01 September 2013

@afdlinshauki BERANG Dengan Tindakan Biadab ‘Upload’ Filem KL Gangster 2




Berikut adalah kenyataan Afdlin melalui laman Facebook beliau:

Rakan seperjuangan saya Syamsul Yusoff, yang telah berhempas pulas dari segi kederat dan kewangan untuk memberikan satu pengalaman yang luar biasa di panggung wayang untuk semua rakyat Malaysia melalui filem terbarunya KL GANGSTER 2, telah di salahi oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab.

Tetapi apa yang berlaku pada beliau bukan saja satu tamparan hebat bagi beliau dan bapanya tetapi juga merupakan satu penghinaan kepada semua karyawan-karyawan negara ini kerana ianya seperti hasil kerja dan titik peluh kami tak bernilai dan bermakna langsung.


Ini membuat saya marah kerana tidak ada hormat langsung di beri kepada karyawan-karyawan negara ini oleh mereka yang sanggup mencuri hak org lain. Suka kah anda jika orang mencuri hasil kerja anda atau mengambil gaji bulanan anda setelah anda bekerja sepanjang bulan untuk gaji itu?

Atau adakah kita ini memang ada budaya mencuri di kalangan diri kita kerana menonton filem itu tanpa izin atau membayar harga tiket itu adalah mencuri. Yang saya betul-betul tak boleh belah adalah, ada yang bangga dah dapat tengok cerita ni dahulu, di internet.

Saya harap kerajaan mengambil kes ini sebagai satu jenayah yang serius dan berlaku setegas-tegasnya kepada pencuri itu.

Kepada yang sudah ataupun belum menonton filem KL GANGSTER 2 ini, saya meminta bantuan anda semua untuk pergi menonton filem KL GANGSTER 2ini dan buktikan yang kita betul-betul adalah masyarakat yang berhemah dan mempunyai nilai-nilai menegakkan keadilan. Katakan TIDAK jika ada org offer nak tunjuk filem itu online.

Kalau tidak, saya boleh jamin anda filem MALAYSIA akan berkubur selepas ini. Hancurlah segala-gala yang telah kami dan karyawan-karyawan sebelum kami cuba bina selama ini.

Kepada yang melakukan jenayah yg terkutuk ini, bertaubatlah.. Hentikanlah... Awak sedang menutup periuk nasi satu industri perfileman. Beribu rakyat Malaysia yang bergantung pendapatan dengan hasil kerja-kerja filem.

Sekali lagi saya mohon kepada semua peminat-peminat saya "Jom kita ramai-ramai tonton filem KL GANGSTER di panggung!!!"

Afdlin 'BOBOI' Shauki

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...