04 September 2013

Tanda Putera : Shuhaimi Baba Terima Ugutan Bunuh




Pengarah Tanda Putera, Datuk Shuhaimi Baba mendakwa beliau menerima ugutan bunuh pada tahun lepas sewaktu filem itu mula dibatalkan tayangannya. Bercakap dalam satu wawancara, Shuhaimi mendakwa ugutan itu adalah sebahagian daripada dugaan yang dihadapinya dalam usaha memastikan filem itu ditayangkan di pawagam.

"Ketika pengumuman tayangan filem ini dibatalkan tahu lalu, saya menerima ugutan bunuh. Individu terbabit juga mengancam mahu membakar pejabat saya sekiranya saya teruskan tayangan filem ini.


"Ada juga yang mahu campak saya ke neraka. Siapa yang tidak takut?" kata Shuhaimi.

Menurut Shuhaimi, beliau memilih untuk tidak melaporkannya kepada polis kerana yakin individu itu hanya berani bertindak demikian selagi identitinya tidak diketahui.

"Kami bertawakal kerana yakin nawaitu kami ketika menghasilkan Tanda Putera," katanya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...