SEKIAN lama menyulam kasih akhirnya percintaan yang bermula sejak di universiti di antara pelakon filem Harry Potter Emma Watson dan Will Adamowicz akhirnya berderai. Ada yang mengatakan punca utama perpisahan ini adalah kerana kesibukan Watson yang tidak putus-putus menerima tawaran berlakon sehingga mengabaikan Adamowicz.
Bagaimanapun tiada apa yang lebih mengejutkan untuk mengetahui sebenarnya pasangan ini pernah bertunang sebelum berpisah. Menjawab soalan hubungan hal itu, Watson menerangkan mereka berdua tidak pernah bertunang dan sudah berpisah sejak beberapa bulan lalu. Melalui wakilnya Watson turut menerangkan dia dan Adamowicz sudah lama tidak berkomunikasi.

Bagaimanapun melihat keadaan bekas kekasih Watson, Adamowicz yang dikatakan amat tertekan dengan perpisahan itu mengejutkan dunia hiburan baru-baru ini dengan memuat naik gambar seakan dia sedang menggunakan dadah.
Gambar yang menunjukkan dia berada bersama serbuk putih di atas meja dengan pantas menyebabkan khabar angin Adamowicz kini menggunakan dadah untuk melupakan Watson. Gambar yang dimuat naik ke laman sosialnya itu dikatakan diambil pada malam sambutan tahun baharu di New York.
Terkejut dengan berita itu, Adamowicz menjelaskan keadaan sebenar.
"Gambar yang dilihat anda itu bukan seperti yang disangkakan, itu bukan dadah. Saya tidak mengambil dadah," katanya kepada The Mirror.
Bagaimanapun selepas seketika gambar kontroversi itu dipadamkan oleh Adamowicz.
No comments:
Post a Comment