12 January 2014

Sharifah Aleya SAH Bernikah Buat Kali Kedua @sharifahaLEYA



Deejay radio popular Hot FM, Sharifah Aleya, 30, sudah selamat diijabkabulkan dengan jejaka bernama Muhammad Azam Abdullah atau Miko, 28, hari ini.

Menurut sumber Sharifah Aleya & Miko selamat diijabkabulkan di masjid al-Mukarramah di Sri Damansara pagi tadi dan majlis akad nikah diadakan secara kecil kecilan.



Sharifah Aleya menerima tiga dulang hantaran dari pihak lelaki dan dibalas lima dulang oleh pihak perempuan. Perkenalan mereka bermula sejak sama-sama membuat persembahan teater muzikal Terima Kasih Cinta pada 2011.

Ini merupakan perkahwinan keduanya selepas bercerai dengan pemuzik, Muhammad Ashraf Asimudin pada tahun 2011. Sharifah Aleya sebelum ini dikurniakan anak kembar, Aza Ameena dan Asha Ameena, berusia lima tahun.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...