08 September 2013

14 Ciri Baru Dalam Samsung Galaxy Note 3




Samsung Galaxy Note 3 baru saja diperkenalkan malam tadi bertempat di Berlin, Jerman dan ia bakal dibawa masuk ke Malaysia pada 25 September iaitu antara negara pertama yang memperolehnya.

Berikut adalah 13 ciri baru menarik dalam Note 3:

  1. Saiz 5.7 inci HD penuh Super AMOLED. Memaparkan skrin yang cantik dan sudut pandangan lebih jelas. Note 2 dulu bersaiz 5.5 inci.
  2. Senipis 8.3mm meskipun saiznya dibesarkan. Muat dalam poket. Selesa dipegang atau digenggam. Beratnya pun 168g saja yang langsung tidak membebankan pengguna.
  3. Terbaru, ia dilengkapkan dengan spesifikasi kamera lebih baik. Resolusinya ditetapkan pada 13 megapiksel tetapi menariknya kali ini bersama kamera tersebut ialah penstabil imej pintar dan flash LED jenis CRI yang lebih peka beroperasi. Kualiti kamera kali ini mungkin 20% lebih hebat berbanding Samsung Galaxy Note 2.
  4. RAM sebanyak 3GB.Wow! Buat pertama kali telefon pintar menggunakan jumlah kapasiti RAM sebanyak ini. Apa fungsinya? 'multitasking' atau pelbagai kerja pada satu masa lebih lancar dalam Note 3. Telefon tidak terlalu perlahan dan kurang 'hang'.
  5. LTE. Ia sudah dilengkapkan dengan rangkaian LTE tidak kira negara mana anda berada. Pastinya, menepati standard lesen LTE Malaysia juga.
  6. Tiga warna iaitu biru gelap, putih dan merah jambu. Buat pertama kali, Samsung memperkenalkan Note pada warna merah jambu secara terus yang disasarkan kepada golongan wanita yang juga dikatakan pengguna terbanyak Galaxy Note.
  7. Action Memo. Fungsi yang membenarkan pengguna menaip nota, menjadikan pen sebagai butang kawalan dan menukar tulisan tangan ke teks. Di samping itu, ia boleh membuat panggilan apabila butangnya ditekan di samping carian peta, melayari web dan sebagainya.
  8. Scrapbook membolehkan pengguna mengesan kandungan dari pelbagai sumber termasuk web, YouTube dan Gallery pada satu masa dan disimpan dalam satu fail jika pengguna mahu melihatnya kembali.
  9. Screen Write membolehkan salinan imej penuh pada laman yang sedang anda lihat di telefon dan anda boleh menambah komen atau maklumat dalam laman tersebut.
  10. Pen Window. Pen stylus juga membolehkan anda melukis seakan satu kotak meskipun anda sedang melakukan kerja lain sebelum memasukkan apa saja kandungan dalam kotak tersebut seperti YouTube, kalkulator atau web.
  11. Samsung KNOX. Sistem keselamatan baru yang melindungi tahap privasi dan keselamatan yang membolehkan pengguna menyimpan maklumat dalam telefon secara automatik.
  12. Find My Mobile yang dikemaskini. Jika telefon anda dicuri, apa yang perlu dilakukan hanyalah melayari laman web sebelum memadamkan data.
  13. Pemproses LTE 2.3 GHz Quad-Core atau 3G 1.9 GHz Octa Core ( A15 1.9 GHz A7 1.3 GHz)
  14. Boleh disesuaikan dengan Samsung Galaxy Gear!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...