07 September 2013

Cerai SMS, Umpama Hina Saya Sebagai Isteri Dan Wanita - @AiritRudaini



Hati wanita mana yang tidak kecewa dan patah apabila diceraikan oleh si suami. Lebih-lebih lagi jika diceraikan secara SMS dan bukannya bersemuka. Namun semuanya sudah tertulis. Walaupun kecewa Rita Rudaini nampaknya redha dengan takdir yang menimpa dirinya.

Kata Rita Rudaini :-

Alhamdulillah semuanya sudah berakhir, jodoh kami setakat di sini saja, dengan keputusan ini berakhirlah semua konflik rumah tangga saya selama ini.

Bagaimanapun saya kesal kerana Aidil tidak sabar dan bertindak terburu-buru menceraikan saya tanpa proses yang sepatutnya. Bagi saya tindakan Aidil ceraikan saya melalui SMS ini umpama menghina saya sebagai seorang isteri dan wanita serta mahkamah.


Untuk tatapan pembaca, berikut adalah SMS cerai yang dihantar oleh Aidil kepada Rita:-

Ni kau nak dgr sendiri kan. Hari ni aku ceraikan kau talak 1. jelas ye.. salam.. saya penat dah nak ikut rentak awak ni. tahap kesabaran sy dah terbatas. nak selesai secara elok awak taknak. nak panjang2kan. Pas tu sebok cari hal dgn sy. skrg dah jelas ye

SMS daripada Aidil telah pun dibalas oleh Rita dengan “Alhamdulillah.. Saya terima“.

Rita Rudaini turut mendoakan agar Aidil bahagia sekiranya bertemu jodoh dengan wanita lain. Kata Rita lagi:-

Semuanya sudah selesai, saya berharap jika Aidil ditakdirkan mempunyai jodoh dengan wanita lain, saya doakan dia bahagia dan menjalankan tanggungjawab sebaiknya sebagai suami.
Semoga kedua-duanya akan bahagia dengan kehidupan masing-masing selepas ini.

Jangan gaduh-gaduh lagi untuk kepentingan anak-anak hasil perkahwinan anda. Sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk mereka.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...