Akhbar Nanyang Siang
Pau semalam memperlihatkan kebimbangan dengan kewujudan begitu banyak kumpulan
kongsi gelap dengan menyiarkan artikel bertajuk “Kawal dan Banteras Kongsi Gelap”. Kita sedia maklum bahawa selama ini,
Nanyang Siang Pau seperti juga akhbar-akhbar berbahasa Cina yang lain begitu
tegar menyebarkan prejudis dan kebencian
terhadap kerajaan.
Sehubungan dengan
itu, mereka sentiasa cenderung menyokong pembangkang, dan secara
terang-terangan membawa agenda DAP. Tanpa memuji pihak polis yang giat
menggempur kongsi gelap, akhbar tersebut mengajak rakyat mengambil serius
masalah ini. Pendirian akhbar ini atau artikel ini, dilihat agak bercelaru
dengan pendirian pembangkang yang kini sedang giat membela kongsi gelap.
Setakat ini,
pembangkang tidak lagi mampu menafikan yang mereka membela kongsi gelap apabila
beberapa pemimpin DAP secara terang-terangan mempersoalkan tindakan polis
menggempur kongsi gelap walaupun berlaku balas membalas tembakan.
Keadaan bertambah
kusut bagi pembangkang apabila tersebar berita bahawa seorang bekas banduan
yang juga ketua kumpulan kongsi gelap telah dilantik menjadi pemimpin DAP
peringkat bawahan di Pulau Pinang. Dilaporkan juga bahawa polis telah menangkap
lelaki berkenaan di Thailand sebelum didakwa dan dijatuhkan hukuman penjara di
negara ini.
Perkembangan ini
membuatkan sebahagian dari pemimpin dan ahli DAP mula merasa cuak atau gusar.
Kegusaran ini dapat dikesan melalui artikel di Nanyang Siang Pau tersebut di
mana ia menyebut “Apa yang memeranjatkan
kita, di kalangan ahli-ahli kongsi gelap ini, penglibatan kaum India adalah
yang paling ramai.”
Memandangkan kongsi
gelap selalunya dikaitkan dengan kaum Cina, maka tidak hairanlah jika Nanyang Siang Pau (baca: DAP) menyangka
yang ia dijuarai oleh kaum Cina.
Walaupun DAP sentiasa
menafikan, tetapi seluruh rakyat dapat mengesan kaitan DAP dengan kumpulan
gangster. Peningkatan aktiviti dan perniagaan gelap seperti rumah urut, pusat
hiburan atau pusat perjudian sejurus selepas PR menguasai Selangor menguatkan
persepsi rakyat bahawa DAP berkait rapat dengan gangster. Justeru, rakyat
langsung tidak terkejut apabila pemimpin DAP membela gangster.
Namun, apabila
terdedah bahawa yang menjuarai kongsi gelap adalah kaum India, maka tentulah
sukar bagi DAP untuk menguasai mereka.
Nampaknya, strategi
DAP untuk membebaskan kongsi gelap dengan mendesak kerajaan menghapuskan Akta Pencegahan telah membawa akibat
yang melepasi jangkaan atau perancangan mereka. Maka tidak hairanlah Nanyang
Siang Pau mula menyuarakan kebimbangan bagi pihak masyarakat Cina (DAP).
Kita sedia maklum
bahawa DAP tidak pernah mempercayai kaum lain di dalam parti mereka. Berbagai
cara dilakukan termasuk menipu dan memanipulasi bagi memastikan kaum lain selain
Cina tidak terpilih sebagai pemimpin pusat. Pendek kata, diskriminasi terhadap
kaum bukan Cina di dalam DAP sudah pun menjadi satu undang-undang tidak
bertulis yang mengikat sesama kaum Cina.
Justeru, kewujudan
kumpulan kongsi gelap India yang lebih ramai dari kongsi gelap Cina semestinya
satu masalah yang besar kepada DAP.
Jika sebelum ini DAP
begitu hebat menghentam kerajaan kerana Akta ISA, tetapi kini, melalui Nanyang
Siang Pau juga mereka menyuarakan keperluan kepada Akta Pencegahan 1959. Turut
dicadangkan ialah agar kerajaan mencontohi Operasi
Helang Singapura (di Malaya) pada tahun 1950an dan 60an untuk mengawal gengsterisme
dalam negara.
Kini terbukti sudah
bahawa Akta pencegahan dan keselamatan dalam negeri adalah penting untuk keamanan
negara. Terbukti juga bahawa idea-idea pembangkang untuk menghapuskan Akta
tersebut adalah idea yang tidak bijak serta membawa kemusnahan.
Kini, pembangkang
terpaksa menjilat ludah mereka sendiri mendesak agar Akta pencegahan
dikembalikan, biarpun bertukar nama dan ‘perkataan’
di sana sini tetapi yang jelas ia perlu mengandungi klausa-klausa dari Akta
yang lama, yang telah terbukti berkesan menjamin pembendungan aktiviti gengsterisme
atau kongsi gelap sebelum ini.
No comments:
Post a Comment