Para pengguna media
sosial semalam, tertanya-tanya apabila macai pembangkang mengatakan kononnya berlaku
episod yang memalukan terhadap isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor
yang kononnya di boo.
Para pencacai
pembangkang mendakwa insiden itu berlaku ketika Rosmah menyampaikan hadiah di Terbuka
Malaysia 2014 kepada Datuk Lee Chong Wei. Mereka cuba
menggambarkan kononnya ia berlaku sebagai reaksi spontan penonton yang hadir
pada ketika itu.
Walaupun pada mulanya
para pencacai merasakan ia sebagai satu ‘kemenangan’
buat mereka, namun masih ramai yang melahirkan rasa simpati atas tindakan biadab itu.
Rasionalnya, ramai
yang merasakan sekiranya benar perkara itu terjadi, tindakan kurang sopan itu jelas
memberikan tanggapan buruk khususnya kepada para penyokong negara jiran yang
turut hadir menyaksikan perlawanan tersebut.
Namun apabila diselidiki,
rupa-rupanya ia hanyalah satu ilusi dan rekaan semata-mata. Menurut sumber dan
mereka yang hadir pada ketika itu, insiden ‘boo’
yang berlaku semasa Rosmah menyampaikan hadiah itu ditujukan kepada pemain
Indonesia yang tidak menunjukkan semangat kesukanan selaku pemain bertaraf profesional
di peringkat antarabangsa.
Ini kerana, mereka
cuba mempertikaikan keputusan pengadil semasa bermain pada set kedua yang dilihat
tidak bersungguh-sungguh menentang Chong Wei.
Menurut penganalisis
politik, isu tersebut mungkin sengaja direka bagi menutup dan mengalih
pandangan rakyat berhubung insiden yang menimpa Ketua Pembangkang, Anwar
Ibrahim. Ini kerana menurut laporan media, Anwar telah ditahan oleh pihak
Imigresen Jepun dan tidak dibenarkan dari memasuki ke negara itu.
Malah menarik pegawai
imigresen yang bertugas di Lapangan Terbang Narita telah meminta Anwar agar
membatalkan hasrat untuk memasuki ke negara itu, dan mengarahkannya untuk
mengambil penerbangan pertama untuk pulang ke Malaysia atau ‘dipaksa’ untuk dihantar pulang.
Walaupun sehingga kini
tiada sebarang jawapan pasti yang diberikan mengenai halangan tersebut, namun
para pencacai pembangkang merasakan ia merupakan satu kejadian yang memalukan
dan segera meletakkan kesalahan tersebut kepada kerajaan Barisan Nasional.
Ironi mereka secara
tidak langsung telah memberikan penghargaan kepada kerajaan pimpinan Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ini kerana sebalik
dakwaan yang mengatakan kerajaan Barisan Nasional selama ini lemah dan
dipandang hina oleh negara luar, ternyata Najib masih mampu ‘mengarahkan’ kerajaan asing untuk akur
dengan kehendak kerajaan Malaysia.
Kesimpulannya
pembangkang telah terperangkap dengan permainan mereka sendiri. Pada satu segi
mereka cuba mewujudkan persepsi kononnya semua perkara buruk yang menimpa
mereka adalah merupakan arahan dan salah kerajaan.
Sedangkan di masa yang sama, mereka terpaksa
memastikan imej pembangkang sentiasa bersih di mata rakyat, walaupun pada
hakikatnya rakyat tidak lagi bodoh untuk melihat dan menilai sesuatu perkara.
No comments:
Post a Comment