan oleh Anwar Ibrahim.
Namun penelitian yang dilakukan, memperlihatkan rakyat sudah mula
muak dan bosan dengan retorik dan sandiwara yang dimainkan oleh Anwar
dan pimpinannya. Keputusan kerajaan dalam penubuhan Jawatankuasa
Penambahbaikan Perjalanan Pilihanraya serta cadangan-cadangan yang
dikemukakan memperlihatkan keikhlasan dan usaha kerajaan dalam
memastikan perjalanan pilihanraya yang adil lagi terjamin buat negara
ini.
Labels:
Anwar Ibrahim,
Bersih 3.0,
Pembangkang,
Perdana Menteri,
PM,
PTPTN
SPR Dan Bersih : Antara Drama dan Sandiwara Pembangkang
Satu sesi penerangan dan taklimat telah diadakan oleh pihak
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) di parlimen tengah hari semalam. Taklimat
yang disampaikan kepada semua ahli parlimen adalah bertujuan untuk
memberi penjelasan berkenaan semua isu-isu yang dibangkitkan oleh
ahli-ahli dewan rakyat berkenaan SPR ketika seisi perbahasan yang lalu
serta masalah berbangkit yang sering ditimbulkan.
Sejurus selepas dewan rakyat berhenti rehat pada jam 1.00 tengahari, semua ahli-ahli dewan rakyat dijemput untuk menghadiri jamuan makan yang disediakan oleh pihak SPR sebelum memulakan seisi taklimat. Program pada petang dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan diikuti dengan taklimat.
Persoalan pertama ialah berkenaan bilangan kehadiran ahli pembangkang yang tak sampai 10 orang. Sedangkan mereka selama ini menjerit dengan pelbagai tohmahan kononnya SPR tidak mahu berjumpa dengan wakil-wakil dari pembangkang, agen BN, pengundi hantu dan sebagainya. Antara MP pembangkang yang hadir ialah Nurul Izzah (Lembah Pantai), Manogaran (Teluk Intan), Siti Mariah (Kota Raja), Siti Zailah (Rantau Panjang), R.Sivarasa (Subang), Fuziah Salleh (Kuantan).
Sepanjang sesi taklimat tersebut, langsung tiada isu berkenaan ‘pengundi hantu’ yang dibangkitkan MP pembangkang. Seolah-olah isu itu langsung tidak penting, sedangkan sebelum ini mereka sering menyalak di pentas-pentas ceramah dan jalanan dengan membangkitkan isu ini. Persoalannya mengapakah isu ini tidak dibangkitkan? Ternyata ia hanyalah merupakan retorik dan lakonan sandiwara mereka sahaja.
Seterusnya salah seorang wakil pembangkang membangkitkan persoalan kononnya pendaftaran pengundi yang dibuat oleh wakil politik terutama dari pembangkang sengaja dilambatkan. Sedangkan menurut SPR proses pendaftaraan pengundi baru kebiasaanya mengambil masa sekitar 3 bulan dan kumpulan yang paling ramai mendaftarkan pengundi baru yang telah diluluskan terdiri daripada parti-parti politik terutamanya pembangkang sekaligus mematikan hujah mereka itu.
Isu seterusnya yang dibangkitkan ialah berkenaan bilangan pengundi golongan ‘warga emas’ (85 tahun dan keatas) yang masih di dalam senarai SPR, sedangkan menurut kajian yang dilakukan oleh pembangkang, kononnya rata-rata mereka ini sudah tidak dapat dikesan dan ada yang telah meninggal dunia. Namun penjelasan yang diberikan ialah, pihak SPR tidak mempunyai sebarang kuasa untuk memadamkan rekod-rekod pengundi yang tidak dapat dikesan. Kerana menurut data di JPN tiada sebarang bukti atau rekod kematian untuk mengesahkan. Pembangkang yang sering membawa isu ini juga ternyata gagal mengemukakan sebarang bukti untuk menyokong dakwaan tersebut.
