Di sebalik “ARAHAN” (sebelum ditukar kepada
nasihat) yang diberikan Kerajaan DAP Pulau Pinang terhadap pemilik panggung
supaya tidak menayangkan filem patriotik
Tanda Putera atas alasan
keselamatan, ia tetap mendapat sambutan menggalakkan daripada penonton pada
hari pertama tayangannya di negeri ini.
Tinjauan di sebuah
pawagam di Bayan Baru mendapati, 60 peratus tiket untuk slot tayangan pukul
9.30 malam telah habis dijual walaupun tayangannya di negeri ini "terlewat" dua hari
berbanding tempat lain.
Seorang petugas
kaunter yang dikenali sebagai Miza berkata, bagi slot tayangan tersebut,
sebanyak 160 tempat ditawarkan yang mana lebih 100 telah ditempah.
"Jualan tiket
pada sebelah pagi tadi agak perlahan namun keadaan berubah menjelang petang dan
malam.
"Bagi slot
tayangan tengah malam pula,jualan tiket masih dibuka dan sehingga sekarang,
sebanyak 20 peratus telah dibeli," katanya.
No comments:
Post a Comment