06 September 2013

Nik Aziz REJECT Mat Sabu Duduki Kerusi Timbalan Presiden Pas




Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menaruh harapan tinggi agar perwakilan Pas memilih kalangan ulama sebagai Timbalan Presiden parti itu pada pemilihan kepimpinan baharu yang akan berlangsung pada Muktamar Tahunan Pas Ke-59 bermula 22 November ini.

Nik Abdul Aziz berkata, berlainan dengan jawatan Presiden yang masih memerlukan kepada ilmu dan pengalaman luas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, beliau secara peribadi mahu 'orang ulama' menduduki kerusi nombor dua parti itu.


Beliau yang mengakui mempunyai pilihan sendiri untuk bertanding ke kerusi itu bagaimanapun tidak mahu menyebut nama calon pilihannya dan menyerahkan kepada ahli Pas untuk membuat keputusan terbaik.

"Saya berdoa dan minta Haji Hadi (Abdul Hadi Awang) yang banyak pengalaman dan ilmu kalau boleh biar dia teruskan jadi Presiden (tetapi) timbalan atas undi dan tentulah saya nak orang ulama jadi timbalan.

"Saya tidak boleh sebut nama orang pilihan saya, orang yang nak jadi timbalan dia kena calon nama dia, orang nak pilih atau tidak itu terpulanglah kepada ahli, saya tidak boleh sebut nama dia," katanya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...