Dan menurut SPR lagi, sekiranya SPR mengambil pendekatan memadamkan nama-nama tersebut, pembangkanglah yang pertama sekali yang akan menyalahkan SPR sekiranya mereka yang dipadamkan itu muncul pada hari pengundian. Dan terbaru, menurut rekod, terdapat juga sebilangan mereka yang kononnya telah meninggal dunia seperti yang didakwa pembangkang ini hadir ketika majlis penyerahan bantuan rakyat 1Malaysia (BR1M) baru-baru ini. Oleh yang demikian pertuduhan yang dikemukan oleh pembangkang ini ternyata hanya merupakan sangkaan jahat semata-mata untuk merosakkan imej SPR.
Walaupun diasak dengan bertalu-talu oleh pembangkang, ternyata SPR begitu professional ketika memberikan jawapan atas setiap persoalan yang diajukan. Dan ternyata semua isu yang dibangkitkan oleh mereka hanya semata-mata mahu menagih simpati rakyat. Sedangkan sekiranya difikirkan secara rasional, andai benar SPR tidak telus dan adil dalam tugasnya, mana mungkin pembangkang berjaya merampas 4 buah negeri dalam PRU-12.
Ternyata usaha dan niat baik SPR itu langsung tidak dihargai oleh pihak pembangkang. Keadaan pada mulanya berjalan dalam suasana yang penuh tertib dengan setiap ahli yang tidak berpuas hati melontarkan pelbagai persoalan dan dijawab oleh pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. Namun suasana mula kecoh apabila Sivarasa mula menunjukkan sifat provokasi dengan pelbagai soalan yang tak masuk akal.
Reaksi tersebut ternyata tidak disenangi oleh beberapa MP dari BN dan ketika MP dari Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar bertanyakan soalan kedengaran beberapa MP pembangkang memberikan reaksi yang negatif dan menganggu majlis yang diadakan. Dan keadaan menjadi semakin kecoh apabila Sivarasa memberikan kenyataan yang berupa ugutan dengan mengatakan ‘kita ajar dengan Bersih’.
Ia menimbulkan kemarahan MP BN kerana semua persoalan yang dibangkitkan hanyalah merupakan lakonan semata-mata untuk mengadakan himpunan haram yang menyusahkan rakyat walaupun semua persoalan meraka telah dijawab oleh SPR.
Bagi menghormati sidang dewan yang akan disambung semula serta membolehkan ahli-ahli dewan kembali bersidang, Pengerusi SPR cuba memberikan jawapan sepadat dan seringkas mungkin.
Namun Fuziah Salleh (PKR-Kuantan) cuba mencuri masa dengan mengajukan persoalan demi persoalan, sehingga menimbulkan rungutan di kalangan ahli dewan yang lain. Ini kerana sekiranya Fuziah mempunyai banyak persoalan yang ingin diajukan, dia seharusnya lebih berdisiplin dengan datang mengikut masa yang ditetapkan dan bukanya datang apabila program tinggal 15 minit sebelum tamat. Itulah wajah-wajah sebenar pembangkang, kononnya berjuang atas nama rakyat namun di masa yang sama mempunyai pelbagai wajah semata-mata hanya untuk memenuhi nafsu Anwar Ibrahim untuk berkuasa di Putrajaya.
Berikut adalah rakaman video pendek yang sempat dirakam ketika berlangsungnya progam taklimat tersebut.

PTPTN : Anwar Ibrahim Bapa Hipokrit
Sesi perbahasan Dewan Rakyat pada semalam sedikit hangat, apabila YB Datuk Ibrahim Ali melabelkan Anwar Ibrahim sebagai Bapa Hipokrit ketika membahaskan usul Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012. Ia di ikuti pula dengan YB Datuk Zulkifli Nordin (Kulim Bandar Baru) yang melabelkan Anwar sebagai ‘selected amnesia’ (penyakit hilang ingatan yang terpilih).
Ini kerana menurut mereka, semenjak dibuang dari kabinet Anwar sering terlupa atau hilang ingatan dengan tindakan-tindakan yang dilakukan olehnya ketika bersama kerajaan suatu ketika dahulu. Menurut mereka lagi, Anwar Ibrahim adalah merupakan orang yang bertanggungjawab berkenaan isu PTPTN yang digembar-gemburkan oleh mahasiswa dokongan pembangkang ini.
Ini kerana, isu ini adalah merupakan sebagai daripada hasil ‘air tangan’ Anwar yang telah diluluskannya ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan suatu ketika dahulu.
