01 September 2013

Sang Saka Malaya : Polis Pantau Tindakan Biadab Pak Samad Dan Adam Adli





PDRM masih memantau tindakan beberapa individu yang didakwa mengibarkan bendera Sang Saka Malaya pada malam ambang merdeka di Dataran Merdeka, di sini, malam kelmarin. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, pihaknya akan menyiasat kejadian itu serta motif tindakan individu tersebut.

"Sehingga kini kami belum mengambil sebarang tindakan, difahamkan tiada laporan polis dibuat terhadap individu tersebut," katanya.


Menurutnya, pihaknya juga dimaklumkan terdapat seorang lelaki bertindak merampas bendera Sang Saka Malaya ketika Sasterawan Datuk A Samad Said berucap.

"Kami juga akan meneliti video berdurasi selama 55 saat itu, lelaki tersebut dipercayai merampas tiga bendera Sang Saka Malaya, sebelum dia menyatakan itu bukan bendera Malaysia," katanya.

Sang Saka Malaya adalah bendera yang pernah direka bentuk khas menerusi tuntutan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) sebelum mencapai kemerdekaan. Aktivis politik, Hishamudin Rais, aktivis mahasiswa, Adam Adli dan Safwan Anang turut hadir dalam majlis tersebut.

Pada tahun lalu, polis pernah menahan dua lelaki yang didakwa mengibarkan bendera Sang Saka Malaya pada malam ambang merdeka. Kedua-dua suspek berumur 20-an itu ditahan dan disiasat bawah Seksyen 9(1)(a) Akta Hasutan.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...