Obesiti
merupakan masalah kesihatan yang kini menjadi ancaman terbesar kepada rakyat
Malaysia dengan seorang daripada tiga penduduk mengalami masalah itu atau
mempunyai berat badan berlebihan berikutan terlebih makan.
Menteri
Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam yang bimbang dengan perkembangan itu
memberitahu, setakat ini, 8.5 juta penduduk Malaysia mengalami masalah berat
badan berlebihan dengan 4.4 juta orang obes.
Menurutnya,
masalah tersebut berlaku kerana pengambilan makanan berlebihan yang diburukkan
lagi dengan kecenderungan kepada makanan manis. Beliau berkata, bilangan rakyat
Malaysia yang gemuk dijangka terus meningkat jika tiada inisiatif dilakukan
masyarakat untuk mengurangkan berat badan dengan mengamalkan gaya hidup sihat.
Kementerian
terus menekankan cara hidup sihat dalam kalangan masyarakat kerana masalah
berat badan berlebihan di kalangan mereka telah mencecah 29.4 peratus dan
obesiti pula sebanyak 15.1 peratus.
Masalah
tersebut kini telah menjadi ancaman terbesar kepada kesihatan masyarakat.
Bayangkan ketika ini seorang daripada tiga penduduk negara ini obes atau
mempunyai berat badan berlebihan," katanya.
Menurut
Subramaniam, kerajaan amat komited untuk membudayakan amalan bersukan dan
melakukan aktiviti fizikal sebagai rutin harian di kalangan rakyat kerana
kajian menunjukkan purata setiap individu melakukan aktiviti senaman selama 20
minit sehari.
Mengulas
mengenai Kempen Nak Sihat Sempena Gegar 10,000 Langkah Merdeka, Subramaniam
berkata, seramai 70,000 orang yang majoritinya belia mengambil bahagian dalam
kempen berkenaan yang dilancarkan serentak di seluruh negara. Kempen yang
diadakan untuk tahun keempat itu katanya, memfokuskan kepada peningkatan
kesedaran golongan belia terhadap kepentingan melakukan senaman sebagai amalan
hidup seharian.
Cara
hidup orang muda sudah berbeza kerana mereka berada dalam dunia teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT). Mereka kurang melakukan aktiviti fizikal kerana
sudah ketagih dengan permainan dan penggunaan media sosial dari pagi hingga
malam.
ICT
sudah menjadi budaya golongan belia sekarang. Sememangnya diakui ICT
meningkatkan komunikasi sosial, namun keperluan kehidupan yang aktif tidak
boleh diketepikan," katanya.
Katanya,
kerajaan akan memainkan peranan dalam memastikan golongan muda sentiasa
mengamalkan kehidupan sihat dengan memperbanyakkan kemudahan beriadah di
kawasan perumahan antaranya kempen berjalan 10,000 langkah sehari merupakan
aktiviti intensiti rendah dan sesuai semua peringkat umur.
Dianggarkan
berjalan 10,000 langkah bersamaan tujuh kilometer sehari mampu membakar 385
kalori," katanya.
No comments:
Post a Comment