15 January 2014

@SyamsulYusof84 Keluarga Syamsul Yusof Risik Puteri Sarah Liyana




Seorang penggiat forum Cari berkongsikan beberapa keping gambar yang menunjukkan Datuk Yusof Haslam & isteri bersama Puteri Sarah Liyana — dan kami difahamkan ini merupakan majlis merisik gadis itu untuk pihak Syamsul Yusof.

Majlis merisik Puteri Sarah Liyana khabarnya berlangsung hujung minggu lalu.

Ibu kepada Syamsul Yusof, Datin Patimah Ismail mengesahkan yang majlis merisik Puteri Sarah Liyana telah berlangsung pada Ahad lalu di Sri Damansara dan berkata anaknya itu bakal berkahwin sekitar Februari 2014 akan datang.

“Majlis merisik itu diadakan secara ringkas dan saya telah menyarungkan sebentuk cincin di jari Sarah namun tiada sebarang majlis pertunangan diadakan kerana Syamsul mahu bernikah terus dengan Sarah,” ujarnya.

Syamsul Yusof meluahkan hasrat untuk memperisterikan Puteri Sarah Liyana kepada keluarganya selepas pulang mengejakan umrah pada 28 Disember yang lalu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...