Setelah menganjurkan pelbagai
siri himpunan jalanan yang menyusahkan majoriti rakyat, menyukarkan penjaja
kecil untuk berniaga, merosakkan harta benda awam dan sebagainya NGO Bersih akhirnya
mengakui tindakan tersebut tidak akan menyelesaikan masalah.
Menurut Pengerusi
Bersih, Maria Chin Abdullah menegaskan bahawa demonstrasi tidak akan
menyelesaikan semua masalah dan kepincangan sistem pilihan raya negara.
"Tetapi sekarang
pilihan raya seterusnya hanya akan berlangsung dalam masa lima tahun. Kita
perlu bina semula momentum itu dan demonstrasi juga tidak akan menyelesaikan
semua (kepincangan pilihan raya).
"Kita mungkin
akan dapat publisiti tetapi akhirnya yang paling penting adalah apakah kesan
daripada perhimpunan itu?," katanya dalam satu wawancara dengan portal
pembangkang.
Maria turut
mengatakan, dia juga bimbang dengan sambutan orang ramai yang "penat"
apabila kerap turun ke jalan raya untuk berhimpun sebelum ini. Katanya, dia
turut merancang agar Bersih "berundur selangkah ke belakang", untuk
melihat usaha yang telah dilakukan sebelum ini.
Dalam erti kata
mudah, setelah melakukan pelbagai kerosakan dan mewujudkan persepsi buruk
rakyat terhadap kerajaan, mereka mengakui himpunan jalanan tidak mampu untuk menyelesaikan
masalah yang ada.
Persoalannya ialah,
sekiranya ia tidak mampu menyelesaikan masalah mengapa mereka begitu bersungguh-sungguh
menganjurkan pelbagai siri himpunan? Apakah kerana sekadar untuk bersuka ria,
atau sekadar memenuhi tuntutan penderma asing yang telah menyalurkan dana untuk
menumbangkan kerajaan?
Bekas Setiausaha
Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari sebelum ini berkata, golongan
terbabit telah dibiayai oleh pertubuhan luar negara yang mempunyai agenda
mahukan seorang pemimpin yang mengikut telunjuk mereka menerajui Malaysia.
"Parti Keadilan
Rakyat (PKR) sendiri secara langsung menerima tajaan dari Institut Demokrat
Kebangsaan (NDI) dan Institut Republikan Antarabangsa (IRI) bagi membiayai
program latihan pemimpin dan ahli mereka.
"Malah, (mantan) Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga dan ramai pemimpin PKR telah hadir atau dihantar menyertai kursus dan program dua badan itu di serata dunia yang mempromosi kebebasan dan keadilan ala Amerika Syarikat (AS)," katanya kepada pihak media sebelum ini.
Paling menarik, ia
turut diakui sendiri oleh NGO tersebut yang mengesahkan telah menerima
sumbangan sebanyak RM90 ribu bagi tujuan menganjurkan perhimpunan Bersih.
No comments:
Post a Comment