11 January 2014

Warga Singapura Nyaris Maut


Seorang lelaki terselamat meskipun kereta mewah dipandunya remuk dan terputus dua dalam kemalangan berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Pagoh, dekat sini, semalam.

Lim Lik Wei, 40. yang memandu kereta Lotus, dipercayai hilang kawalan, terbabas dan melanggar kawasan tinggi di sebelah kiri lebuh raya.




Akibat rempuhan itu, mangsa yang dalam perjalanan dari Johor Bahru ke utara, cedera parah di kepala dan badan.

Dia dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk rawatan kecemasan.

Difahamkan, mangsa akan dipindahkan ke hospital di Johor Bahru.



Kejadian di Kilometer 147.2 Lebuhraya Utara Selatan menyebabkan kesesakan teruk sepanjang dua kilometer di kedua-dua belah lebuhraya.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob mengesahkan kejadian itu.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...