Untuk tatapan dan peringatan kepada pemimpin yang sombong dengan hukum – hukum
Allah. Adakah sahabat semua mengenali MUSTAFA KEMAL ATATURK?? Benar.. Masakan
kita tidak mengenalinya sedangkan dialah orang yang bertanggungjawab
meruntuhkan Daulah Khilafah yang kita banggakan sejak sekian lama.
Tanggal 3 Mac 1924 merupakan titik hitam di dalam sejarah umat Islam yang
tidak harus dilupakan oleh kaum Muslimin. Pada tarikh inilah umat Islam secara
rasmi telah kehilangan perisai dan tonggak tempat mereka berlindung – Khilafah
Islamiyyah. Kejadian ini meninggakan luka yang amat dalam pada diri umat
Islam..
Khalifah yang terakhir, Sultan Abdul Majid telah diusir meninggalkan pusat
pentadbiran Daulah Khilafah di Turki pada subuh hari tersebut hasil daripada
persidangan Majlis Nasional yang diketuai oleh La’natullah Mustafa Kamal
melalui konspirasi jahat kafir Barat.
Semuanya telah berlalu dan kehidupan umat Islam kini lemah tanpa ada
pembela gara-gara si Kamal Ataturk keparat ini.. Disini ingin saya kongsikan
peristiwa yang berlaku apabila kematian semakin menghampiri si keparat pembelot
agama Allah ini… Moga Allah melaknat beliau..
Kamal Ataturk diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). Perkataan
Ataturk bermakna bapa orang Turki. Artaturk ialah orang yang bertanggungjawab
meruntuhkan Kerajaan Islam Turki pada tahun 1343H (1924M). Beliau dilahirkan
pada tahun 1299H (1880M) di bandar salonika, Greek yang ketika itu merupakan
jajahan takluk Kerajaan Uthmaniyyah. Bapanya bernama Ali Reda Afandi, berkerja
sebagai pengawal di jabatan Kastam.
Ada yang mengatakan beliau ialah bapa tiri Ataturk dan bukan bapa
kandungnya. Ada juga yang mengatakan Ataturk oleh Guru matematiknya yang
bernama Mustafa. Mustafa bertugas di sekolah Ataturk iaitu sebuah sekolah
menengah tentera dan pada ketika itulah beliau tertarik dengan kebolehan
Ataturk dalam bidang matematik lalu mencadangkan nama Mustafa Kamal.
Ketika Mustafa Kamal mencapai usia 12 tahun, beliau memasuki Sekolah
Tentera Salonika. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Akademi Tentera
Monasitar pada tahun 1302H (1885M). Pada tahun 1322H (1905M), beliau memasuki
kolej tentera di Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraannya pada tahun
1325H. (1907M). Kemudiannya, belaiu telah ditugaskan di Kem Tentera Batalion
ketiga di Salonika.
Ataturk hidup tanpa isteri dan anak-anak. Isterinya bernama Latifah Hanim
hanya mampu tinggal bersamanya selama setahun sahaja kerana tidak tahan dengan
kefasikan Ataturk. Kediamannya dipenuhi dengan segala macam kemungkaran
daripada arak sehinggalah wanita.
Sewaktu Mustapha Kamal Attaturk menjadi perdana menteri Turki, dia telah
membuat undang-undang yang amat bercanggah dengan ajaran agama Islam, antaranya
ialah :
1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher
dan topi(sesuai dengan kehendak barat).
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri
pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya
tidak cenderung kepada pakaian moden.”
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan
membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki.
Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh
bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan
terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan
harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang
barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan
gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir
miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada
huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa
apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan di mana tuhan >
tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab‘Kamal Atartuk adalah
tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar
itu.
Sekular adalah memisahkan agama dengan semua kehidupan..!!
ϟ Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan! ϟ
Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau
sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang
Allah berikan di dunia. Antaranya ialah :
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa
gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa
diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya
juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk
menyejukkan beliau.
Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana
tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh
istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan,
mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan
dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu
Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan
selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau
hilang ingatan.
Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya
meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi,
mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.
Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau
datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan
menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab
ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam,
tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak
menerimanya).
Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke
dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15
tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula,
tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya.
Habis ikhtiar, mayatnya diletakkan dalam keranda timah dan dibawa pula ke
satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan.Mayatnya ditanam di
celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal
Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini
tidak menerima Kamal Atartuk!
Maha suci Allah.. Itulah azab yang diterima oleh seorang yang menentang
Agama Allah secara terang-terngan.. Belum lagi azab yang ditanggung di akhirat
kelak yang kekal abadi.. Dan itulah yang selayaknya diterima oleh si murtad
Mustafa Kamal Ataturk LAKNATULLAH!!
No comments:
Post a Comment