08 September 2013

6 Mati Kerana Memandu Tanpa Lesen, Anak Ahmad Dhani Disiasat




Anak ketiga komposer terkenal Indonesia, Ahmad Dhani mengalami patah kaki kanan akibat akibat kemalangan jalan raya di Tol Jagorawi, Jakarta. Kemalangan itu turut meragut 6 nyawa manakala 10 orang lain cedera.

"Ahmad Abdul Qodir Jaelani, 13 patah kaki sebelah kanan," kata Ketua Unit AKP Jakarta Timur, Kanit Laka.



Dul, nama panggilan anak Ahmad Dhani, kemudiannya dikejarkan ke Hospital Melia, Cibubur. Ketika ini, anak ketiga penyanyi kumpulan Dewa 19 itu telah dipindahkan ke Hospital Pondok Indah, Jakarta Selatan.

Menurut sumber, pihak polis sedang menjalankan siasatan terhadap Dul, yang dikatakan telah memandu tanpa lesen.

Sementara itu, punca kemalangan dikatakan mungkin disebabkan oleh sebuah kenderaan  Mitsubishi Lancer yang dinaiki anak Ahmad Dhani. Kenderaan itu dilaporkan secara tiba-tiba masuk ke arah berlawanan dan merempuh dua kenderaan lain.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...