Rupanya Wong Fei Hung
Adalah Ulamak Hebat | Wong Fei Hung (Faisal Hussein Wong) ternyata muslim dan
ia adalah ulama yang jaguh kungfu dan juga seorang tabib. Selama ini kita hanya
mengenal Wong Fei Hung sebagai jaguh Kung fu dalam filem Once Upon A Time in
China. Dalam filem itu, watak Wong Fei Hung dimainkan oleh pelakon terkenal
Hong Kong, Jet Li.
Namun siapakah
sebenarnya Wong Fei Hung?Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, ahli Perubatan,
dan ahli bela diri legenda yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional
China oleh pemerintah China. Namun kerajaan China sering berupaya mengaburkan
identiti Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga imej kekuasaan
Komunis di China.
Wong Fei-Hung
dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang
taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama
Arab, Fais. Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut
nama Arab, Hussein. Jadi, bila dibahasa arab-kan, namanya ialah Faisal Hussein
Wong.
Ayahnya, Wong
Kay-Ying adalah seorang Ulama, dan tabib ahli ilmu perubatan tradisional, serta
ahli bela diri tradisional Tiongkok (wushu / kungfu). Ayahnya memiliki sebuah
klinik perubatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota Guandong). Wong Kay-Ying
merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu peringkat tertinggi.
Ketinggian ilmu bela diri Wong Kay-Ying membuatnya dikenal sebagai salah satu
dari Sepuluh Harimau Kwantung. Kedudukan Harimau Kwantung ini di kemudian hari
diwariskannya kepada Wong Fei Hung.
Kombinasi antara
pengetahuan ilmu perubatan tradisional dan teknik bela diri serta ditunjang oleh
keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering turun tangan
membantu orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu. Kerana itulah
masyarakat Kwantung sangat menghormati dan mengidolakan Keluarga Wong.
Pesakit klinik
keluarga Wong yang meminta bantuan perubatan umumnya berasal dari kalangan
miskin yang tidak mampu membayar kos perubatan. Walau begitu, Keluarga Wong
tetap membantu setiap pesakit yang datang dengan sungguh-sungguh. Keluarga Wong
tidak pernah pandang bulu dalam membantu, tanpa mempedulikan suku, ras, agama,
semua dibantu tanpa pilih kasih.
Secara rahsia,
keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan
Kerajaan Ch’in yang rasuah dan penindas. Kerajaan Ch’in ialah Kerajaan yang
merobohkan kekuasaan Kerajaan Yuan yang memerintah sebelumnya. Kerajaan Yuan
ini dikenali sebagai satu-satunya Kerajaan Kaisar Cina yang anggota keluarganya
banyak yang memeluk agama Islam.
Wong Fei-Hung mulai
mengasah bakat pertahankan diri sejak berguru kepada Luk Ah-Choi yang juga
pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi inilah yang kemudian mengajarnya
dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung berjaya melahirkan Jurus
Tendangan Tanpa Bayangan yang menjadi lagenda. Dasar-dasar jurus Hung Gar
ditemukan, dikembangkan dan merupakan handalan dari Hung Hei-Kwun, abang
seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang
terlepas dari peristiwa pembakaran dan pembunuhan oleh pemerintahan Kerajaan
Ch’in pada 1734.
Hung Hei-Kwun ini
adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan Kerajaan
penjajah Ch’in yang datang dari Manchuria (sekarang kita mengenalnya sebagai
Korea). Jika saja pemerintah Ch’in tidak meminta bantuan pasukan-pasukan
bersenjata bangsa asing (Rusia, England, Jepun), pemberontakan pimpinan Hung
Hei-Kwun itu nescaya akan berjaya menghalau pendudukan Kerajaan Ch’in.
Setelah berguru
kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri hingga
pada awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi ahli perubatan dan bela diri
terkemuka. Bahkan ia berjaya mengembangkannya menjadi lebih maju. Kemampuan
ilmu pertahankan diri semakin sukar ditandingi ketika ia berhasil membuat jurus
baru yang sangat taktikal namun cekap yang dinamakan Jurus Cakar Harimau dan
Jurus Sembilan Pukulan Khusus.
Selain dengan tangan
kosong, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata. Masyarakat
Canton pernah menyaksikan langsung dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana
ia seorang diri dengan hanya memegang tongkat berjaya menewaskan lebih dari 30
orang jaguh pelabuhan berbadan tegap dan kejam di Canton.
Dalam kehidupan
keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai ujian. Seorang anaknya
terbunuh dalam suatu kejadian pergaduhan dengan mafia Canton. Wong Fei-Hung
tiga kali menikah kerana isteri-isterinya meninggal dalam usia muda. Setelah
isteri ketiganya meninggal dunia, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup sendiri
sampai kemudian ia bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan muda yang kebetulan
juga ahli bela diri. Mok Gwai Lan ini kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga
akhir hayat. Mok Gwai Lan turut mengajar bela diri pada kelas khusus perempuan
di perguruan suaminya.
Wong Fei-Hung
meninggal dengan meninggalkan nama harum yang membuatnya dikenali sebagai
manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah kepada
seorang Muslim selain mati Syahid.
Semoga segala amal
ibadahnya diterima di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala dan semoga segala
kebaikannya menjadi teladan bagi kita, generasi Muslim yang hidup setelahnya.
.. Aamiin ..
Wallahualam
No comments:
Post a Comment