07 September 2013

Pasangan Remaja Yang BIADAB




Pernah tak nampak gambar kat atas ni? Gambar ni sekarang tengah hangat tersebar di Facebook. Alkisah sepasang kekasih remaja tanpa rasa bersalah duduk di kerusi yang dikhaskan untuk wanita mengandung dan wanita menggendong anak dalam pengangkutan awam. Sedangkan di sebelah mereka seorang wanita sedang menggendong anak berdiri sebab tak ada tempat duduk.


Apa yang saya prihatin di sini ialah ahli masyarakat kita semakin lama semakin kurang nilai-nilai sivik. Tak ada rasa kasihan mahupun bersalah lihat ibu tersebut menggendong anak. Dan faham sajalah kalau naik train, tentulah bergoyang-goyang. Anak yang digendong bukannya kecil, boleh jadi hampir 10 kg, sama berat dengan seguni beras. Awak berdua pula terlentok melayan handphone tanpa perasaan.

Saya agak sensitif dengan perkara begini. Bukan sebab saya seorang ibu, bukan sebab saya pernah mengandung. Tapi perkara seperti menghormati wanita terutamanya yang mengandung dan menggendong anak, mengutamakan warga tua, perkara seperti ini pada saya cuma common sense. Tak perlu diajar di sekolah. Semua orang sepatutnya ada common sense untuk mengamalkan nilai sivik seperti ini.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...