Namun apabila ‘dibuang’ dari kabinet, dia seolah-olah lupa dan cuba mengekploitasikan gerakan pelajar dan menghasut mereka untuk bangun menentang kerajaan. Semua ini dilakukan semata-mata kerana kemaruk dan gila kuasa untuk ke Putrajaya. Sedangkan pada ketika ini, mereka-mereka ini sepatutnya menumpukan perhatian yang serius kepada pelajaran.
Hasilnya satu himpunan telah dilakukan pada Sabtu lepas, oleh golongan pelajar dokongan Anwar dan kuncu-kuncunya untuk mendesak kerajaan agar memansuhkan PTPTN dengan memberikan taraf pendidikan percuma kepada golongan mahasiswa di negara ini. Namun begitu, himpunan tersebut di anggap GAGAL kerana tidak mendapat sokongan pelajar secara keseluruhan. Ini kerana himpunan tersebut hanya mampu mengumpulkan sekitar 300 orang.
Yang menjadi persoalannya, andainya benar Anwar berhasrat untuk memberikan pendidikan percuma kepada pelajar mengapakah polisi ini tidak digunapakai di negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan seperti di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan? Atau setidak-tidaknya memberikan tajaan biasiswa penuh kepada seluruh anak-anak negeri di bawah Pakatan yang melanjutkan pelajaran. Baik di institusi pengajian awam mahupun swasta, sama ada di dalam ataupun luar negera.
Namun perkara sedemikian tidak terjadi, ini kerana Anwar sedar ia merupakan satu beban kepada kerajaan. Tambahan pula polisi yang dicadangkan ini langsung tidak masuk akal sama sekali serta tiada rasionalnya. Isu yang dimainkan ini hanyalah merupakan satu lagi retorik Anwar untuk mewujudkan sentimen kebencian di kalangan pelajar kepada kerajaan agar gerakan ini mampu untuk meruntuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat melalui sistem demokrasi seperti yang pernah terjadi di Indonesia dan ‘gerakan arab spring’ suatu ketika dahulu.
Namun PTPTN bukanlah merupakan satu polisi yang zalim dan kejam seperti yang diwar-warkan oleh pembangkang. PTPTN adalah merupakan Skim Pembiayaan Pendidikan yang diwujudkan bertujuan untuk memberi pembiayaan pinjaman pendidikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi. Pembiayaan ini akan membolehkan pelajar membiayai sepenuh atau sebahagian yuran pengajian dan juga kos sara hidup di sepanjang tempoh pengajian mereka di IPT. Sekaligus, skim ini membuka lebih banyak peluang kepada semua golongan pelajar untuk melanjutkan pelajaran di peringkat pendidikan tinggi.
Kemudahan pembiayaan ini juga merupakan serampang dua mata kepada golongan pelajar untuk memberikan tumpuan yang khusus kepada pelajaran. Ini kerana kepada mereka-mereka yang berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang membolehkan pembiayaan ini ditukarkan kepada biasiswa. Secara tidak langsung mampu melahirkan golongan belia negara yang mempunyai daya saing dalam menuntut ilmu.
Rata-rata bekas mahasiswa yang ditemui juga mengatakan, walaupun terpaksa membayar balik pinjaman yang diberikan beserta dengan faedah, namun ia dilihat tidak membebankan bagi mereka. Ini kerana golongan bekas pelajar diberi masa sehingga 6 bulan selepas tamat pengajian untuk membayar semula pembiayaan pendidikan. Malah ada juga mereka-mereka yang hanya membayar serendah RM150-300 sebulan
Apabila YB PR menjadi kurang matang
Seisi Dewan awal minggu ini kecoh dan gamat apabila mereka yang
bergelar Yang Berhormat dari pakatan berkelakuan seperti ‘Beruk Sarkis
Terkena Belacan’. Insiden ini disebabkan apabila Dewan Rakyat membuat
keputusan untuk membentangkan laporan yang diputuskan oleh ‘Jawatankuasa Pilihanraya Khas Berhubung Dengan Penambahbaikkan Proses Pilihanraya’.
