Penasihat Majlis
Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut menyelar tindakan mana-mana bekas mufti
yang kerap menggunakan medium media sosial untuk menghentam kerajaan.
Beliau yang juga
merupakan bekas Mufti Johor itu berkata demikian ketika menyampaikan ceramah yang
bertajuk “Husnul Khotimah, Allah Dan
Rasul Disisiku” di perkarangan Masjid Kg Baru, semalam.
Beliau yang tidak
menyebut nama mana-mana individu itu menjelaskan Islam ada menggariskan beberapa
panduan berhubung adab dan kaedah untuk menasihati pemimpin.
“Sebagai seorang
mufti, kita sepatutnya menggunakan adab sopan yang digariskan untuk menegur pemimpin.
Jangan disebabkan kita tidak lagi menjadi mufti, kita meroyan di dalam media
sosial dengan menghentam kerajaan.
“Saya juga pernah
menjadi mufti, namun saya tidak meroyan. Tak perlulah saya, menyebut mana-mana
nama individu, semua faham-faham sendirilah” katanya lagi.
Islam ada menggariskan
beberapa cara untuk menegur pemerintah, contohnya hadis daripada Ibnu Abbas r.a
yang mana Nabi Muhammad s.a.w mengajar cara kita menegur pemerintah.
“Menegur
pemerintah bukanlah dengan cara memaki hamun, menghina dan bukannya
menyampaikannya di mimbar-mimbar khutbah dengan terbuka, itu bukan adab Ahli
Sunnah Wal Jamaah dalam menegur dan menasihati pemerintah.
“Kata
Ibnu Abbas lagi, Nabi mengajar kamu, pegang tangan pemerintah, bersendirianlah
dengannya dan sampaikan apa yang ingin kamu sampaikan. Sekiranya dia terima,
itu perkara baik dan jika dia tidak terima, kamu telah menunaikan
tanggungjawab,” katanya.
Ramai yang
berpendapat, kenyataan Nooh Gadut itu merujuk kepada beberapa tindakan dan
kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Mufti Perlis, Profesor
Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang sering mengkritik kerajaan melalui laman
media sosial seperti Twitter dan Facebook.
Malah minggu
lalu, Asri melalui laman facebook rasminya dilihat telah mengeluarkan sekeping gambar hiasan dalaman sebuah pesawat yang dikatakan
sebagai jet baru milik kerajaan. Namun apabila diselidik ternyata gambar
tersebut palsu, yang boleh diperoleh melalui enjin carian Google.
Disebabkan itu, Asri
telah diserang kerana dilihat cuba menimbulkan persepsi buruk masyarakat
terhadap kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Rentetan
daripada itu juga, pihak admin beliau terpaksa mengaku telah melakukan
kesilapan dan menarik kembali gambar tersebut yang disusuli dengan kenyataan
maaf secara terbuka.
Ceramah yang diadakan
itu adalah merupakan program anjuran Pergerakan Pemuda Umno Wilayah Persekutuan
bersempena dengan Sambutan Majlis Maulidur Rasul dengan tema “Malam Cinta Rasul”.
Selain tazkirah dan
ceramah, program yang dihadiri oleh hampir 3000 orang itu, turut diserikan dengan
persembahan Qasidah oleh kumpulan Al Yamani.
No comments:
Post a Comment