Pasti ramai yang telah membaca kenyataan
terbaru Mantan Perdana, Tun Dr Mahathir Mohamed berhubung isu dalaman yang
melanda Umno. Antaranya berhubung sikap segelintir pemimpin Umno yang dikatakan
tidak suka orang yang lebih pandai masuk dan menyertai parti keramat untuk orang
Melayu itu.
Beliau yang dilaporkan berkata dalam sidang
media yang diadakan di Majlis Rumah Terbukanya petang tadi turut menjelaskan,
isu tersebut adalah antara sebab kumpulan tersebut menyertai pakatan
pembangkang.
"Jadi masalah lagi, Umno tak suka orang
yang lebih pandai dari pemimpin mereka masuk, (mereka) takut. Jadi orang yang
berkredibiliti tak masuk Umno. Itu pasal ramai sekarang ini yang masuk PAS.
“Masa dulu, PAS kita ingat ustaz-ustaz
sahaja. Sekarang ini, ada doktor, peguam, jurutera. Mereka tak masuk Umno. Sama
juga dengan orang-orang yang berkaliber yang dah pencen. Sebab itu ada jeneral yang
masuk parti lawan," tegas beliau.
Dari satu segi pasti ada yang merasakan
kenyataan tersebut adalah merupakan kritikan terbaru untuk Umno dan dilihat boleh
melemahkan kekuatan parti. Namun sekiranya kita melihat kenyataan tersebut
secara menyeluruh ia lebih merupakan satu NASIHAT
sebagai satu usaha untuk memastikan Umno terus relevan di masa depan.
Ini kerana sebagai ‘orang lama’ yang berpengalaman, sudah pasti Mahathir dapat melihat
sikap segelintir pemimpin Umno khususnya di bahagian yang telah menyebabkan
ramai orang khususnya generasi muda lari meninggalkan parti itu.
Malah sekiranya ketika melihat kepada
keputusan pilihan raya umum yang lalu, jelas menyaksikan penolakan masyarakat bandar
secara TOTAL khususnya pengundi di
saluran 3 dan 4. Indikator itu sahaja sudah cukup untuk membuktikan kenyataan
Mahathir itu ada asasnya.
Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak suatu
ketika dahulu juga pernah mengingatkan agar anggota parti segera bermuhasabah
dan menginsafi diri dengan
memperbetulkan segala kelemahan sebagai satu usaha untuk menarik kembali sokongan masyarakat. Malah saranan tersebut turut diperkasakan dengan beberapa perubahan drastik melalui transformasi politik khusus untuk mencapai matlamat itu.
memperbetulkan segala kelemahan sebagai satu usaha untuk menarik kembali sokongan masyarakat. Malah saranan tersebut turut diperkasakan dengan beberapa perubahan drastik melalui transformasi politik khusus untuk mencapai matlamat itu.
Pendekatan tersebut juga dilihat, sebagai
usaha berterusan Najib untuk memastikan Umno diberikan nafas baru selari dengan
kehendak dan peredaran zaman. Walaupun ada yang memandang sinis, namun suka
atau tidak usaha tersebut berjaya memberikan satu nafas baru buat Umno.
Kesimpulannya, pemilihan pada kali ini adalah
merupakan satu cabaran baru untuk Umno secara keseluruhan. Bermula dari
kriteria pemilihan mereka yang menawarkan diri untuk bertanding, sehinggalah
kepada usul dan corak perbahasan. Semuaya akan dilihat dan dinilai oleh rakyat.
Apakah Umno benar-benar serius untuk
memperjuangkan hak Islam, Melayu dan rakyat secara keseluruhan atau sebaliknya.
Selamat Bersidang diucapkan kepada semua
sayap-sayap dan cawangan Umno yang akan bermesyuarat dan menunaikan
tanggungjawab mereka. Tunaikanlah amanah yang diberikan itu dengan sebaiknya.
No comments:
Post a Comment