Jawatankuasa yang ditubuhkan pada 3 Oktober 2011 ini antara lainnya bertujuan untuk mengkaji perkara-perkara bagi memperkukuhkan fungsi SPR dalam menambahbaikkan proses pilihanraya negara agar bergerak dengan bebas dan adil. Hasil penubuhan Jawatankuasa ini seramai 9 orang ahli Dewan Rakyat telah dipilih untuk mengangotai Jawatankuasa ini yang mana terdiri daripada 5 orang (BN), 3 orang (PR) dan 1 orang (Bebas).
Hasil penubuhan Jawatankuasa ini, pada 1 Disember 2011 satu laporan Interim telah dibentang di dalam Dewan Rakyat, sebanyak 13 mesyuarat telah diadakan dengan 6 pendengaran awam, serta mengadakan pertemuan dengan 106 orang yang terdiri daripada mereka yang terbabit secara langsung dengan proses pilihanraya. Serta tidak ketinggalan mengadakan 1 lawatan kerja ke Eropah bagi menilai dan menyemak proses pilihanraya yang dilakukan oleh negara luar.
Akhirnya Jawatankuasa yang dibentuk ini telah mengemukan 22 syor utama yang dibentangkan sebagai laporan akhir untuk dibahaskan di dalam dewan serta meluluskan syor dan cadangan yang dibentangkan itu dengan mengambil kira beberapa faktor:
Namun segala usaha itu cuba digagalkan oleh pembangkang apabila Speaker Dewan Rakyat memutuskan untuk membentangkan laporan tersebut kepada ahli dewan untuk dibahaskan. Sejurus selepas YB Datuk Seri Dr Maximus Ongkili selaku pengerusi kepada Jawatankuasa membentangkan laporan tersebut, dewan mula kecoh dan sedikit tidak terkawal apabila Speaker diasak dengan pelbagai soalan. Persoalan demi persoalan mula dibangkitkan oleh Azmin Ali (Gombak) Sivarasa (Subang), Dr Hatta Ramli (Kuala Krai) dan Loke Siew Fook (Rasah).
Tan Sri Pandikar Amin selaku Speaker yang mempengerusikan perbahasan dewan ternyata amat bersabar dengan segala kerenah pembangkang dan mengambil sikap ‘tidak memihak’. Segala persoalan yang dikemukan di jawab dengan teliti bagi memastikan perjalanan persidangan pada hari itu berjalan dengan penuh tertib mengikut peraturan mesyuarat Sidang Dewan Rakyat. Antara hujah beliau, sebarang ketidakpuasan hati yang dibangkitkan oleh wakil-wakil dari pembangkang boleh dibangkitkan ketika membahaskan usul laporan tersebut. Dan sekiranya masih tidak dapat menerima, maka saluran yang terbaik ialah mengemukan usul bantahan agar dipertimbangkan oleh dewan.
Namun pembangkang dilihat dengan sengaja berniat untuk membuat kacau dengan mengemukan perlbagai ‘persoalan yang merepek’ dan tidak masuk akal serta berulang kali bertanyakan isu yang sama, walaupun persoalan itu telah dijawab. Speaker terpaksa mengambil masa sekitar 45 minit untuk menerangkan segala isu yang berbangkit sebelum menangguhkan seisi perbahasan untuk memberi masa kepada ahli dewan berehat untuk makan tengahari dan solat Zohor.
Tepat jam 2.30 petang, dewan kembali kecoh dan riuh dengan jerit pekik ahli dewan dari PR sebagai satu usaha untuk melengahkan aturcara perjalanan mesyuarat. Etika yang ditunjukkan langsung tidak menghormati dewan yang mulia itu sebagai satu badan tertinggi dalam sistem politik negara serta tidak mencerminkan langsung tahap kredibiliti dan intergriti yang tinggi sebagai Yang Berhormat.
Mereka dilihat dengan sengaja cuba mencabar Speaker dengan tindakan tanduk yang kurang ajar dan tidak sopan. Kekacauan dilihat semakin memuncak apabila Anwar Ibrahim melangkah masuk ke dalam dewan. Pada satu ketika Azmin Ali dilihat menengking Speaker dengan perkataan yang tidak sopan dan kasar dan diikuti dengan tindakan Azan Ismail (Indera Mahkota) yang dilhat berulang kali menghempaskan laporan jawatankuasa keatas meja dewan.
