Pelakon yang kini giat berjinak-jinak dalam bidang keusahawanan Fizo Omar
menyatakan gerai burger di bawah jenamanya Hot Burger bakal memulakan
cawangannya di negeri kelahirannya, Kelantan dalam jangka masa terdekat. Buat
permulaan sebanyak 20 gerai burger akan dibuka di sekitar Kota Bharu dengan 10
penyertaan pertama adalah daripada golongan ibu tunggal dan orang miskin.
“Di Kelantan, saya mendapat kerjasama Jabatan Pembangunan Wanita (JPW)
Kelantan, dan sudah menandatangani MoU dengan Kementerian Pembangunan Wanita,
kerana perniagaan ini turut melibatkan usahawan burger wanita,” katanya.
Sementara itu, 30 gerai Hot Burger yang terdapat di sekitar Lembah Klang
telah mempunyai penggemarnya sendiri dan perkara inilah yang mendorong Fizo
untuk membuka cawangannya itu di negeri serambi Mekah itu.
Syabas diucapkan buat Fizo yang sentiasa berfikir panjang dalam menentukan
hala tujunya, yelah dalam industri hiburan ini tak selamanya nama Fizo berada
di atas kan. Diharapkan sifat keusahawanannya dapat dicontohi oleh ramai
penggiat seni yang lain kelak.
No comments:
Post a Comment