11 January 2014

Buruh Didakwa Kerana Rogol Anak Sendiri

“Alhamdulillah...” Itulah yang dilafazkan  seorang buruh, bersyukur dibenarkan diikat jamin RM20,000 selepas didakwa di Mahkamah Sesyen semalam atas pertuduhan merogol dan mencabul anak kandungnya.

Lelaki berusia 48 tahun itu dibenarkan diikat jamin oleh Hakim, Ahamd Sazali Omar selepas mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan yang didakwa ke atasnya.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol seorang perempuan berusia 14 tahun di sebuah di Kampung Lapan, Bachang pada pertengahan tahun 2012.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksima 20 tahun dan sebat.


Tertuduh turut didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat kerana mencabul kehormatan dengan cara menjilat kemaluan terhadap mangsa dan di lokasi sama pada September 2013.

Timbalan Pendakwa Raya, Norfarhana Ahmad ketika pendakwaan membantah jaminan terhadap tertuduh sebelum mahkamah membenar jaminan RM20,000.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...