Tindakan mereka-mereka ini dilihat cuba untuk menarik perhatian Anwar Ibrahim kerana ia semakin menjadi-jadi sejurus selepas kehadiran Anwar. Seolah-olah bagi menyampaikan mesej kepada Anwar agar mengambil kira pengorbanan mereka ini yang bertindak sebagai beruk sarkis untuk dicalonkan semula di dalam PRU13.
Kemuncak dari perbuatan ini, Speaker telah mengarahkan Azmin Ali, Sivarasa dan Dzulkefly Ahmad untuk keluar dari dewan kerana berulang kali cuba menganggu aturan urusan mesyuarat dewan. Sejurus selepas membacakan keputusan itu, kesemua ahli dewan dari PR dilihat berdiri sambil menjerit-jerit ‘leave the chair’ dan ‘shame on you’ kononnya sebagai tanda bantahan dan tidak berpuas hati dengan keputusan itu.
Datuk Bung Mokhtar (Kinabatangan) ketika cuba membahaskan laporan ini acap kali diganggu sehingga menyebabkan perbahasannya terhenti beberapa kali. Suaranya juga hampir tidak kedengaran ekoran dari jerit pekik pembangkang yang diketuai oleh Anwar Ibrahim dan saling tak ubah seperti di dalam sarkis dan zoo.
Ekoran kekecohan itu, satu usul telah dibawa, agar dewan membuatkan ketetapan agar laporan jawatankuasa tersebut diterima tanpa bahas. Setelah membacakan usul itu, semua penyokong BN bersetuju agar laporan tersebut diterima sepenuhnya, dan Speaker dewan terpaksa memutuskan untuk menerima laporan tersebut tanpa bahas sebelum dewan ditangguhkan pada keesokkan harinya.

- Kepentingan awam;
- Perlu disegerakan;
- Boleh dilaksanakan pihak-pihak tertentu dalam jangka masa pendek atau panjang; dan
- Berbentuk ‘transformasi’ – penambahbaikan yang membawa perubahan ketara kepada sistem yang sedia ada.

Chua Jui Meng Pengkhianat Negara
Tidak berapa lama dahulu ramai
terkejut dengan kenyataan Anwar Ibrahim yang menyokong penubuhan negara Israel.
Ramai yang tertanya-tanya adakah ia dilakukan secara tidak sengaja atau Anwar
sudah hilang hilang akal. Namun rata-rata penganalisa politik mengetahui maksud
tersurat di sebalik kenyataan itu dimana dia mengharapkan sokongan dan dana
politik bagi menghadapi PRU13. Dengan cara itu akan mungkin akan memberikannya jalan
pintas untuk menduduki kerusi empuk di Putrajaya. Ini kerana umum mengetahui
akan cita-cita Anwar untuk merampas Putrajaya walau dengan apa cara sekali pun.
Namun apa yang ingin
dikatakan sekarang bukanlah berkenaan perihal dan cita-cita Anwar. Tapi lebih
kepada pendedahan berkenaan gerakan dan modus operandi yang hampir sama dilakukan
oleh juak-juaknya.
Tidak berapa lama dahulu,
YAB Perdana Menteri telah mengumumkan untuk membangunkan Hub Penapisan Minyak
dan Petrokimia (RAPID) Petronas yang terbesar dan termoden di rantau ini.
Projek yang akan dibangunkan dengan kerjasama kerajaan negeri Johor itu
dianggarkan bernilai hampir RM 60 billion dan merupakan program pembangunan
yang diletakkan di bawah Pelan Transformasi Ekonomi (ETP).
Namun begitu, seperti
kelazimannya apa sahaja projek pembangunan yang dibangunkan oleh kerajaan BN
akan mula dicemuh oleh pembangkang. Baru-baru ini Naib Presiden Keadilan yang
juga merupakan Ketua Keadilan Johor, Dr Chua Jui Meng telah mengeluarkan satu
kenyataan yang amat dangkal lagi bodoh dengan mengatakan projek tersebut merupakan
kilang radioaktif akan akan membawa kesan pencemaran.
