08 January 2014

RM10,000 Bakal Menanti Pemenang Pertandingan 'Video Pendek'


Dengan menghasilkan drama pendek yang berdurasi 5 minit dan ditawarkan wang tunai sebanyak RM10 ribu, kami yakin anda pun mahu menyertai pertandingan ini, kan? Bukan itu saja, apa yang menariknya, hasil kerja terbaik anda melalui pertandingan ini akan disiarkan di kaca televisyen setelah dinobatkan sebagai juara.


Kalau nak tahu, pertandingan Drama Festival Kuala Lumpur yang mengisahkan tentang realiti masyarakat di Malaysia telahpun bermula pada 1 November sehingga 30 Disember 2013.

Juara akan bawa pulang RM10,000

Acara yang julung kali diadakan ini bakal diserikan dengan drama-drama pendek yang bertemakan kehidupan, percintaan dan komedi daripada pengkarya baru.

Menariknya, para peserta yang memenangi naib juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM5000 manakala tempat ketiga pula bakal memperolehi RM3000.

Para peserta haruslah menghantar drama pendek ini melalui laman sesawang Veedo.

Pertandingan: Short Video Berjumlah RM10,000 drama festival kl

Senarai bengkel dua hari bersama karyawan hebat

Dalam masa yang sama, rangkaian stesen televisyen ini juga telah menganjurkan sebuah bengkel drama yang bertempat di Berjaya Times Square Convention Centre bermula 20 Februari hingga 21 Februari tahun hadapan.

Menerusi bengkel drama selama dua hari ini, para peserta juga berpeluang mempelajari sesuatu yang baharu melalui pengalaman karyawan-karyawan hebat tanah air.

Lebih menarik, bengkel ini akan dikendalikan oleh nama-nama hebat antaranya Rosyam Nor, Fatima Abu Bakar, Ahmad Idham, Fauziah Nawi dan Erima Fatima.

Sebagai tambahan, bayaran yuran pendaftaran akan dikenakan sebanyak RM100 sehari manakala yuran belajar sebanyak RM60 sehari kepada peserta yang ingin menyertai bengkel ini.

Apa tunggu lagi, jom sertai bengkel drama dan bertemu dengan nama-nama hebat ini!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...