07 September 2013

Pemilihan UMNO : @Zahid_Hamidi Akan ‘LANGGAR’ @MuhyiddinYassin




Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menemplak pihak yang mendakwa beliau mungkin bertanding jawatan timbalan presiden pada pemilihan parti Oktober ini.

"Orang (yang membuat dakwaan) itu gila," katanya.


Beliau mengulas laporan dalam portal berita, Free Malaysia Today (FMT) bahawa desas-desus Ahmad Zahid bakal bertanding jawatan timbalan presiden telah mula tersebar di bandar-bandar di Sabah.

Menurut laporan itu, kumpulan tertentu dalam Umno Sabah mendakwa Ahmad Zahid mungkin mencabar Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk jawatan itu dalam perhimpunan agung Umno pada Oktober. Menteri Dalam Negeri itu menjelaskan beliau telah beberapa kali menyatakan hanya akan mempertahankan jawatan naib presiden pada pemilihan parti kali ini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...