Akhabr Sinar Harian (Edisi
Johor) melaporkan kenyataannya yang mengatakan bahawa dengan kehadiran projek
ini ramai orang akan menghidapi lelah dan penyakit khususnya kanak-kanak dan
orang tua yang akan hilang imuniti. Kenyataan bekas Menteri Kesihatan itu yang
dilihat terburu-buru serta amat tidak selari dengan taraf pendidikan yang
disandangnya. Rujuk Dialog PKR Tegang
Walaupun pada mulanya,
kenyataan ini hanya dilihat sebagai kenyataan yang biasa dari pembangkang,
namun menurut maklumat yang diterima ia bukan hanya sekadar kenyataan. Tapi mempunyai
maksud yang jauh lebih besar dan tersirat. Ini kerana setelah dikaji secara
menyeluruh, impak dari pembangunan ini dilihat akan mampu menjejaskan Singapura
secara langsung dan tidak langsung. Ini kerana Singapura juga mempunyai hub
penapisan dan simpanan minyak yang hampir sama dengan projek pembangunan ini.
Sila rujuk kenyataan sinis
Lee Kuan Yew ketika seisi dialog tidak berapa lama dahulu, apabila ditanya
mengenai perancangan Malaysia untuk membina hub simpanan ini. Rujuk : AsiaOne
Dan baru-baru ini Reuters
(Singapore) melaporkan cadangan Singapura untuk membangunkan pembinaan tanah
baru bagi membina tempat simpanan minyak yang mampu menampung kapasiti sehingga
4juta tong. Rujuk Kenyataan Reuters
Menurut maklumat yang
diterima juga, mengatakan kebanyakkan tanah di kawasan pembangunan ini adalah
merupakan ‘tanah rezab Melayu’. Namun atas beberapa faktor tanah tersebut telah
dipajakkan kepada ‘tauke-tauke’ dari negara jiran. Walaupun tidak melibatkan
pertukaran nama secara sah, kerana status tanah tersebut namun gadaian itu
telah menyebabkan jutaan ringgit telah dilaburkan keatas tanah tersebut.
Antaranya pembinaan sarang
burung walit, tanaman nenas dan pelbagai produk tanaman, yang mana semua
hasilnya dihantar ke Singapura untuk diproses dan dipasarkan sebagai produk
keluaran negara tersebut.
Itu tidak termasuk
tanah-tanah penduduk Melayu tempatan yang telah disewa dengan harga yang begitu
murah dan tidak masuk akal kepada ‘mereka-mereka’ ini untuk membina
banglo-banglo mewah laksana istana di zaman dinasti.
Oleh yang demikian, apabila
kerajaan mengumumkan rancangan pembangunan di kawasan ini, maka sudah tentu
semua perusahaan ini akan mengalami kerugian kerana secara asasnya kerajaan
hanya akan membayar pampasan kepada ‘pemilik tanah yang sah’. Maka bermulalah
episod hasutan dan ugutan kepada warga dan penduduk tempatan untuk membantah
projek ini dari diteruskan. Alasan demi alas an diberikan seperti faktor alam
sekitar, pencemaran, radioaktif dan sebagainya.
Sedangkan rata-rata penduduk
sebenarnya amat bersetuju dengan pembangunan ini selain membuka peluang
pekerjaan kepada anak-anak muda kampung ia juga secara tidak langsung mampu
menjana ekonomi penduduk setempat. Tanah-tanah yang diambil juga akan dibayar
mengikut harga pasaran setelah dinilai oleh jurunilai yang dilantik. Ditambah
pula dengan tawaran kerajaan negeri untuk membuka penempatan baru yang jauh
lebih selesa dan teratur berbanding sekarang. Tidak cukup dengan itu kerajaan
negeri juga telah bersetuju untuk memberikan 2 ekar tanah sebagai ganti kepada
tanah mereka yang diambil.
Oleh yang demikian maklumat
yang mengatakan Chua Jui Meng menjadi jurucakap dan pembela kepada ‘rakyat
negara asing’ ada asasnya. Dan semua ini dilakukan hanya kerana mengharapkan
sokongan dan dana politik bagi memudahkan cita-cita dan harapan Anwar untuk
menduduki Putrajaya.
Subscribe to:
Posts (Atom)