Kenyataan Menteri
Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk meminda Akta Pencegahan
Jenayah (PCA) 1959 disambut rakyat dengan keluhan kelegaan. Draf akta tersebut
kini sedang dirangka bagi memberi kuasa yang lebih menyeluruh kepada pihak
polis dalam aspek pencegahan jenayah.
Semenjak penghapusan
Akta Pencegahan, rakyat hidup dalam keresahan dan kebimbangan lantaran
peningkatan kadar jenayah di seluruh pelosok negara, terutama sekali jenayah
pembunuhan.
Walaupun ia dilihat
sebagai pembunuhan terancang iaitu antara kumpulan kongsi gelap, namun ia tidak
mampu menenangkan rakyat. Rata-rata masyarakat berada dalam keadaan takut
setelah menyedari bahawa kongsi-kongsi gelap berada di mana-mana saja di
kalangan rakyat biasa.
Justeru, masyarakat
amat berterima kasih kepada Datuk Seri Zahid yang telah memperlihatkan
kesedaran, keprihatinan dan komitmen yang tinggi untuk membanteras jenayah
serta membendung kegiatan kongsi-kongsi gelap.
Ketegasan beliau mendapat pujian ramai sekali gus membentuk persepsi
positif terhadap kerajaan.
Dan hari ini,
pengumuman beliau mengenai draf pindaan Akta Pencegahan ini telah meningkatkan
keyakinan rakyat terhadap kerajaan. Harapan rakyat agar kerajaan mengabaikan
sahaja suara-suara sumbang pembangkang yang pastinya menentang kenyataan Datuk
Seri Zahid.
Apa yang kita lihat
ialah, pembangkang mengalu-alukan peningkatan kadar jenayah kerana ia memberi
mereka peluru untuk memburuk-burukkan kerajaan. Ini terbukti apabila beberapa
pemimpin pembangkang tampil secara nyata untuk membela penjenayah serta
mempersoalkan tindakan tegas pihak polis.
Jelas, pembangkang
sedikit pun tidak peduli akan nasib rakyat asalkan mendapat sedikit keuntungan
politik.
Akibatnya, kini
rakyat sudah semakin sedar akan niat jahat pembangkang yang mendesak
penghapusan Akta-akta Pencegahan dan ISA suatu ketika dahulu. Rakyat sudah
membuka mata bahawa desakan pembangkang itu tidak membawa kebaikan kepada
sesiapa, malah membawa mudarat yang besar.
Dengan itu, rakyat
menyokong sepenuhnya Datuk Seri Zahid untuk merangka pindaan Akta Pencegahan
Jenayah yang memberi lebih kuasa yang lebih menyeluruh kepada PDRM untuk
membendung dan membanteras jenayah.
No comments:
Post a Comment