Syarikat telefon pintar terbesar dunia, Samsung bakal melancarkan telefon pintar baru iaitu Samsung Galaxy F.
Telefon pintar Android itu merupakan pembaharuan bagi telefon pintar kerana Galaxy F akan direka dengan menggunakan logam untuk memberikan kesan 'mewah' pada pengguna.
Dalam pada itu, Samsung juga dilaporkan merancang untuk melancarkan Galaxy F selepas melancarkan satu lagi telefon pintar mereka iaitu Galaxy S5. Namun spesifikasi antara dua telefon pintar sama ada sama atau berlainan masih tidak dapat dipastikan.
Galaxy F dikatakan mungkin akan lengkap dengan spesifikasi perkakasan yang sama seperti skrin AMOLED 5.25 inci selain chasis yang lebih 'mewah'.
Sementara itu, laporan dari sebuah portal gajet menyatakan prototaip Galaxy F yang dimajukan di Eropah kini sedang melalui proses pengeluaran di salah sebuah kilang Samsung di Vietnam seterusnya bakal menembusi pasaran tidak lama lagi.
No comments:
Post a Comment