Pertengahan bulan Ramadan lalu pelakon dan
penyanyi muda, Kilafairy berdepan cemuhan dan cacian daripada peminat di laman
sosial Instagram miliknya gara-gara memuat naik sepotong video yang memaparkan
aksi seolah-olah tidak memakai seluar. Video berdurasi 30 saat itu telah dimuat
naik di Instagram miliknya, @kilafairyofficial. Dia hanya memakai sehelai baju
putih bertujuan untuk mempromosikan jenama pakaian miliknya, Rack.
Setelah mendapat kritikan panas daripada
peminat, Kilafairy, 21, akhirnya mengeluarkan gambar tersebut beberapa hari
selepas itu. Menerusi akaun Instagram Kilafairy juga, beberapa buah video
menampilkan aktor dan model dari Indonesia, Hardy Hartono turut dimuat naik
lantas menimbulkan spekulasi bahawa hubungan mereka lebih daripada sekadar
berkawan.
Kosmo! yang berkesempatan bertemu dengan
Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisha Jangir Khan sempena majlis
pelancaran kapal dredger Inai Kenanga di Pelabuhan Klang, Selangor baru-baru
ini mendapatkan maklum balas daripada pelakon drama Saiful Nita itu.
Ramadan
lalu, Kilafairy telah memuat naik sepotong video belakang tabir promosi butik
Rack dalam aksi seolah-olah tidak memakai seluar. Apakah penjelasan anda?
Benar, video itu adalah penggambaran belakang
tabir untuk butik Rack yang diusahakan saya bersama kakak. Saya menafikan
bahawa saya tidak pakai seluar, sebaliknya saya memakai legging berwarna
coklat. Jika ada pihak yang tersinggung atau sakit hati atas tindakan saya yang
tidak disengajakan itu saya minta maaf.
Apakah
impak yang diterima Kilafairy daripada video yang mendapat kritikan kurang
sopan pada bulan Ramadan itu?
Saya telah mengeluarkan video itu daripada
Instagram saya dan selepas ini saya akan lebih berhati-hati. Mungkin untuk
tujuan promosi butik Rack saya akan menggunakan model saja. Itu lebih selamat.
Tidakkah
dengan kontroversi itu akan menjejaskan butik Rack secara tidak langsung?
Ini pertama kali timbul cerita kurang manis
yang membabitkan saya dan butik Rack dan ini pertama kali saya membuka mulut
mengulas situasi berkenaan. Saya tidak rasa perkara ini akan menjejaskan Rack
dan pelanggan biasanya akan memfokuskan produk saya bukannya saya. Biasanya
yang mencari gosip saja yang memfokuskan bahagian lain. Terpulang atas apa yang
masyarakat fikirkan.
KILAFAIRY menjelaskan dia dan pelakon
Indonesia, Hardy Hartono hanya berteman.
________________________________________
Kilafairy
digelarkan simbol seks, apakah komen anda?
Selama empat tahun saya berada dalam industri
dan sepanjang itu gelaran simbol seks terus melekat pada saya. Mungkin selama
ini tiada lagi lakonan saya yang benar-benar memberikan impak dan dapat
mengukuhkan nama saya, tapi saya percaya semua itu perlukan masa. Banyak tawaran
lakonan terutama filem memerlukan saya tampil seksi dan ada babak di ranjang,
tapi saya terpaksa tolak dengan baik untuk mengikis persepsi ini. Sekarang pun
saya cuba mengubah penampilan contohnya mengurangkan solekan dan berpakaian
lebih sedap mata memandang.
Menerusi
akaun Instagram juga Kilafairy ada memuat naik gambar dan video yang
menampilkan Hardy Hartono. Apakah hubungan kalian sebenarnya?
Sudah dua tahun kami berkawan rapat dan tidak
bercinta pun. Jika dia datang ke Kuala Lumpur dan kebetulan saya ada kelapangan
waktu apa salahnya untuk berjumpa. Tapi kalau sudah jodoh antara kami berdua
saya tidak menolak. Mengenai video terbaharu, saya akui kami ada berjumpa di
Pavilion ketika dia berada di sini untuk penggambaran filem Sindiket.
Sekerap manakah
anda berhubung dengan Hardy sekiranya anda berjauhan dan adakah anda pernah
melawat Hardy di Jakarta, Indonesia?
Kami hanya berhubung melalui BBM (BlackBerry
Messenger) dan saya pernah sekali berjumpa dia di Indonesia. Itu pun kebetulan
temankan mama ke sana untuk membeli-belah.
Apakah
kualiti yang ada pada Hardy sehingga membuatkan Kilafairy selesa untuk
bersamanya?
Mungkin kerana usia dia yang sudah 30-an dan
menampakkan dia seorang yang matang dalam berfikir dan membuat keputusan. Dia
juga banyak berkongsi hal karier.
Bagaimanakah
pandangan mama (Rohana Jalil) mengenai hubungan Kilafairy dan Hardy?
Dia menerima apa saja keputusan saya walau
bukan dengan Hardy sekali pun. Katanya selagi saya gembira, dia terima
keputusan saya atau adik-beradik kami lain.